Congratulations 500K for You're My Stella. Thankyou for all my beloved readers 🥰
Now enjoy this chapter okay! Don't forget to vote and comment a lot🥺💛
🌻🌻🌻
Flamenia Florist
Waktu shift bagi Eryna sudah pun hampir tamat kebetulan hari ini Shawn ingin menghantarnya pulang namun Shawn sedikit lewat kerana perlu menghantar mummynya ke Airport dahulu.
Eryna terlalu ralit mengemas dan mengambil barang-barangnya dari dalam locker sehingga tidak perasaan akan seseorang yang sedang menenung dia daripada belakang.
Hampir sahaja gugur jantungnya sebaik sahaja dia berpaling. Mana tidaknya, terkejut melihat figura Hazreen yang berdiri di bilik pekerja dengan pandangan mata yang sangat tajam. Siapa sahaja tidak takut bukan.
Suasana di dalam bilik itu sepi, hanyaata mereka saling bertatapan. Kedua-dua mereka tidak bersuara. Eryna sudah tidak selesa di pandang begitu oleh Hazreen, dia pun memberanikan untuk bersuara.
Namun belum sempat Eryna mahu bersuara, lengannya ditarik kasar oleh Hazreen keluar daripada kedai bunga itu. Terpinga-pinga Eryna apabila dirinya terus sahaja ditolak masuk ke dalam kereta di tempat duduk pemandu.
"Awak nak bawa saya pergi mana ni? " Eryna cuba memberanikan diri untuk bertanya walaupun dia berasa takut.
Takut dan risau menyelubungi Eryna. Takut jika di apa-apakan oleh Hazreen sudahlah dia tidak mengenali lelaki itu. Perasaan risau juga timbul, risau kerana Shawn sepatutnya menjemputnya. Pasti kekasihnya itu risau melihat ketiadaannya di kedai bunga tersebut.
Namun Hazreen hanya membiarkan kata-kata Eryna itu tidak berjawab. Dia suka melihat ketakutkan di wajah gadis itu. Dia sendiri tidak tahu mengapa. Kereta Ferrari itu pun memecut laju menyelusuri jalan raya.
🌻🌻🌻
Akhirnya mereka pun tiba di hadapan rumanhnya Hazreen. Eryna semakin takut tiba-tiba sahaja dirinya di bawa ke sebuah rumah yang besar ini. Fikirannya mula berfikiran yang bukan-bukan. Di dalam hatinya tidak henti-henti beristighfar.
Hazreen terus sahaja membuka pintu lalu menarik Eryna keluar daripada kereta tersebut. Eryna cuba untuk melepaskan dirinya dengan meronta.
"Saya tak nak!" Ronta Eryna sambil cuba untuk melarikan diri namun Hazreen lebih tangkas menarik Eryna dan menolaknya rapat ke dinding rumahnya. Jarak antara mereka sungguh dekat.
Hazreen merenung mata Eryna dengan pandangan yang tajam. Dia dapat melihat ketakutan di mata gadis itu kerana dia cuba melarikan pandangan matanya.
Eryna pula tidak mampu untuk menolak Hazreen. Kudratnya tidak sekuat Hazreen. Dia juga dapat merasakan hembusan nafas Hazreen menyapa mukanya dengan lembut.
"Aku tak minta banyak pun little girl, tapi tolong dengar cakap aku" bisik Hazreen di telinga Eryna dengan suaranya yang dalam. Meremang bulu roma Eryna, dia pun segera mengangguk kepalanya takut dengan aura Hazreen.
Baru sahaja Hazreen ingin merapatkan mukanya dengan muka Eryna tiba-tiba mereka disergah oleh seseorang.
"Woi maksiat!" Jerit Kevin yang berada di pintu rumah tersebut. Sejak tadi dia memerhatikan mereka berdua dan tidak sangka boleh dapat drama percuma petang-petang macam ni.
YOU ARE READING
That Girl Belong To The Devil!
Romance⇨ SIRI KE-2 YOU'RE MY STELLA kisah anak-anak Haufan Hazzan dan Aira Medina Siapa masih ingat lagi Hazreen dan Hazreeq?! Haa mereka berdua ni la anak kembar sulung kepada Haufan dan Aira. Now umur mereka sekarang pun dah masuk 22 tahun dan merupakan...