MALAMNYA aku ambil jarak paling jauh daripada dia, memang betul-betul hujung katil la. Sekali dia tiup aku rasa dah boleh tergolek jatuh bawah ni.
Aku pandang dia yang sedang nyenyak, memang dia ni suka tidur tak pakai baju ke apa? Dah la bilik sejuk gila. Selimut satu je.
Dah pukul dua pagi, aku masih tak boleh tidur sebab sejuk yang melampau, dah tahap menggigil ni. Ok je kut kalau aku berselimut sikit.
Dengan beraninya aku masukkan kaki ke dalam selimut dan terpaksa gerakkan badan aku ke tengah sedikit. Hmmm, hangatnya.
Sekali lagi aku terjaga bila aku rasa sejuk dan jelas selimut dah hilang dari badan aku, semuanya dibolot Firdaus seorang diri.
Dia sengaja ke apa? Aku mendekatkan diri kepadanya sedikit dan sekali lagi cuba mencari sedikit haba. Ya Allah, aku harap sangat dia tak sedar dan fikir yang bukan-bukan.
Hidung aku menangkap bauan yang sangat sedap, bukan sedap macam bau makanan dan bukannya wangi macam bunga.
Bauan yang fresh dan sedikit kelakian, ada ke sabun yang ada bau macam ni. Dah la hangat dan selesa je sekarang ni, rasa nak turun dari katil pun malas.
Kejap, sejak bila pulak Qifa ada bau macam ni? Bukan ke dia ada bau lebih kepada baby? Ha! Aku kan tidur sekatil dengan Dia malam tadi!
Aku buka mata dan dapati bahagian leher Firdaus yang menyapa mata aku sekarang ni. Ya Allah, apa aku dah buat ni?
"Hmmm...jangan gerak." aku kaku seketika dan sepasang tangan menarik aku rapat ke badannya. Kalau dia tahu apa yang dia buat sekarang ni mesti dia menyesal sangat-sangat.
"Firdaus." panggil aku perlahan dan matanya terbuka sedikit, bila dia nampak muka aku dia senyum dan kembali tidur malah pelukan dia semakin erat. Dah sedar ke belum ni?
"Firdaus, dah lewat subuh ni." aku cuba lagi dan dia membuka matanya lebih luas. Dia meraup mukanya dan rambutnya.
"Morning." sapanya selamba dan turun dari katil. Biar betul? Morning je? Dia tak pelik ke dia dah peluk aku dan dia tak marah ke?
"Apa yang pelik?" Aku terkejut bila dia tanya macam tu, dengan suara yang masih lagi mengantuk. Dia comel la pulak. Eh, apesal ni?
"Ha, tak ada apa? Cepatlah mandi, subuh dah nak habis ni"
"Hmm, selesa sangat tidur malam tadi sebab tu la lewat bangun." gumamnya perlahan dan masuk ke dalam bilik air. Bila pintu bilik air ditutup aku segera bangun dari katil dan mengemas katil. Dia tak sedar ke apa?
°°°°
~FIRDAUS~
Memang aku tak dapat nak padam senyuman pada muka aku ni, sampai aku sendiri pun menyampah bila tengok muka aku ceria sampai macam ni sekali.
Bukannya dia peluk aku pun, aku yang peluk dia! Tapi...bau rambut dia wangi gila kot. Haish!
"Daus, waras?" Soal Zaril dan tepuk bahu aku kuat.
"Malam tadi, kami tidur bersama!" Jawab aku happy gila! Sah memang aku ni dah tak waras, see Zaril pun pelik.
"'Tidur 'bersama'?" Soal Zaril terkejut, apa yang dia nak terkejut sangat pun aku tak tahu.
"Yep, satu bilik, satu katil, satu selimut!" Tambah aku lagi, ceria.
"In word... 'together'?" Soalnya dan kali ini aku tangkap maksud di sebalik terkejut yang dia hadiahkan pada aku. Kuning punya budak.
"Bukanlah mangkuk!" Aku baling topi kepadanya dan dia tersengih, tak senonoh punya kawan.
Hehe...Zaril ii😅
YOU ARE READING
Suami Muda(✅)
RandomSuami lagi muda dari kita. Biasanya, wanita inginkan suami yang lebih tua kerana mereka lebih matang. Lebih bertanggungjawab. Tetapi, apa pilihan buat Qistina? Perkahwinan yang terjadi kerana ditangkap basah. Ini juga merupakan peluang buat ibu bapa...