BAU ubatan menyengat hidung menyebabkan aku tersedar dari lena. Kepala ku pegang, baru perasan tangan aku dicucuk dengan jarum. Asal kat hospital pulak ni?
Pintu wad dibuka, kelihatan wajah-wajah yang amat kukenali. Tersenyum lega dia melihat aku.
Tanpa sempat aku bertanya, tubuhku sudah ditarik masuk ke dalam pelukkannya. Naik segan aku bila Qaz, Fir, si kembar, mama, papa, Farhana dan suaminya tersengih.
Pelukan dilonggarkan. Kedua tangan Firdaus menekup mukaku.
"Sayang okey? Sakit kat mana-mana? Nak air?" soalnya risau. Tapi bukan itu yang menarik perhatian aku.
Sebelah tangannya yang masih melekap dipipi, ku pegang. Sebelah lagi aku menyentuh matanya. Terus mataku memandang Firdaus lekat.
"Abang nangis?" Soalku tanpa menjawab soalan Firdaus.
"Mana adalah. Ni, masuk habuk."
"Pala otak masuk habuk. Dah dekat dua jam lebih, kerja kau asyik menangis je. Gaya macam Ina dah pergi." balas Farhana selamba.
Kepala Firdaus menoleh memandang Farhana. Mata dikecilkan. Gaya macam tak puas hati je.
"Sudahlah tu. Apa kata, kita balik dulu rumah. Nanti pagi kita datang semula." arah papa. Semua hanya akur. Tangan papa dan mama disalam aku dan Firdaus.
Tanpa menunggu lama terus aku menyoal Firdaus.
"Kenapa abang nangis?" Soalku lagi selepas semua meninggalkan wad aku.
"Abang risaulah. Sayang degil sangat. Abang tak bagi, tetap jugak nak buat itu ini. Tengok sekarang apa jadi. Abang risau sangat sampai menangis tau." Ujar Firdaus dengan suara seraknya.
"Alolo..Siannya abang. Okey-okey. Saya janji tak buat abang risau lagi."
"Yelah tu"
Aku tersenyum manis mendengar balasannya. Firdaus memegang kedua belah tanganku.
"Sayang. Abang ada benda nak bagitahu ni." Kata Firdaus dengan serius.
Dah kenapa ek?
Nafas ditarik dan dihela perlahan. Mukanya tiba-tiba terlakar senyuman yang lebar. Kacak betullah laki aku ni!
"Sayang pregnant!"
°°°°
~FIRDAUS~
"Sayang pregnant!"
Ujarku dengan teruja sekali. Waktu pertama kali aku dengar, aku terus pengsan. Sedar-sedar je aku terus nangis. Ha! Nampak tak betapa aku gembiranya kat situ.
"Ouhh."
Ouhh je?! Macam tak suka je?
"Sayang tak suka ke? Sayang tak nak anak ke?" Tiba-tiba aku rasa kecewa. Aku punyalah menangis bagai nak rak, dia ouhh je? Tak gembira ke dia untuk menerima zuriat? Ataupun dia tak nak anak dari aku?
Isyh! Astaghfirullah. Apa aku cakap ni.
Aku memandang tajam pada Ina yang kelihatan serba salah. Entah-entah tekaan aku tepat.
"Erm..Surprise?"
Kali ni aku pulak terkebil-kebil mendengar jawapannya itu. Dia tersenyum kekok. Bahu Ina ku pegang lembut.
"Surprise? What?"
"Erm..Saya dah tahu dari bulan lepas dah."
Haa?!!! Dah tahu?
"Tapi... Ada sebab kenapa saya tak bagi tahu abang. Saya ingat nak bagitahu malam raya tu. Sebab malam raya pertama kan adalah hari jadi abang. So, saya ingat nak buat kejutan lah. Tapi tulah, boleh pulak saya pengsan. Dah tak jadi kejutan."
Eee! Comelnya lah isteri aku ni. Macam nak gigit je. Eh-eh!
"Takpelah. Abang dah tahu. Lagipun hari nikan raya. Jadi, kiranya abang dapat tahu waktu birthday abang jugaklah. Even, bukan dari sayang." aku tersenyum nipis.
"Eh? Sekarang pukul berapa?" Soalnya pula dengan mata terkelip-kelip. Comelnyaaaa!
"Hampir pukul 4 pagi dah sayang. Sayang pengsan lama tau." Ujarku pula membuatkan dia terkejut sedikit mendengar.
Tiba-tiba kepala Ina ditundukkan memandang cincin nikah kami. Apa cincin tu lagi handsome ke dari aku?
"Ina nak minta maaf." Katanya dengan perlahan.
"Kenapa nak minta maaf?"
"Yelah. Patutnya abang dengar dari mulut saya. Ni dari mulut doktor pulak. Sayang baru nak buat hadiah hari jadi abang. Tapi, tak jadi pulak." Bebelnya. Gaya macam bersalah sangat.
Aku tersengih. Itu aje? Terasa? Takdelah. Aku tak terasa pun dengan tindakan dia tu. Aku faham, malah aku rasa gembira jugak.
"Takpelah. Dari mulut sape-sape pun abang tak kisah. Yang penting, abang dah tahu. Lepas ni, dah takmo buat kerja berat-berat. Penat tau nak nangis bila sayang tak sedar." Aku mencebik membuatkan dia ketawa kecil.
Ha, kan dah ketawa. Baru comel.
"Eh, abang serius ni. Dengar tau. Kali ni dengar cakap abang. Faham?"
Gaya aku cakap, macam tengah nak nasihatkan budak-budak je.
"Faham!" Ujarnya sambil tabik. Kali ni aku pulak yang ketawa. Tahun ni pasti tahun yang terbaik yang pernah terjadi dalam hidup. Raya yang paling bermakna.
"Dah.. rehat-rehat. Abang ada kat sebelah ni. Nak apa-apa, petik je jari. Abang datang." Gurauku. Dia hanya mengangguk sambil tersenyum manis.
Tangan aku digenggam Ina. Dia tidur menghadap aku. Aku tersenyum dan memberikan dia ciuman di dahi.
Ina tersenyum malu sebelum melelapkan matanya. Sebelah tangan aku yang masih bebas aku letakkan di perut Ina.
'Anak papa nanti besar, jadi anak yang soleh dah solehah ye. Laki or perempuan.'
Perut Ina kucium dan kemudian tangan Ina yang memegang aku juga kucium.
"Abang sayang Ina dan bakal anak kita"
Bisikku perlahan sebelum meletakkan kepala di sebelah Ina dan turut melelapkan mata.
Okey kali ni dah takde special dah. Kali ni memang dah habis. Thanks yang sudi baca cerita yang tak seberapa ni.
✌🏻😁😊
YOU ARE READING
Suami Muda(✅)
RandomSuami lagi muda dari kita. Biasanya, wanita inginkan suami yang lebih tua kerana mereka lebih matang. Lebih bertanggungjawab. Tetapi, apa pilihan buat Qistina? Perkahwinan yang terjadi kerana ditangkap basah. Ini juga merupakan peluang buat ibu bapa...