"Aku pendosa yang sudah kembali kepadaMu." Setiap hamba melakukan dosa dan setiap dosa dilakukan perlu bertaubat begitu juga dengan Iman al-Muadzam. Dia adalah pendosa yang kembali kepada Tuhan setelah melakukan dosa besar kepada Pencipta. Namun saat hati ingin berubah tidak semua semudah yang disangka kerana berubah adalah jihad yang melawan segala hasutan iblis serta hawa nafsu. Saat Iman jatuh sedalam lautan ada An-Nur Malika yang sedia membantu, ada huluran tangan sedia menarik Iman keluar dari lautan dalam itu dan ada semangat yang tidak pernah lebur dalam membantu Iman bangkit. Kerana Malika percaya, pendosa seperti Iman patut dibantu hijrahnya. Satu cara yang Malika fikir untuk membantu Iman bahkan dapat membantunya jauhi zina serta mengungkapkan rasa hati kepada Iman. Kahwin. "Yakin ke akan berhasil?" Iman al-Muadzam. "Yakinlah bagaimana kita yakin pada Tuhan dan yakinlah bagaimana kita yakin dengan patner haram kita." An-Nur Malika. Jawapan sinis Malika berjaya membuat hati Iman remuk, tetapi sedikit sebanyak ucapan Malika membuat diri Iman sedar akan khilafnya. Malika baik tetapi dia tidak baik bahkan jauh dari kata boleh buat Imam tetapi Malika tetap Malika. Hanya Iman sahaja yang dia mahu. Start: 4/1/24