QISTINA tersedar dan matanya terbuka perlahan-lahan. Kepalanya terasa sakit dan dia mula rasa pelik pada badannya seakan dia disentuh. Matanya terbuka luas dan terkejut bila melihat wajah Farid begitu dekat dengan wajahnya dan Farid cuba untuk meleraikan tudungnya.
Ina menepis dengan segala kudrat yang ada menyebabkan Farid terjatuh dari katil dan Ina segera bangun untuk melarikan diri. Malangnya Farid sempat bangun dan menarik tudung Ina sehingga tercabut dengan kasar.
Ina melawan dengan keras dan menyepak secara rambang sehingga menyebabkan Farid tumbang dalam kesakitan. Ina mengambil peluang itu untuk berlari keluar dari bilik yang dia tak kenali itu.
Dia segera berlari tanpa memikirkan mana hala tujunya dan dia ternampak sebuah pintu di bilik berdekatan terbuka. Tanpa berfikir panjang dia terus masuk ke dalam bilik itu dan menutupnya rapat.
"Tolong saya! Tolong saya!" rayu Ina tanpa berfikir kepada siapa dia meminta tolong dan air matanya yang bercucuran menyebabkan pandangannya kabur. Sakit kepalanya kembali menyerang dan sekali lagi dia rebah.
°°°°
UGH! Apa yang bising-bising sangat ni? Aku kat mana ni?
"Tolong la faham! Kami tak buat apa-apa! Dia yang lari masuk bilik ni lepas tu pengsan!"
Ada suara menjerit menambahkan lagi kepala aku yang sakit.
"Ha! Eloklah dah sedar pun, apa kata encik semua tanya pada dia sendiri!" jerit suara itu lagi. Siapa mereka semua ni. Aku memegang kepala aku yang berpusing dan tersedar yang tudung aku dah hilang. Aku segera bersembunyi di sebalik selimut.
"Ikut kami ke pejabat dan kamu berdua boleh buat penerangan"
Aku yang bingung bertambah bingung dan tak tahu apa yang terjadi sekarang ni. Jadi aku hanya menurut bila disuruh naik kereta. Mereka semua baik kut sebab pakai kopiah ni.
Hanya tuala yang alas kepala aku sekarang ni, sakit kepala yang melampau buatkan aku tak dapat fikir dengan jelas apa yang tengah terjadi.
"Kawan saya kat sini boleh jadi saksi." lelaki yang dibawa ke sini bertegas untuk menggunakan kawannya sebagai saksi. Aku pula hanya diam dan berfikir cara terbaik untuk terangkan perkara sebenar.
"Betul tu encik, saya keluar dari bilik tu tak sampai 10 minit pun. Bila saya balik je encik semua dah ada dalam bilik kami. Kami berdua memang tak kenal langsung cik ni!" terang kawannya bersungguh. Dua lelaki muda ini berterusan menjelaskan yang semuanya hanyalah salah faham semata mata.
"Ehem!" aku berdehem cukup kuat untuk di dengari oleh semua orang di dalam ruangan itu.
"Sebenarnya, semua ni hanyalah salah faham, saya dikejar oleh seorang lelaki yang tak dikenali dan saya cuba untuk sembunyi. Bila saya nampak ada pintu yang terbuka saya terus masuk ke dalam bilik tu. Lepas tu saya terus pengsan." terang aku dan cuba ingat balik apa yang dah berlaku.
"Baiklah, pihak kami akan melanjutkan siasatan dan pihak kami akan maklumkan bila hal ini akan dibahaskan lagi. Encik semua dah boleh pulang." aku rasa sangat lega bila mereka cakap macam tu. Aku segera ucapkan terima kasih dan keluar dari situ.
Masalah baru, macam mana aku nak balik dan aku tak tahu apa dah jadi pada beg aku, kereta aku. Ish! Sekarang ni masalah aku dah berlambak.
"Cik, rumah cik kat mana? Boleh kami hantarkan."
Ha, ada jugak yang baik hati nak bertanya. Baru je aku nak jawab soalan tu tapi bila tengok muka hamba Allah yang tak puas hati dengan kawannya itu menyebabkan aku gelengkan kepala.
Ugh! Kenapa dia tak boleh baik sikit macam kawan dia, bukannya aku nak kena tangkap dengan dia pun.
"Jom la balik, esok aku race." ajak hamba Allah tu lagi, gesa kawan dia tu.
"Cik, jom kami hantarkan cik balik. Dah pukul dua pagi ni. Kereta saya kat situ je." Dia tunjukkan kereta Toyota Vios yang ada di salah satu parkir. Buat muka tebal, aku senyum dan setuju je.
Tak sempat nak bercakap lebih-lebih bila dah sampai depan rumah aku, hamba Allah tu nak balik cepat sangat sampai aku nak ucap terima kasih dengan elok pun tak sempat. Kenapalah ada jugak manusia macam dia ni. Tapi, dia budak lagi tu, sebab tu tak matang. Hahaha.
°°°°
KALI ini, kami sekali lagi berada di pejabat agama dan ahli keluarga itu turut bersama, nampaknya hanya aku seorang je yang tidak berteman hari ni.
Kes kami dibacakan dan penerangan kami berikan dengan teliti. Setiap kali soalan dituju kepada aku mengenai siapa yang kejar aku, aku tak dapat nak jawab dengan jujur. Farid, dia dan keluarga dia berkemampuan, aku tak nak dia berterusan kacau hidup aku lagi. Aku pasti dia tak akan lepaskan aku macam tu je kalau aku adu dia pada pihak polis. Dia ada peguam, duit dan nama tapi aku, aku tak ada sesiapa.
"Setelah meneliti dan mendengar penjelasan daripada pihak tertuduh, kes ini digugurkan."
"Alhamdulillah." aku bersyukur sangat-sangat sekarang ni. Baguslah semuanya dah selesai.
°°°°
DATO' Rizman dan Datin Aishah berbincang dengan nada perlahan sebaik sahaja kes itu digugurkan.
"No! Abang, Ngah kena jugak kahwin dengan perempuan tu!" Tegas datin.
"Tapi mereka berdua tak salah" bangkang dato' pula.
"Abang, saya nak Ngah kawin jugak. Ni je satu satunya cara yang kita boleh buat dia kahwin dengan segera dan berhenti race kereta."
"Mana awak tahu dia akan berhenti race?"
"Dia pernah janji dengan saya, kalau dia dah ada isteri dia akan berhenti segera. Abang, saya tak sanggup nak tengok anak lelaki saya terlantar dalam hospital buat kali kedua. Saya tak nak!"
Datin Aishah bertegas lagi dan akhirnya suaminya terpaksa menyerah kalah dan terima apa yang isterinya kehendaki.
"Ngah, Qistina, kami ada benda nak bincang sikit." dato' membuka mulut. Qistina pastinya hairan tetapi sebagai tanda menghormati orang tua dia hanya menurut.
Meja yang bergegar menyebabkan air di dalam gelas berkocak, tangan Firdaus yang menampar meja itu nenyebabkan semua itu berlaku. Qistina sedikit terkejut dengan respon itu.
"Papa dengar sendiri yang kes tu digugurkan, dah kenapa nak kena kahwin jugak?" Marah Firdaus.
"Ya datin, kenapa kami kena berkahwin. Kami tak salah dan kami tak buat apa-apa." Ina turut sama menolak, dia tak kan sudi kahwin dengan lelaki yang baran dan muda daripada dia.
"Walaupun kamu berdua tak salah, berita kamu berdua ditangkap dah tersebar. Air muka kami nak letak kat mana, papa dah putuskan yang Ngah akan kahwin dengan Qistina dalam masa tiga bulan!"
Mulut mereka berdua sama-sama ternganga luas. Firdaus mula fikirkan idea untuk membantah keputusan orang tuanya. Urat di dahinya mula muncul dan Qistina telan liur melihat wajah Firdaus berubah menakutkan. Macam The Hulk dah cuma tak jadi hijau, merah je.
Panjang sikit..hehe👌🏻
YOU ARE READING
Suami Muda(✅)
RandomSuami lagi muda dari kita. Biasanya, wanita inginkan suami yang lebih tua kerana mereka lebih matang. Lebih bertanggungjawab. Tetapi, apa pilihan buat Qistina? Perkahwinan yang terjadi kerana ditangkap basah. Ini juga merupakan peluang buat ibu bapa...