~Qistina~
AKU ada cakap tak yang Firdaus ni bukan je dingin tapi kaki buli kat office, semua kerja dia aku yang kena buat dan dia boleh duduk atas kerusi selesa dia tu dan pusing-pusing macam main dekat playground. Ikutkan hati memang aku tak nak buat kerja dia ni langsung.
"Dah siap ke?" Soalnya mudah. Aku pandang dia sekilas dan gelengkan kepala.
"Slow nya, susah sangat ke?" Ei! Dah la buli orang, kutuk orang pulak tu. Bertuah punya boss.
"Maaf, kepala saya berdenyut lagi sebab tu susah nak fokus. Saya keluar minum air kejap boleh?" Pinta aku ramah, memang kepala aku dah sakit dan dahaga gila sekarang ni.
Kenapa pulak dia pandang aku macam tu? Seram pulak aku rasa dengan dia ni. Dia tinggalkan kerusi selesa dia dan berdiri di belakang aku lama sebelum merendahkan badannya dan menyentuh dahi aku. Eh!
"Diam la, aku nak tengok luka kau ni." dia memegang kepala aku dan menyelak sedikit tudung sebelum melihat keadaan luka yang dah kering tu.
"Kenapa tak pakai plaster ke apa, kau biar je macam ni?" Soalnya tajam dengan kening berkerut bagai.
"Erm, susah nak pakai tudung. Dah kering pun luka tu." aku senyum sedikit dan dia lepaskan kepala aku. Hahaha.. Macam pelik je bunyi macam tu.
Setelah itu dia kembali semula ke kerusinya dan mencari sesuatu di dalam laci, kemudian dia menarik au ke sofa tanpa banyak soal. Aku turutkan je la apa yang dia buat tu.
"Ni panadol, ni air. Cepat makan ubat." arahnya sambil menyerahkan sebiji ubat kepada aku.
"Allah, tercengang pulak. Cepatlah makan ubat ni!" Gesanya geram dan aku terpaksa telan ubat yang pahit itu. Setelah meneguk air dia mengambil laptop dan duduk di hujung sofa.
"Baring!" Arahnya tegas. Dah kenapa?
"Baring?!"
"Cepatlah!" Arahnya kasar dan menarik kepala aku jatuh ke ribanya.
"Buka kasut" arahnya lagi dan aku hanya menurut.
"Tidurlah" ujarnya perlahan dan mula menaip sesuatu di dalam laptop. Alang-alang dah kepala sakit sangat aku buat je la apa yang dia minta. Tidur.
°°°°
~Firdaus~
Tidur ke mati dia ni? Dah satu jam tak sedar-sedar lagi. Waktu lunch dah habis ni, perut aku tak isi lagi. Bukan je perut aku, perut dia pun belum lagi diisi. Telefon atas meja la pulak, jauh nak bergerak ni.
Aku pandang wajah mulus dia yang sedang lena, hakikatnya dia lebih tua daripada aku tapi bila tengok dari dekat macam muda je lagi dia ni, agaknya dia tak bergaya macam orang lain sebab tu tak nampak muda.
Kalau bagi 10 markah untuk wajah dia, aku tak teragak- agak nak bagi 8.9.
Tapi kalau dia lepaskan rambut, aku boleh bagi dia 9.2, cantik jugak dia ni sebenarnya. Hah! Macam creepy je apa yang aku buat sekrang ni.
Tiba-tiba kepala dia bergerak ke kiri dan menghadap perut aku. Alamak! Macam mana kalau dia dengar konsert dalam perut aku ni lepas tu dia sedar.
"En. Fir..." Hazlin masuk setelah mengetuk pintu sekali dan bila dia tengok keadaan kami dia diam lama.
"Boss...kenapa..." ish! Mana ada orang tahu yang kami dah kahwin. Habislah, macam mana nak bagi tipu ni. Jap! Apa salahnya kalau aku be honest je? Bukan luak pun.
Tapi! Apa pulak cakap orang nanti, aku gatal kahwin dengan lebih perempuan tua atau lebih parah lagi, Ina dituduh gatal sebab kahwin dengan lelaki muda. Tak boleh!
"Hazlin, erm...Qistina pengsan tadi sebab tak makan. Jadi, boleh awak order kan sesuatu untuk kami?" Soal aku dengan nada yang kasual dan formal habis. Harapnya dia tak salah faham la.
"Boleh boss. Now?"
"Yes, please."
"Ok. Btw, ni dokumen yang boss minta tu. Saya letakkan atas meja ya."
"Ok. Thank you"
Elok-elok je dia beredar hamba Allah ni bangun juga akhirnya. Kenapalah tak sedar awal sikit, kan dah timbulkan syak pada orang lain. Dia ni!
"Dah sampai mana mimpi kau?" Soal aku sedikit dingin dan dia terkejut bila pandang muka aku.
"Aw...awak." lepas tu dia diam je, dah sedar la kut dia dah lena atas bantal paling selesa atas dunia ni.
"Saya mimpi...bangunan runtuh, real sangat bunyi tu. Kuat je macam betul-betul sebelah telinga saya." ceritanya tanpa di pinta dan aku segera menekan perut aku.
Really? Perut aku bukan buat konsert tapi dinding-dinding dalam perut aku dah runtuh ke? Hebatnya!
"Bunyi perut kau lapar la tu, dah lepas lunch." aku sengaja berkata begitu dan dia berkerut.
"Allah, awak...awak dah makan?" Soalnya kalut.
"Belum la! Kau lena atas aku macam tak nak bangun. Ingatkan dah jadi puteri tidur, nak je aku cium suruh kau bangun tadi." dengan selamba dan tenangnya aku bertutur. Dia segera menyentuh bibirnya dengan mata membulat besar memandang aku. Heh!
"Awak ni...kenapa tak tinggalkan je saya dan pergi makan? Nanti perut awak masuk angin lepas tu gastrik macam mana?" Soalnya resah dan sedikit marah. Dia marahkan aku pulak.
"Jom! Jom kita pergi makan!" Ajaknya dan segera bangun dari sofa. Tangan aku ditarik erat.
"Cepatlah, awak kena isi perut awak tu." ujarnya cemas dan aku tergelak kecil.
"Boss, makanan dah sampai..."
Kenapa Hazlin ni asyik masuk masa tak tepat je? Kalau tadi dia lena atas aku sekarang ni tangan dia pegang tangan aku pulak. Aku tarik Ina supaya duduk semula walaupun dia masih lagi dalam keadaan terkejut.
"Letak kat sini, awak claim duit dekat akauntan ya. Awak boleh keluar, thanks again" ucap aku dengan segera dan Hazlin lawan tatap dengan Ina. Musuh ke apa dua orang ni?
"Cepat makan!" Aku membuka makanan dan terus menyuapkan makanan ke dalam mulut.
Ya Allah, lapar sangat sampai rasa boleh makan tiga bungkus sekaligus. Tapi ada dua bungkus je dan sebungkus lagi untuk Ina yang asyik tenung je nasi tu.
"Kau tak suka ke? Nak aku order lain?" Soal aku padanya dengan mulut penuh dan dia tiba-tiba sahaja mengesat sesuatu pada hujung bibir aku.
"Makan perlahan la sikit, jangan bercakap masa makan." Tegurnya dan aku segera mengalihkan pandangan.
Kenapa sejak akhir-akhir ni dia macam sweet semacam je? Hish! Tetiba rasa malu dan segan. Hahaha.
Settle😅
YOU ARE READING
Suami Muda(✅)
AcakSuami lagi muda dari kita. Biasanya, wanita inginkan suami yang lebih tua kerana mereka lebih matang. Lebih bertanggungjawab. Tetapi, apa pilihan buat Qistina? Perkahwinan yang terjadi kerana ditangkap basah. Ini juga merupakan peluang buat ibu bapa...