HMM, sunyi pulak aku rasa tempat kerja hari ni, padahal sama je, yang bezanya aku tak di paksa buat kerja dan Firdaus tak panggil aku masuk bilik dia langsung. Dia buat apa je kat dalam tu?
Dah la semua orang layan aku pelik je hari ni, tiba-tiba je respect aku lebih. Apa-apa je la, tapi aku bosan sangat sekarang ni tak tahu nak buat apa.
"Ina!!!" Apa benda pulak si Iza ni.
"Kau ni, dah declare tak cakap"
"Declare apa?" Pelik sungguh la kawan aku seorang ni.
"Penuh dalam majalah sukan ni pasal kau dengan boss" ha? Pasal kami?
"Kau cakap apa ni?"
"Tengok ni"
'ISTERI DORONGAN UNTUK BERJAYA'
Besar gila tajuk dia. Habislah. Ugh! Kenapa sampai masuk majalah sukan pulak ni? Ya la, race hujung minggu hari tu dapat liputan meluas kut.
Aku mengetuk pintu pejabatnya dan setelah mendapat jawapan barulah aku berani nak buka pintu bilik dia. Agaknya dia masih marahkan aku ke?
"Ada apa Qistina?" Soalnya langsung, serious sungguh.
"Erm, awak dah tahu pasal majalah sukan tu?" Soal aku resah. Mana tahu kut-kut dia marah ke.
"Kalau bukan soal kerja, awak boleh keluar." Dia tunjukkan pintu dan kembali kepada kerjanya. Kenapa sedih sangat ni? Sampai hati dia buat tak nampak aku je.
"Saya minta maaf, saya keluar dulu" aku segera beredar dari situ. Hmm, rasa macam nak menangis je.
°°°°
~FIRDAUS~
Waktu makan malam dia diam je dan tak banyak yang dia makan. Lunch tadi pun dia tak makan, perut dia tak masuk angin ke nanti?
Eh, biarlah dia dah besar kut yang aku nak risau sangat kenapa.
"Ina, sikit je makan" mama bersuara menyebabkan semua orang memandangnya.
Dia memandang mama kemudian aku sebelum kembali ke pinggannya.
"Ina pening sikit ma, tak ada selera sangat" jawabnya sopan. Hmm, menipu ke apa?
"Kalau sakit pergi la klinik, Ngah pun ada kat rumah ni"
"Eh, Ina ok je mama. Jangan risau."
"Kalau macam tu, selesai makan rehat terus. Nanti Kak Nab bawakkan panadol"
"Ya ma"
Suasana kembali senyap dan ramai orang mula beredar dari meja. Aku orang yang paling last sekali.
Selesai basuh tangan aku berniat untuk ke bilik tapi papa panggil aku ke ruang tamu. Mesti kena ceramah free ni. Tak habis lagi ke pasal race tu?
"Duduk Ngah, papa nak cakap sikit"
"Kalau pasal race tu, Ngah tak nak dengar"
"Bukan. Hal Ina dengan kamu" well, tekaan pertama salah, tekaan kedua betul. Apa yang papa nak cakap ni.
"Kenapa layan Ina dingin macam tu? Dulu papa tengok kamu dah baik dengan dia"
"Biasa je pa"
"Kalau kamu nak jadi seorang suami yang baik, kamu kena sabar. Cuba jadi matang sikit ngah, papa tahu dia lebih tua dari kamu tapi kamu tu suami. Tua atau muda, Ina tu amanah kamu"
"Dengar sini Ngah, walau apa pun yang Ina lakukan kamu berhak tegur bila dia salah, pimpin dia ke jalan yang betul. Ina tu perempuan yang baik, papa yakin dia isteri terbaik buat kamu.
Kalau soal hati, beri dia masa. Qaz ada cerita pada papa tentang Ina dan Farid. Farid ada masa Ina dalam kesempitan jadi apa yang Ina rasa pada Farid kuat. Ina kecewa ngah. Ngah jangan bertindak melulu dan abaikan Ina, walaupun dia nampak kuat, tapi dia lemah ngah.
Bagi dia masa, papa yakin yang perasaan dia pada kamu adalah sama. Ingat pesan papa tu ngah"
Papa sentuh bahu aku sebelum beredar dari sini. Apa yang papa cakap buat aku berfikir, betul jugak apa yang papa cakap tu. Aku tak boleh selfish.
Aku masuk ke dalam bilik dan aku tengok dia dah lena di katil. Aku duduk di birai katil dan beranikan diri untuk usap kepalanya. Dahi dia panas! Jadi, betul la dia tak sihat. Ubat di meja langsung tidak disentuh. Sah la dia tak makan ubat ni.
"Ina, bangun makan ubat dulu" aku goncang tubuhnya perlahan dan dia bukakan mata.
"Firdaus..." dalam kantuk dia memanggil nama aku. Tak tahu la kenapa tapi dia nampak comel je.
"Kau demam ni, cepat makan ubat" aku pangku kepala dia dan berikan panadol yang dah ada. Dia hanya akur dan minum air dari gelas yang aku pegang.
"Tidurlah"
"Awak tidur sini boleh? Maafkan saya"
"Ya, aku tidur sini. Aku dah maafkan kau, rest ok"
"Hmm" dia sempat senyum dan selesakan diri dengan alaskan lengan aku sebagai bantal.
Done😁
YOU ARE READING
Suami Muda(✅)
RandomSuami lagi muda dari kita. Biasanya, wanita inginkan suami yang lebih tua kerana mereka lebih matang. Lebih bertanggungjawab. Tetapi, apa pilihan buat Qistina? Perkahwinan yang terjadi kerana ditangkap basah. Ini juga merupakan peluang buat ibu bapa...