~FIRDAUS~
Apa yang aku nak sangat dengar dah terlafaz dan aku rasa macam nak menangis kat sini jugak, depan dia!
Tapi aku kena stay cool. Kenapa la dia ni slow sangat? Betul ke dia ni lebih tua dari aku.
"Kenapa kau nak aku cakap dulu?"
"Sebab saya malu"
"Kau ni memang menyusahkan, lagi satu, mana kau dapat idea aku nak give up?"
"Sebab, mata awak"
"Dah kenapa dengan mata aku?" Pelik sungguh dia ni.
"mata awak macam pantulan hati awak, awak sedih dan penat"
Pantulan pulak dah.
"Sekarang tenung mata aku, apa yang kau nampak? Pantulan apa pulak kali ni?" Soal aku serius.
Hmm, bendulnya dia main ikut je apa yang aku suruh.
"Saya...saya nampak...saya?" Ugh! Comelnya dia ni!
"Good!" Dia tersenyum malu pula dan memeluk aku erat.
"Boleh aku tanya satu soalan?"
"Boleh"
"Boleh aku kiss kau?" Ha! Sekarang ni muka dia dah bertukar dah! Hihihi,
Kelakar pulak aku rasa, macam nak gelak sampai tahun depan.
"Erm...bo...boleh"
Eh?! Really??? Kenapa pulak muka aku yang panas sekarang ni? Biar betul aku malu? Kenapa kau bagi jawapan positif time aku bergurau.
"Okay..." aku acah je ni...
"Ngah! Apa dia ni adult scene kat laman rumah? Orang balik nak jugak disambut dengan karipap ke apa, boleh pulak nak buat teaser film"
Ceit! Tak guna punya Fir! Kenapa petang ni jugak dia nak balik? Ha!
Tengok tu, Qaz dah bagi pandangan tak menduga kat aku. Mesti dia ingat aku ni tak tahu malu.
"Qaz, Fir. Masuk dalam rumah dulu. Awak, saya masuk dulu" cepat-cepat Ina pergi dan tinggalkan aku dengan dua kerang busuk kat sini. Menyampah pulak.
"Tak payah nak sengih sangat. Tu la nikmat dia bila ada isteri"
"Apa-apa je la bang, tapi kut ya pun tunggu la kami 18 dulu, tak lama dah sebulan je lagi." Tambah Qaz sambil tersengih.
"Menyampah pulak aku dengan korang ni. Pergi masuk cepat! Nak sambung work out ni!" Aku halau dua makhluk ni cepat-cepat, harapnya dorang ni tak usik Ina la.
Nanti dia marah aku balik. Tapi, dia yang bagi green light tadi!
°°°°
AKU gembira di samping Firdaus sekarang. Dulu pun aku gembira jugak, tapi dengan baiknya hubungan ini buat aku lebih bahagia.
Keluarga aku juga dah bersatu dan boleh dikatakan semua masalah aku selesai kecuali...masalah yang baru saja muncul iaitu perangai pelik suami muda aku ni.Memang kadang-kadang susah nak faham dia, sebab cara pemikiran dia masih lagi ada yang kebudakkan. Tapi aku tetap sayang dia.
"Tenung apa? Abang handsome sangat ke?" Soalnya riang serta sengih yang miang teramat.
"Berapa kali nak cakap, jangan bahasakan diri awak tu abang. Awak lagi muda dari saya tahu tak?"
"Umur je pun yang muda, pangkat abang lebih tinggi tau!"
Dia jeling aku tanda protes. Tak habis-habis lagi dengan pangkat dia sebagai suami.
"Pelik tahu tak?"
"Apa yang peliknya? Biasa la tu! Tak berdosa pun panggil suami muda kau abang!"
"Awak ni tak faham la, apa salahnya awak bahasakan saya?"
"Tak nak! Nak abang jugak, nampak jantan dan maskulin sikit! Lagipun, kau nak semua orang tahu yang kau ada suami lebih muda? Nak?" Eh, ugut orang pulak?
"Tapi saya tak kisah"
"Kena kisah! Dengar eh, aku nak jadi ketua keluarga yang terbaik. Kalau kau panggil aku abang, aku rasa lebih yakin untuk jadi ketua dalam keluarga kita. Aku rasa macam aku mampu dan aku rasa lebih matang"
Hujah dah hebat dah, tapi matang? Really? Tapi tengok dari cara dia cakap tu memang penting yang teramat.
"At least, bila kau panggil aku abang, aku dapat rasa yang kau percaya aku mampu untuk jadi yang terbaik. Buat aku rada kau perlukan aku. Buat aku rasa semua orang percaya yang aku memang boleh jaga kau"
Hmm, terharu pulak kali ni. Dia ni memang comel sebenarnya. Allah, terima kasih dah jodohkan aku dengan dia.
"Baiklah, abang!"
"Thanks sayang!" Sayang? Sejak bila pulak ni?
Ya Allah, ni ke dugaan dapat suami muda? Hahaha, aku tak rasa hidup aku akan bosan bila bersama dengan dia.
Mungkin bila aku dah tua nanti, aku akan tetap mampu ketawa dengan lawak spontan yang dia sendiri tak sedar. Mungkin sampai aku tua aku akan terus terhibur dengan adanya dia di sisi aku.
"Kenapa perlu nak jadi sado dan maintain fit?" Soal aku bila dia gunakan aku sebagai dumb bell untuk dia work out.
"Untuk pastikan diri abang kuat sampai abang tua"
"Abang sedar tak? Bila abang tua, Ina lagi tua"
"Ina nampak muda je pada mata abang"
"Thank you! Tapi, realitinya tak macam tu. Mungkin bila Ina dah beruban putih, gigi dah tak ada, tulang dah lemah abang masih lagi sihat."
"Sebab tu la abang nak maintain kuat sampai tua! Kalau tulang ina dah tak kuat, abang yang akan jadi kaki dan tangan Ina. Abang akan buat semuanya untuk Ina"
Aku terus eratkan pegangan pada leher dia. Aku nak sangat peluk dia seerat yang aku mampu sekarang ni.
"Kalau macam tu, jangan merungut bila abang dah jadi orang kanan Ina"
"Tak akan, abang akan lebih bahagia sebab Ina akan selalu ada di sisi abang. Ina akan anggap abang adalah orang penting dalam hidup Ina"
"Tak perlu tunggu Ina tua, Ina dah lama dan memang perlukan abang. Suami muda Ina ni"
"Terima kasih jadikan abang orang terpenting dalam hidup Ina"
"Terima kasih dah jadi suami Ina"
Tua atau muda, jodoh tetap jodoh.
The End😁
YOU ARE READING
Suami Muda(✅)
RastgeleSuami lagi muda dari kita. Biasanya, wanita inginkan suami yang lebih tua kerana mereka lebih matang. Lebih bertanggungjawab. Tetapi, apa pilihan buat Qistina? Perkahwinan yang terjadi kerana ditangkap basah. Ini juga merupakan peluang buat ibu bapa...