"IRA ada kat bawah tu, kau tak nak jumpa dia ke? Dia datang nak jumpa kau tu"
"Tak nak, saya tak nak jumpa dia" aku bertegas dengan keputusan aku.
Aku tak nak jumpa Ira, aku tak sanggup nak tengok wajah yang aku dah tampar hari tu. Aku rasa bersalah pada abah.
"Aku nak kau jumpa dia" dia juga bertegas menyebabkan aku menjelingnya tanpa niat.
"Amboi, jeling. Jom turun" ajaknya seraya meraih tangan aku.
"Saya tak nak Firdaus" aku menarik semula tangan aku darinya.
"Kalau kau tak nak, malam ni kau kena dengar cakap aku" dia buat muka miang, bertuah punya laki, dia ugut aku pulak!
"Tapi...saya rasa bersalah"
"Ina, aku tak setuju kau lempang dia..."
"Tampar, saya tak lempang dia" aku tak ada la seganas tu nak lempang orang. Tengok, dia buat muka menyampah.
"Whatever, tapi aku tak salahkan apa yang kau buat, kalau ikutkan hati aku, aku lanyak dah adik kau tu"
"Eh, dah kenapa pulak nak lanyak orang?" Sesuka hati dia je nak lanyak adik orang.
"Aku gurau je la, jom turun bawah. Aku rasa dia dah sedar salah dia" dia genggam erat tangan aku dan dari situ aku dapat kekuatan untuk berjumpa dengan Ira.
Kalau betul Ira dah sedar salah dia kat mana, aku bersyukur sangat.
Ira sudah berjalan ke pintu bila aku sampai di bawah. Kenapa aku dapat rasa yang dia tengah sedih sangat sekarang ni, walaupun aku hanya nampak belakang dia je.
Sedikit tolakan dari belakang menyebabkan aku berkalih kepada Firdaus. Dia nak suruh aku panggil Ira ke?
"Ira!" Eh, dia pulak yang beria panggil tapi, Ira pandang ke belakang dam dia tersenyum lebar bila melihat aku.
Langkah dia semakin laju menuju ke arah aku dan belum sempat aku melangkah dia sudah memeluk aku erat sekarang.
Ya Allah, aku dah lama rindukan pelukan ni. Sejak abah kahwin lagi, aku dan Ira tak pernah sedekat ini.
"Ira minta maaf, Ira terlalu buta percaya pada Abang Farid. Maafkan Ira" rayunya sambil menangis sakan.
"Ira, Long yang nak minta maaf"
"Long tak salah, maafkan Ira"
"Ya. Long sayang Ira"
"Ira pun sayang long sangat-sangat."
Banyak yang aku dan Ira bualkan dan buat pertama kalinya dia akan bermalam di sini. Secara langsung juga kenal dengan keluarga Firdaus.
Tipu la kalau aku tak bahagia tengok semua orang berkumpul hari ni, kecuali Fir dan Qaz. Mereka berdua tak habis exam lagi.
°°°°
MATA aku melayar melihat Firdaus yang sedang work out, tak pasti kenapa dia macam ketagih sangat nak ada badan yang fit.
Pada aku badan dia ok je, lagipun aku tak suka sangat lelaki yang terlalu bermuscle ni. Pada aku, apa yang dia ada sekarang dah baik sangat dah.
"Awak" panggil aku perlahan.
"Hmm" balas dia tanpa memandang aku langsung, sekilas pun tak.
"Apa dia? Dah panggil aku lepas tu diam pulak" eh, dia ni nak naik angin pulak.
Aku nak puji dia dah ada badan yang fit je.
"Pendapat saya, badan awak dah bagus dah. Kalau terlebih muscle nanti saya tak suka sangat" aku cuba untuk susun ayat yang terbaik tapi rasanya macam dia tak suka je.
Dia berjalan ke arah aku dengan muka selamba habis dan duduk di kerusi di hadapan aku. Tangan aku diraih dan diletakkan pada dadanya.
"Aku tak kisah kau suka badan aku atau tak, aku cuma nak kau suka aku. Terima hati aku ni" dia senyum, senyuman yang aku tak pernah tengok sebelum ni. Ikhlas dan sedih.
"Tak payah fikir la apa aku cakap tadi, merapu je!" Dia buat-buat ketawa dan bangun dari kerusi.
Kenapa aku sakit sangat bila dia sedih? Dia dah hampir putus asa ke dalam hubungan ni. Dia dah penat ke tunggu aku?
Dia masih muda, patut ke aku biarkan dia putus asa? No! Aku tak nak!
Aku nak dia.
"No!" Aku tak sedar bila aku berlari tapi sekarang ni aku dah peluk dia erat.
"Saya...saya dah terima hati awak. Awak tak boleh give up! Awak kena ambil hati saya jugak, saya dah bagi pada awak. Saya takkan tarik balik, awak tak boleh tolak! Awak kena terima!"
Aku mencengkam bajunya dan hampir menangis. Aku tak kisah kalau dia cakap aku ni suka memaksa.
"Ina, kau waras ke ni?" Soalnya dengan wajah serius, boleh dia tanya soalan macam tu dengan wajah ketat dia ni.
"Saya waras! Saya sedar! Dah lama saya nak cakap"
"Habis tu kenapa tak cakap?" Soalnya bengang.
"Sebab...saya nak awak cakap dulu, lepas tu saya boleh balas balik" dia berkerut dan mengumpat sesuatu, dia kutuk aku agaknya.
"Aku sayang kau!" Mata dia tajam ke mata aku dan bahu aku dipegang kemas.
"Saya pun sayang awak jugak"
Okey...last chapter nanti..ha kan dah bagitahu cerita fast update.
YOU ARE READING
Suami Muda(✅)
De TodoSuami lagi muda dari kita. Biasanya, wanita inginkan suami yang lebih tua kerana mereka lebih matang. Lebih bertanggungjawab. Tetapi, apa pilihan buat Qistina? Perkahwinan yang terjadi kerana ditangkap basah. Ini juga merupakan peluang buat ibu bapa...