Jangan lupa vote and comment banyak-banyak 😉🤍
"Ni bilik aku tapi sekarang dah jadi bilik kita so kau buat lah macam bilik sendiri" beritahu Hazreen.Mata Eryna meneroka setiap inchi bilik Hazreen itu. Simple tapi nice.
"Nampak tak bilik kecil tu, itu wardrobe aku nanti kita pergi rumah sewa kau ambil barang-barang kau okay" ujar Hazreen sambil menggosok kepala Eryna.
"Kau rehat lah dulu okay, aku nak jumpa daddy kejap" sebaik sahaja Hazreen keluar terus sahaja dia duduk di kerusi gamers Hazreen. Sejak tadi matanya tertumpu pada kerusi tersebut.
"Wow selesanya!" Kerusi itu dipusing-pusing olehnya dengan gembira sekali.
"Ibu, ayah adik dah kahwin. Adik harap mak ayah tak marah adik kahwin macam ni" luah Eryna.
"Kalau ibu dengan ayah ada agak-agak ibu ayah kecewa ke dengan adik?"
"Adik tak pasti dengan perasaan, adik tak nak kecewa lagi tapi adik tetap akan hormat Hazreen sebagai suami adik. Adik rasa macam ibu dengan ayah dekat dengan adik bila adik dengan family ni" jujur Eryna.
"Tapi ibu dengan ayah selalu ada dekat hati adik" ujar Eryna sambil memejamkan matanya. Dia dapat merasakan seperti ibunya sedang mengusap rambutnya perlahan.
Tidak lama kemudian dia pun terlelap di atas kerusi tersebut. Semasa tidurnya dia terdengar suara yang seperti dia kenal berbisik perlahan.
"Ibu dan ayah tahu adik kuat... Kami tak kecewa pun dengan apa yang berlaku sayang" bisik satu suara.
"Satu je ibu nak pesan, walau apapun yang terjadi adik kena kuat okay. Jangan pernah bertindak melulu" pesan ibu Eryna lagi.
"Ayah suka dengan lelaki itu sebab ayah yakin dia mampu jaga adik. Pastikan adik jaga suami adik baik-baik okay" pesan ayah Eryna pula.
"Ibu ayah pergi dulu ye sayang" ucap mereka serentak lalu mencium kedua-dua pipi Eryna.
"Ibu...ayah..." Sebut Eryna dalam tidurnya. Air mata kerinduan meleleh dalam tidurnya.
Hari ini merupakan hari pertama Hazreen dan Eryna ke Universiti bersama-sama. Kebetulan juga pada pagi ini mereka mempunyai kelas yang sama iaitu kelas bahasa Mandarin.
"Jom sister in law~" ajak Hazreeq lalu menarik lengan Eryna agar mengikuti langkahnya ke kelas namun sempat di halang oleh Hazreen.
Pandangan tajam diberikan oleh Hazreen.
"Opss... Sorry!" Ujar Hazreeq lalu melepaskan pegangannya daripada Eryna. Sempat dia berbisik sesuatu sebelum meninggalkan Hazreen dan Eryna di belakang.
"Awak... Nanti kita duduk jauh-jauh ye sebab saya segan" ujar Eryna perlahan. Namun Hazreen tetap dapat mendengarnya.
"Ok" simple sahaja jawapan yang diberikan oleh Hazreen.
Sebaik sahaja mereka tiba di kelas, semua pelajar di dalam itu mula berbisik sambil memandang mereka. Ternyata khabar angin tentang dia ditangkap basah dengan Hazreen itu tersebar luas dengan cepatnya.
Disebabkan itu dia tidak mahu duduk bersama Hazreen, tidak mahu menimbulkan lebih banyak gosip.
Eryna mengeluh perlahan. Dia maksudkan jauh itu maksudnya jauh daripadanya. Dia Ingatkan Hazreen faham ternyata tidak. Boleh pula lelaki itu duduk di belakangnya hanya selang dua buah kerusi.
Hazreeq pula melambai-lambaikan tangannya ke arah Eryna. Dia hanya mampu tertunduk malu.
Dia ni tak faham atau pura-pura tak faham. Baik aku mesej dia. Eryna pun segera membuka aplikasi WhatsApp dan menghantar mesej kepada Hazreen.
YOU ARE READING
That Girl Belong To The Devil!
Romance⇨ SIRI KE-2 YOU'RE MY STELLA kisah anak-anak Haufan Hazzan dan Aira Medina Siapa masih ingat lagi Hazreen dan Hazreeq?! Haa mereka berdua ni la anak kembar sulung kepada Haufan dan Aira. Now umur mereka sekarang pun dah masuk 22 tahun dan merupakan...