Cinta yang dipupuk sejak zaman sekolah lagi. Kerana kecewa kekasih yang amat dicintai berkahwin dengan abangnya sendiri, Hafzal membawa diri ke Australia. Pulang ke tanah air setelah 5 tahun berlalu. Surianna, kesedihannya tidak pernah padam. Pertama, dia dipaksa berkahwin dengan orang yang tak dicintai. Kedua, dia kehilangan kekasihnya. Ketiga, suaminya meninggal dunia. Keluarga mentuanya menyalahkannya di atas kematian anak mereka. Nasib baik dia ada Afiq penguat semangatnya. "Saya datang nak kembalikan cinta kita semula, cinta kita yang terhalang"- HAFZAL "Kenapa sekarang? Kenapa tak dulu? "- SURIANNA Hati Surianna tidak seperti dulu, hatinya keras. Hafzal memulakan misinya untuk memikat hati Surianna. Tetapi, uminya ada beri amaran. "Kalau kamu nak sangat kahwin dengan pembunuh tu, langkah mayat umi dulu!-PUAN ZARINA Hafzal tidak putus asa, dia tidak hairan dengan amaran uminya. Di dalam kepalanya, dia hanya mahukan Surianna. Syukurlah, Surianna sudah membuka pintu hatinya pada Hafzal. Kerana kehendak keluarga dan ego, cinta mereka terhalang. Kini mereka sudah bersatu tetapi, keluarga masih tidak boleh menerima. Dapatkah Surianna bersama Hafzal? Dapatkah mereka meneruskan cinta mereka ?