BAB 25

11.4K 755 49
                                    

Jangan lupa vote and comment banyak-banyak 😉🤍


"Kami dah pulang" Ujar Eryna sebaik sahaja mereka memasuki rumah.

Mereka pulang sedikit lewat kerana Eryna mempunyai kelas sehingga petang. Dia fikirkan Hazreen akan pulang dahulu dan menjemputnya kemudian.

Namun sebaliknya, lelaki itu menunggunya di parkir kereta sehingga dia habis kelas. Dia sudah menyuruh Hazreen pulang dahulu namun Hazreen kalau dikatakan tidak maka itulah yang dia akan lakukan.

Sedikit demi sedikit dia mula mengenali Hazreen.

"Lambat balik" tegur Hazreeq yang baru sahaja selesai mandi. Rambutnya yang masih basah itu sedang di lap olehnya.

"Iya, saya ada kelas tadi" beritahu Eryna

"Saya dah suruh Hazreen pulang dulu tapi itula" ucapnya serba salah

"Tak perlu minta maaf pun, abang i ni memang degil" kutuk Hazreeq lalu memukul belakang badan Hazreen dengan kuat.

Buk!

Satu tumbukan padu mengenai perut Hazreeq. Eryna yang disebelahnya terkejut beruk tiba-tiba sahaja Hazreen menumbuk Hazreeq. Bunyinya sungguh kuat.

"Bising.." lalu meninggalkan Hazreeq yang jatuh kesakitan bersama Eryna di hadapan pintu. Eryna terus sahaja menolong Hazreeq yang sedang kesakitan.

"Aakkk takpe.. saya okay je" nafi Hazreeq. Tidak sangka tumbukan abangnya itu semakin kuat walaupun mereka jarang berlatih.

Eryna tetap memapah Hazreeq ke sofa yang berdekatan. Kesian melihat Hazreeq dipukul oleh kembarnya sendiri. Dia dapat merasakan tumbukan tersebut juga sangat kuat.

"Terima kasih lah sister in law... Hal kecil je ni lagipun kitaorang dah selalu macam ni lebih-lebih lagi masa latihan" Hazreeq cuba membetulkan posture kedudukannya.

"Latihan?" Soal Eryna

"Iyup.. Latihan pertahankan diri, daddy tu ketua mafia" beritahu Hazreeq bersahaja. Eryna cuba mengawal riak wajahnya.

Dia pernah mendengar khabar angin mengatakan daddynya mereka ni seorang ketua mafia dan ternyata khabar angin itu benar. Patutlah perangai Hazreen begitu dingin.

Adakah Hazreen bakal pewaris ketua bagi kumpulan daddynya nanti? Fikir Eryna kerana tidak mungkin lah posisi ketua itu diberikan kepada Hazreeq melihat daripada perangainya yang tidak matang ini.

Namun kelihatan keluarga mereka tenang dan bahagia sahaja tanpa musuh. Kebiasaanya keluarga mafia ni ada sahaja masalah yang akan timbul.

Bagaimana mummy mereka boleh sangat tenang kerana melihat dari raut wajah Aira seperti dia sudah terbiasa dan sedikit pun tidak risau.

" Takut ke? Alahh tak perlu takut la, lagipun you kan dah jadi sebahagian keluarga kami takkan lah daddy nak bunuh kau pula" gurau Hazreeq.

"Lagipun suami you aka abang i tu boleh lindungi you. Kalau tak cukup ni haa i pun ada" tambah Hazreeq lagi sambil memuji dirinya juga.

Eryna tertawa kecil. Melihat tawaan Eryna itu membuat Hazreeq lega sekurang-kurangnya gadis itu percaya akan kemampuan mereka.

"Okaylah... Saya nak naik bilik dulu" pamit Eryna namun sempat ditahan oleh Hazreeq.

"Ehhh wait! Tadi masa kelas i nampak you dengan student baru, dia single lagi tak?" Soal Hazreeq dengan muka yang sukar ditafsir. Eryna yang sedia maklum dengan perangai buaya Hazreeq itu hanya mengendahkan soalannya lalu beredar dengan kadar segera.

That Girl Belong To The Devil!Where stories live. Discover now