BAB19

10K 657 120
                                    

Jangan lupa vote and comment banyak-banyak 😉✨

Part ni cuma flashback je jadi enjoy okay!

Flashback

"Reen, Aliq dengan Rayyan ajak lepak macam biasa ni. Nak pergi tak?" Soal Hazreeq.

"Golden Club?"

"Yezza! Kelab tu je tempat lepak kita berempat mana ada kelab lain. Ke kau ada lepak mana-mana kelab ni?" Soal Hazreeq sambil membuat muka mengejek, dia mula menyondol-nyondol bahu Hazreen.

"Semak sial!" Marah Hazreen kerana rimas dengan Hazreeq. Memang mereka kembar tapi tidak sebulu. Tetapi kalau hal berkaitan kerja mereka boleh sahaja berbaik.

"Sekarang ni, nak ikut ke tak wahai abang kembarku yang kacak sikit, kacak banyak tu pada adikmu ni sahaja"

Hazreen mula berfikir, kalau dia pergi siapa mahu menjaga Eryna. Keluarganya pula sudah lena dibuai mimpi.

Dia memandang Eryna yang sedang tidur itu, kelihatan muka gadis itu berkerut-kerut tidak selesa untuk tidur disebabkan demamnya.

"Aku tak pergi"

"Ececece nak jaga buah hati la tu" ujar Hazreeq dengan muka yang mengada.

"Tapi Reen, she's already have a boyfriend"tambah Hazreeq lagi.

"Boyfriend bukan suami jadi bukan masalah aku"

"Jadi kau nak rebut Eryna dari mamat cina tu?" Soal Hazreeq ingin tahu. Sibuk ingin mengorek rahsia kembarnya itu. Hazreen hanya memandang Hazreeq sambil tersenyum sedikit sinis.

"Woooo sejak bila jadi jahat macam ni bro, kalau mummy dengan daddy tau habis la kau"

"Aku dah dapat green light dari daddy so why not" ujar Hazreen sambil mengangkat keningnya. Kemudian dia berdiri dan duduk di birai katil sambil merenung Eryna.

"Dia satu-satunya perempuan yang buat aku rasa macam ni, aku tertarik tengok dia walaupun dia bukan daripada keluarga yang kaya. Ini lah dinamakan cinta Reeq. Cinta tak mengenal darjat, aku yakin dia memang untuk aku" ujar Hazreen panjang lebar dengan kata-katanya mendalam.

Hazreeq terkedu mendengar apa yang dikatakan oleh Hazreen. Sungguh dia terasa di sudut hatinya.

Tak sangka abangnya yang dingin selama ni boleh jatuh cinta pada seorang gadis yang biasa sahaja.

"Okaylah bro, aku gerak dulu la takut diorang tunggu lama pula" pamit Hazreeq lalu meninggalkan bilik tersebut. Tidak betah dia berlama-lama di situ. Entah apa ayat deep yang hendak di keluarkan olehnya lagi.

Hazreen tergelak kecil.

"Terkesan la tu" omelnya sambil menggelengkan kepalanya perlahan.

Rambut Eryna diusap perlahan-lahan agar gadis itu dapat tidur dengan lena.



Rambut Eryna diusap perlahan-lahan agar gadis itu dapat tidur dengan lena

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
That Girl Belong To The Devil!Where stories live. Discover now