~FIRDAUS~
Petangnya sikit aku balik ke rumah dan semua orang berada di ruang tamu menonton TV, ha! Jangan cakap cerita apa, cerita barbie kut. Semua orang ada kecuali Qiff. Qaz dan Fir dah balik hostel agaknya sebab batang hidung pun hilang ni. Mana pulak si Qiff ni?
Aku tak hiraukan orang lain dan memanjat tangga ke bilik, aku ternampak Qiff sedang menangis di atas tangga sambil memeluk tiang tangga, kenapa pulak ni?
"Qiff, kenapa ni?" Soal aku padanya dan mengangkatnya ke dalam dukungan.
"Long tak bagi tengok power rangers. Qifa nak tengok barbie. Qiff tak nak tengok barbie" terangnya dan masih lagi dengan sisa tangisan. Really? Ina tak bagi adik dia ni tengok power rangers?
"Tak apa, abang ada power rangers. Jom kita tengok sama-sama." aku membawanya masuk ke dalam bilik dan segera memasang laptop. Aku membuka youtube dan mencari video power rangers. Ha, aku pun tengok zamn kecil-kecik dulu sekarang dah tak layan sangat.
"Qiff tengok la, abang mandi kejap" aku tinggalkan Qiff yang tersengih bahagia dan menuju ke dalam bilik air.
Takkanlah dia buat keputusan tak adil macam ni? Kesian dengan Qiff tak dapat tengok cerita yang dia nak. Sebab dia pun berminat dengan barbie ke apa? Ugh! Tak faham.
Aku keluar dari bilik air dan solat asar sebelum join Qiff tengok beberapa episod power rangers, kemudian Qiff sendiri yang terlelap di atas katil membuatkan aku tersenyum. Bukannya susah pun nak bagi budak-budak tidur sebenarnya. Hahaha.
Aku hantar Qiff ke biliknya dan bertembung dengan Ina bila di pintu bilik.
"Qiff tidur?" Soalnya dan aku tayang wajah tak berpuas hati. Dia tak adil buat Qiff macam tu.
"Hmm, masuk bilik, nak cakap sikit" aku beri arahan tegas dan dia hanya menurut.
Apabila kami berdua masuk ke bilik aku terus duduk di katil dan bersila sambil memandangnya tajam.
"Qiff menangis tadi" aku mulakan perbualan dan Ina anggukkan kepala, jadi dia tahu la.
"Kenapa?" Soal aku tegas dan Ina lepaskan keluhan sebelum berdiri di beranda.
"Sebab saya dah bagi dia tengok apa yang dia nak semalam. Hari ni giliran Qifa pula" jawapan dia memang boleh diterima akal tapi takkan nak biarkan budak tu menangis macam tu je, keterlaluan la jugak.
"TV je pun" luah aku tak berpuas hati.
"Pada awak, tak pada kami. Nak dapat tv pun susah pada kami. Saya tak nak dia terlalu bermewah dan dapat apa je yang dia nak. Saya nak dia berkongsi dengan Qifa. Saya tak salahkan keluarga awak sebab manjakan mereka semua tapi saya tak nak mereka terlalu senang dan lupa diri.
Mungkin pada awak perkara kecil tapi semuanya mula kecil kecilan kan? Bila Qiff bertegas apa yang dia nak sampai sanggup bergaduh dengan Qifa buat saya risau, kenapa sampai jadi macam tu" luahnya dan aku rasa nak menyorok je sebab malu dengan diri sendiri. Sekarang ni aku pulak yang rasa bersalah tahap dewa.
"Aku...aku bagi dia tengok tadi dalam laptop" akui aku bersalah dan dia memandang aku laju, memang laju gila kepada dia berpaling tadi, seram aku.
"Sebab aku kesian kut! Dia menangis sorang-sorang!" Aku segera tambahkan perisai, harapnya dia tak marah la.
"Terima kasih" eh?
YOU ARE READING
Suami Muda(✅)
RandomSuami lagi muda dari kita. Biasanya, wanita inginkan suami yang lebih tua kerana mereka lebih matang. Lebih bertanggungjawab. Tetapi, apa pilihan buat Qistina? Perkahwinan yang terjadi kerana ditangkap basah. Ini juga merupakan peluang buat ibu bapa...