AKU kerja sebagai pekerja biasa je kat sini dan Iza pun sama, kami berdua ni kerja dengan kelulusan diploma je. Gaji pun biasa-biasa je tapi aku dah bersyukur sangat-sangat dengan apa yang Allah bagi ni.
"Ira, pengurus baru masuk hari ni, kau dah tahu?" Soal Iza ceria. Hmm, boleh dikatakan setiap 3 bulan pengurus di bahagian aku ni bertukar, kenapa? Entah.
"Habis lama pun boss baru kita tu bertahan tiga bulan je." jawab aku tak berminat sangat nak tahu.
"Aku harap kali ni boss kita elok la sikit perangai." sengih Iza dan aku tergelak kecil. Kebanyakan boss kami yang lepas-lepas tu kalau tak garang, gatal, kalau tak gatal malas, kali ni tak pasti la golongan mana.
"Insha Allah. Tak kisah la macam mana pun perangai boss kita tu, yang penting kita ni kena kerja bersungguh."
"Betul tu!" Iza dan aku tergelak bersama sebelum Iza kembali ke mejanya. Bila bab gosip dan borak memang laju je si Iza ni.
"Minta perhatian semua!" Suara orang atasan memberi arahan menyebabkan semua pekerja berdiri. Termasuklah aku sendiri.
"Kenalkan, pengurus baru kamu semua, Iman Firdaus." tambahnya lagi dan mulut aku terbuka sedikit. Takkanlah kan.
"Suami kau." Iza gerakkan mulutnya kepada aku. Alamak! Memang budak tu la nampaknya. Ish!
Semua pekerja memperkenalkan diri dan memberi ucapan selamat datang kepadanya, termasuk Iza sekali. Hanya Iza yang tahu dia tu suami aku.
Meja aku paling last dan paling dekat dengan bilik boss jadi akulah orang terakhir yang dia akan jumpa sebelum masuk ke biliknya.
"Selamat datang tuan, saya Qistina." aku perkenalkan diri dengan sedikit gugup dan mata kami tidak bertemu secara langsung.
"Terima kasih bang, Daus dah boleh take over dari sini." ujar Firdaus kepada Encik Irham.
"Ok, good luck!" Mereka berdua bersalaman dan Encik Irham beredar dari sini.
Tetiba ada jari yang mengetuk meja aku dua kali untuk mendapat perhatian daripada aku. Dia nak apa pulak ni?
"Masuk bilik aku." arahnya dan aku kecut sendiri. Ish kenapa la budak tak matang ni yang nak kena jadi boss aku pulak sekarang ni. Aku pandang beberapa pekerja yang pelik bila aku diarahkan masuk ke bilik boss saat pertama kali bertemu.
Aku hanya turutkan dan berjalan bersamanya masuk ke dalam bilik boss. Mata aku hanya memandang lantai dan akibatnya aku terlanggar belakang badan dia sebab dia berhenti tanpa isyarat.
"Ugh!" Sakit betul hidung aku sekarang ni. Ni badan orang ke dinding simen.
"Mata letak mana? Aku yang tinggi macam ni pun kau langgar?" Soalnya dengan kening berkerut.
"Maaf, tengok lantai tadi." jawab aku jujur.
"Apa yang menarik sangat kat lantai tu?" Soalnya lagi dan kali ini dia tersenyum pelik. Dah kenapa pulak nak senyum semacam ni.
"Tak ada apa. Ada apa encik panggil saya?" Soal aku mula fokus atas sebab sebenar dia panggil aku masuk dalam bilik dia ni.
"Aku nak kau jadi pembantu aku mulai hari ni, mana aku pergi kau pergi, apa yang aku suruh kau buat, kau buat. Clear?" Soalnya lagi dan aku pula yang berkerut.
"Tapi, Hazlin sepatutnya jadi pembantu encik." aku nak tolak tapi dia ni menakutkan la pulak.
"Aku boss ke kau boss?" Ha, dah mula dah nak naik angin. Cakap je pun.
"Tapi...kenapa?" Soal aku lagi.
"Senang sikit, aku boleh jumpa kau 24 jam. Kalau ada masalah kerja tak payah susah-susah nak jumpa kat luar, kat rumah pun boleh. Lagipun aku mana pernah buat semua kerja ni, aku perlukan seorang yang ada pengalaman untuk ajar aku" terangnya lancar, memang apa yang dia cakap tu ada logiknya tapi aku yang tak rasa bahagia.
"Kalau saya tolak?" Soal aku berani-berani ayam.
Tiba-tiba dia jegilkan mata kepada aku menyebabkan aku terus mengalah dan anggukkan kepala.
"Aku tak kira kau setuju ke tak, kau tetap kena dengar cakap aku." ujarnya lagi, memang tak ada sifat toleransi langsung. Bila la nak dewasa dia ni.
°°°°
AKU dan Iza berbual sambil berjalan ke parkir kereta dan dari saat aku cerita apa yang jadi dalam bilik tadi dia tak berhenti lagi gelakkan aku, katanya aku kena buli dengan suami muda.
"Dah la gelak! Dia tu yang nak kenakan aku!" Aku tolak bahu Iza geram.
"Alah, kau yang lebih tua daripada dia sepatutnya lebih matang. Anggap je la dia tu tak berapa nak matang lagi." kata Iza sambil ketawa senang. Ni ke kawan baik? Aku dalam kesusahan dia boleh gelakkan aku tak sudah-sudah.
°°°°
~FIRDAUS~
"Daus!" Panggilan Zaril aku buat derk je sebab aku tengah panas telinga sekarang ni.
"Woi! Agak ar buat tak dengar pun. Nak habis suara aku ni."
"Nak apa?!" Soal aku geram.
"Woa, panas je ni, pehal?" Soalnya dengan kening terangkat sebelah.
"Pehal? Halnya, Si Qistina dan kawan dia cakap aku ni budak tak berapa matang. Bengang lak aku!" Luah aku bengang.
"Kau jangan gelakkan aku la, aku bagi sepakan insaf baru tahu!" Marah aku lagi, tak guna betul ada kawan macam dia ni!
"Hahaha, sorry la bro tapi kelakar la. Kau buat apa sampai dia cakap macam tu?"
"Aku paksa dia jadi pembantu aku dekat office, dia kata aku tak matang sebab tak pandai nak tolerate!"
"Sah la! Dah kau paksa dia kut. Apa la kau ni"
"Dia tu tak bersyukur betul, sia-sia je aku makan penumbuk bekas tunang dia dulu, langsung dia tak ingat. Sekarang ni cakap aku budak tak matang pulak." Kesal sungguh aku. Memang dia tak ingat langsung muka aku yang pernah selamatkan dia dulu.
"Mengungkit, kau ingat kau darjah dua? Sah la tak matang kau ni." gurau Zaril lagi dan aku segera membaling kasut aku kepadanya yang sudah melarikan diri. Kuajaq punya kawan!
Sambung nanti...
YOU ARE READING
Suami Muda(✅)
RandomSuami lagi muda dari kita. Biasanya, wanita inginkan suami yang lebih tua kerana mereka lebih matang. Lebih bertanggungjawab. Tetapi, apa pilihan buat Qistina? Perkahwinan yang terjadi kerana ditangkap basah. Ini juga merupakan peluang buat ibu bapa...