Bab 13

12.3K 628 43
                                    

~FIRDAUS~

Amboi pergi tandas lama gila sampai sekarang tak balik lagi. Aku menunggu beberapa minit lagi dan aku cuba untuk fokus pada cerita tapi tak berjaya. Aku memandang telefon dan menghantarnya mesej.

》kat mana?

》kat mana?

》kau sembelit ke lama sangat kat tandas?

Masih juga tidak berbalas mesej-mesej aku dan aku mendail nombornya juga tidak berjawab. Mana pulak dia ni pergi ni? Takkan sesat kut. Tak boleh ni, baik aku pergi cari dia.

Aku menuju ke tandas dan menunggunya di luar sambil bersandar pada dinding dan bermain game di dalam telefon. Ada orang masuk dah keluar tapi dia tetap tak keluar-keluar jugak. Jatuh ke apa?

"Kak, tanya sikit" aku menyapa seorang perempuan yang baru sahaja keluar dari tandas.

"Ada tak perempuan pakai blaus putih dan tudung biru kat dalam tu?" Ish, macam pelik je soalan aku ni kan? Macam stalker pun ada. See, akak ni pun dah kerutkan dahi dia.

"Dia isteri saya, dah lebih 20 minit dia pergi tandas, tak keluar-keluar lagi" aku terangkan kepadanya dan dia kelihatan lega sedikit.

"Tak ada, tandas kosong je tadi" jawabnya. Aku ucapkan terima kasih dan berjalan pergi. Mana aku nak cari dia ni? Masalah betul la dia ni.

Aku ajak dia keluar malam ni sebab nak pergi try baju untuk majlis nikah along aku sebenarnya, saja je melencong pergi tempat lain. Hahaha.

10 minit berjalan akhirnya aku berhenti di beranda dan melilaukan pandangan untuk mencarinya.

Mata aku terarah pada tingkat dua di bawah dan sah tu memang dia. Malah dia bersama dengan seseorang. FARID! Tak guna punya Farid.

Aku melajukan langkah untuk segera sampai di tempat Ina, berani Farid cari dia lagi sekarang ni. Lepas apa yang dia buat?

"Tolonglah Farid...jangan ganggu keluarga saya lagi" aku mendengar rayuannya dan bila Farid mula memegang lengan Ina aku menolak kuat badan Farid sehingga dia bergerak beberapa langkah ke belakang.

"Kau jangan nak sesuka hati je pegang bini aku. Ina jom balik" aku tarik tangan Ina dan beredar dari situ dengan segera. Habis rosak semua rancangan aku.

"Masuk!" Arah aku sebaik membuka pintu kereta dan dia hanya menurut, aku tahu ada benda yang dia nak cakap tapi dia takut sebab aku tengah marah. Aku pandu kereta keluar dari kawasan mall.

"Macam mana boleh jumpa dia?" Soal aku geram.

"Saya jalan-jalan sorang, lepas tu saya nampak Qazira bersama dia" Qazira? Adik dia ke?

"Habis tu apa masalah kau?"

"Qazira tu adik saya, saya tak nak dia tertipu dengan helah Farid" jawabnya sambil memandang tangan di pehanya.

"Aku tak nampak pun adik kau tadi"

"Ira pergi tandas, sebab tu saya pergi jumpa Farid. Saya tak nak dia kacau keluarga saya lagi dah"

"Habis tu dia cakap apa?"

"Dia nak saya kahwin dengan dia kalau tak dia akan rosakkan Ira. Saya takut"

Suami Muda(✅)Where stories live. Discover now