Bab 23

13.1K 682 26
                                    

BERATNYA rasa badan aku ni, takkan demam aku tak nak kebah lagi kut. Eh, aku tidur atas apa ni?

"Firdaus? Aku tak mimpi ke semalam?"

Aku tersenyum senang bila dia ada di sisi aku pagi ni. Hmm, selesa jugak alas kepala dengan lengan dia ni.

"Pagi"

Urk! Dia dah bangun ke? Apa aku nak buat ni? Sambung tidur balik?

"Aku tahu yang kau dah sedar. Demam lagi ke?" Tangannya segera menyentuh dahi aku.

"Demam lagi ni, lepas subuh nanti kita ke klinik. Now, solat dulu"

Usai solat kami terus ke klinik yang buka 24 jam, aku tak pasti kenapa aku boleh demam tapi aku gembira sebab dia dah tak marahkan aku lagi dah.

"Aku ambil ubat, kau tunggu kat sini" aku hanya mendengar apa yang dia suruh jadi aku tunggu di situ sahaja sambil memerhatikan keadaan sekitar.

Nasib aku tak baik bila melihat Farid yang muncul bersama seorang perempuan yang aku tak pernah kenal.

Isteri dia ke? Atau, kekasih dia? Lebih baik aku menyorok.

"Ina! Kau tengok apa sampai nak terkeluar biji mata?"

"Ha? Mana ada. Dah selesai?"

"Dah! Jom balik" dia segera hulurkan tangan untuk memapah aku, aku hanya membenarkan dan sikit, aku sengaja rapatkan badan aku pada dia.

°°°°

~FIRDAUS~

"Farid bawa isteri dia ke klinik sebab keguguran" aku tahu apa yang dia tengok, walaupun aku rasa sedih sikit tapi aku kena belajar terima semua ni.

Andai kata dia memilih orang lain daripada aku, aku terpaksa lepaskan dia jugak.

"Awak tahu, saya minta maaf" pintanya kesal tetapi aku hanya gelengkan kepala.

"Jangan minta maaf, aku faham. Bukan senang kita nak tipu hati kita sendiri" kali ini dia diam dan sepertinya dia sedang berfikir panjang. Dia kesal ke?

"Saya hanya ...erm, terfikir apa yang dia buat kat sini"

"Ya aku tahu, isteri dia yang keguguran tu disebabkan alkohol yang berlebihan, aku dengar Farid jatuhkan talak sebaik sahaja doktor sahkan dia gugur"

Aku tak nak cakap semua ni pada dia sebab aku takut dia kembali pada Farid tapi pada masa yang sama aku nak dia fikir semua ni dengan baik. Aku sayang dia, jadi aku nak dia bahagia.

"Farid tak patut buat macam tu" gumamnya perlahan sambil menekur lantai. Aku hanya mampu diam dan perhatikan dia.

"Jom kita balik" ajaknya dan menarik tangan aku untuk segera beredar  awalnya aku tak pasti kenapa dia tiba-tiba je nak balik sampailah...

"Ina!" Hmm, mamat tu yang datang pada dia rupanya. Aku hanya menurut bila Ina langsung tak hentikan langkahnya.

Kami segera beredar dari situ dan Ina hanya mendiamkan diri. Aku nak sangat tumbuk muka Farid dan tak nak bagi dia datang cari Ina lagi tapi aku takut apa yang aku buat tu salah.

Suami Muda(✅)Where stories live. Discover now