Special Chapter I

12.3K 597 5
                                    

BADAN dibaringkan di atas katil. Kepala dipegang dan dipicit sekali sakala. Sakit kepalanya menjadi lagi.

"Penatnya" keluhku perlahan. Terasa lenguh badan kerana terlalu banyak bekerja untuk persiapan raya pada esok hari.

Firdaus duduk di atas katil lalu menggantikan tangannya untuk mengurut kepalaku.

"Memanglah penat. Buat kerja non-stop. Sudahlah tu, rehat dulu. Biar yang lain yang buat kerja." bebel Firdaus sambil mata menatap aku yang memejamkan mata.

Sebelah mata dibuka memandang Firdaus. Aku duduk dari pembaringan. Tangan Firdaus aku genggam.

"Tak boleh lah macam tu. Tahun ni kan, tahun pertama saya nak raya dengan keluarga abang. Biarlah saya nak tolong juga."

Firdaus mengeluh. Kedua bahuku dipegangnya pula. Mata memandangku tajam.

"Memanglah. Tapi, muka sayang tu dah pucat. Nanti pitam pula. Sapa yang susah? Abang jugak. Takmo lah. Rehat okey? Lagipun ramai yang boleh tolong, Qaz ada. Fir ada. Long dengan suami dia pun ada. Sayang rehatlah, dari pagi tadi langsung tak rehat."

Dahi Firdaus sudah berkerut dengan kedegilan isterinya ini. Aku tersengih mendengar bebelannya.

'Risau jugak awak kat saya?'

Tanganku naik menyentuh kerutan di dahi Firdaus lalu aku tekan perlahan. Semakin lebar sengihan aku apabila Firdaus memandangku lekat.

"Sayang. Abang serius ni. Rehat ye. Jangan buat kerja dah."

Tangan aku kembali digenggamnya apabila melihat aku macam tak boleh duduk diam dari sentuh muka dia.

Tulah. Siapa suruh handsome sangat. Tengah serius pun nampak comel.

"Abang..Saya bukan apa. Saya --"

Tok! Tok! Tok!

"Long, mama mintak tolong pasangkan langsir kat ruang tamu."

Suara Qaz kedengaran menghentikan kata-kata aku.

"Okey!"

Tajam mata Firdaus macam helang. Uiyh! Rasa macam dah kena tikam. Seram pulak rasa.

"No! Sayang kena rehat. Muka sayang dah pucatlah." Merengek Firdaus apabila melihat aku bangun dari katil.

"Ni last. Saya janji. Lepastu, saya akan rehat macam yang abang nak." Pujukku sambil buat muka comel.

Aku tahu aku degil. Tapi, aku buat sebab aku teruja. Aku dah lama tak sambut ramai-ramai dengan keluarga.

Firdaus mengeluh perlahan. Mulutnya berkata sesuatu dengan perlahan tetapi aku tak dapat nak dengar.

Kutuk aku lah tu. Macam lah aku tak tahu.

"Okey. Lepastu, masuk bilik dan terus tidur. Deal?"

"Deal."

Kepala Firdaus anggukkan. Berpuasa hati dengan jawapan aku.

"Jom turun. Nanti mama kata apa pulak" ajaknya. Aku hanya bersetuju. Kami turun sambil berpegangan tangan.

Bukan idea aku. Firdaus yang nak. Dah dekat setahun aku kahwin dengan Firdaus, perangai asyik nak menempek je dengan aku.

Nasib baiklah sayang.

****

~FIRDAUS~

Lama aku tunggu dalam bilik. Dah dekat setengah jam. Tapi, Ina tak jugak masuk bilik.

Mana pula dia dah pergi. Jangan kata dia pergi tolong mama lagi. Tetiba rasa nak marah pulak. Kenapalah degil sangat?

Aku turun ke ruang tamu tapi kelibat Ina tetap juga tak ada. Long yang baru lalu bersama anaknya untuk masuk ke bilik, aku tahan.

"Long. Nampak Ina tak?"

Dahi Long berkerut sedikit seperti sedang berfikir. Aku tersenyum memandang Farah, anak sulung Along berusia hampir setahun berada di dalam dukungan Along.

"Tadi, rasanya... Dia kata nak masuk bilik lepas siap pasang langsir." kata-kata Along buatkan aku tiba-tiba risau.

"Tapi dia takde kat bilik. Dah setengah jam Ngah tunggu."

"Apa yang kecoh-kecoh ni? Ngah? Along?"

Serentak aku dan Along memandang mama dan papa. Nampak macam bersedia nak pergi bilik tidur. Yelah, jam sekarang pukul 12 malam. Dah lambat.

"Mama nampak Ina tak? Dari tadi Ngah tak nampak batang hidung Ina." Soalku terus. Rasa risau tak dapat ditutupi lagi.

Dahi papa dan mama dah berkerut. Ah sudah! Ni yang makin buat aku risau ni.

"Tak silap papa nampak Ina masuk tandas. Tapi tu dah macam dekat sejam tadi."

Mendengarkan kata-kata papa, pantas aku berlari menuju ke tandas yang paling dekat di dapur.

Buka sahaja pintu, aku melihat sekujur tubuh yang aku seru dari tadi sedang terbaring kaku.

"Papa! Mama!"

Tubuh kaku Ina terus sahaja masuk ke dalam dakapan aku. Wajah Ina kutepuk-tepuk perlahan berharap agar matanya terbuka.

"Allah!"

Aku pandang papa, mama dan Along dengan mata yang sudah berkaca. Ye, aku tahu aku cengeng. Tapi aku risau.









How you like that? Author tak minat blackpink. Tapi author kpopers. Author kenal hampir semua idols. Tapi diorang je yang tak kenal author. HAHAHAH...😁✌🏻

Suami Muda(✅)Where stories live. Discover now