AMMARA SAKURA. Sekuntum bunga bak spesies 'Prunus Serrulata' yang nyatanya sangat kontra dengan gelaran indahnya. Tetapi, tiada siapa yang tahu di sebalik semua itu... Ada sebuah kehancuran yang membinasakan. "Sakura tak mengajar erti cinta." "Habis tu, Sakura ajar apa?" "Sakura ajar cara untuk buang hati dari rasa menyukai." Bagi Ammara, cinta merupakan satu kehancuran. Dia tak percayakan cinta dan kerana cinta itu jugalah hatinya dihancur lumatkan tanpa belas kasihan. Tipulah jika tiada rasa kecewa. Tipulah juga jika tiada sekelumit sakit hati dan geram yang bernoktah di ruangan dadanya. Tatkala dia mahu melupakan, mimpi ngerinya hadir sebagai sebuah perhintungan. Perlahan-lahan semua itu menghambat diri dan emosi Ammara untuk meneruskan dendam yang sudah lama padam. Dan apa yang Ammara mahukan cuma satu iaitu... hancurkan dia. Atau lebih tepat lagi, hancurkan Ezzat. Ezzat tak layak untuk menggapai bahagia, apatah lagi untuk mengukir senyuman gembira. Dia mahu Ezzat sentiasa berduka tetapi lain pula yang berlaku apabila semua itu berpatah kembali kepada diri Ammara sendiri. Ammara berperang dengan dirinya dan sejujurnya, dia terperangkap atas jerat yang dibina. Dia tidak mampu untuk mematahkan sebaris hakikat bahawa siapa dia untuk menidakkan rasa indah yang hadir tanpa dapat diundang walaupun segala yang dilakukannya bersalut benci dan bersulamkan pengorbanan. Pun begitu, mengapa di akhirnya dia katakan ya jikalau jawapan sebenarnya adalah tidak? Mula, 20.9.20