Kisah antara sahabat, cinta, abang dan adik angkat. Ini semua menjadi satu dan terkait dalam hidup Airin yang sudah lama menginginkan hidup bahagia. Tetapi nasibnya terhenti apabila ternampak seorang yang dia sayang curang dengannya. Sudah nak masuk setahun mereka bermesra dan tetiba nampak dia bermesra dengan perempuan lain. Tahun demi tahun sudah berlalu, Airin tawar hati buat beberapa tahun walaupun ada yang menaruh hati padanya. Dia sekadar melayan sahaja sesiapa pun yang rapat dengannya. Dia bahagia hidup begitu. Tanpa cinta... "Kalau kita ada jodoh dan bertemu lagi 5 tahun, kami janji akan datang masuk meminang." kata Azhar. "Allah berikan hati untuk mencintai orang bukan membenci orang." kata Amir. "Tapi kalau orang itu menyakitkan hati kita, patutkah kita mencintai mereka?" kata Airin. "Aku sentiasa sayangkan kau." kata Adam.