𝙍𝘼𝙀𝙎 𝙃𝘼𝙔𝘿𝙀𝙍 𝙓 𝙃𝙀𝙍𝙍𝘼 𝙀𝙍𝙔𝙉𝘼 Mati rasa Herra apabila dugaan yang perit menimpanya, semua ini kerana salahnya memilih untuk ke tasik tapi dah takdir hidup walau bagaimanapun kena terima dengan redha. "Aghh!! Tolong saya!!" - 𝙃𝙀𝙍𝙍𝘼 𝙀𝙍𝙔𝙉𝘼 "Kau buat apa dalam rumah aku ni?" - 𝙍𝘼𝙀𝙎 𝙃𝘼𝙔𝘿𝙀𝙍 "Tolong saya! Ada orang kejar saya dekat luar!" - 𝙃𝙀𝙍𝙍𝘼 𝙀𝙍𝙔𝙉𝘼 Malam yang malang bagi kedua mereka apabila didapati bersalah dalam kes tuduhan tangkap khalwat, Herra sudah pasrah dia hanya menurut perintah mahkamah untuk membayar denda, namun nasibnya semakin malang apabila kisah malam itu terbongkar. "Aku CEO syarikat, disebabkan kau! Reputasi syarikat aku jatuh!" - 𝙍𝘼𝙀𝙎 𝙃𝘼𝙔𝘿𝙀𝙍 "Kau kena bersihkan semula nama aku! Kahwin dengan aku!!" - 𝙍𝘼𝙀𝙎 𝙃𝘼𝙔𝘿𝙀𝙍 Apabila nama Herra semakin hangat, hidupnya bagaikan gelap, tiada sinar. Orang ramai pandang serong padanya termasuk kawan-kawannya. Akhirnya Herra setuju dengan cadangan Raes untuk berkahwin dengannya untuk beberapa bulan. Dalam dia tak sedar sebenarnya Raes sudah pun jatuh cinta dengannya dari pertama kali mereka berjumpa, tapi atas permintaan keluarga mereka berdua tidak perlu bernikah lama dan Herra akan bercerai dengan Raes dalam beberapa bulan. "Once I agree with this marriage, that's mean aku ikhlas," - 𝙍𝘼𝙀𝙎 𝙃𝘼𝙔𝘿𝙀𝙍 "Tapi kita still tak boleh bersama!" - 𝙃𝙀𝙍𝙍𝘼 𝙀𝙍𝙔𝙉𝘼 Adakah kesudahan mereka bercerai? Ataupun Raes sanggup abaikan arahan keluarga demi seorang gadis? Ataupun mereka semua dapat menerima antara satu sama lain?