BAB 26

11.5K 762 132
                                    


Jangan lupa vote and comment banyak-banyak 😉

Eryna termenung di cafeteria sambil menunggu Aileen habis kelas. Fikirannya masih memikirkan kata-kata Hazreen semalam.

Hatinya berdebar-debar mengingat kejadian semalam. Terkejut dia pagi tadi di mana pinggangnya dipeluk erat oleh Hazreen ketika tidur. Pipinya mula kemerah-merahan.

Adakah dia pun turut mempunyai perasaan terhadap Hazreen. Tidak terlalu cepat ke untuk mencintai seseorang padahal dia baru sahaja kecewa.

Eryna mula berperang dengan hati dan fikirannya sendiri. Fikirannya mengatakan tidak tapi hatinya berkata sebaliknya. Kedua-dua pipinya ditampar perlahan sungguh dia buntu.

"Hey! Awak okay tak?" Soal Aileen yang baru sahaja tiba. Risau melihat Eryna seperti dalam masalah itu.

"Aaaaa tak..." Keluhan dilepaskan. Takkanlah dia mahu menceritakan hal perasaannya kepada Aileen. Dia tidak mahu membebankan orang lain.

Melihat raut wajah Eryna yang buntu dan serba salah membuatkan Aileen tidak patut memaksanya untuk bercerita mungkin itu hal peribadinya.

"Ceria la! Tak nak monyok-monyok okay. Tunggu sini saya beli makanan untuk kita dulu lepastu saya ada story hihihi" ujar Aileen bersemangat.

Beberapa minit kemudian Aileen pun tiba sambil membawa nasi ayam dan fresh orange. Eryna pun ingin menghulurkan duitnya namun Aileen menolak.

"Tak payah... Saya belanja okay!" Ujar Aileen dengan girang. Eryna mengucapkan terima kasih sambil mereka makan, Aileen membuka cerita.

"Haaa awak tau tak Eryna tadi annn saya rasa macam saya dah jumpa tulang rusuk saya"

"Tulang rusuk?" Soal Eryna sambil berkerut. Biasanya ayat tersebut lelaki yang ucapkan ini terbalik pula.

"Iyeee saya rasa saya dah jumpa lah bakal imam saya dan anak-anak saya" beritahu Aileen dengan penuh perasaan.

Walaupun perangai Aileen ni pelik-pelik, Eryna hanya layankan sahaja.

"Hahahah yeke? Siapa lelaki yang bertuah tu?" Soal Eryna

"Aduh! Itulah masalahnya saya tak tau la nama dia. Itupun cuma terserempak masa saya nak datang sini dia nak pergi gelanggang futsal. Tapi serius kacak nak mati lah" penuh perasaan sekali Aileen bercerita.

Eryna tergelak kecil. Mudah betul ya jatuh cinta tu.

"Haaa nanti kita pergi gelanggang futsal sekejap nak? Saya tunjuk okay" ucapnya penuh semangat. Buat pertama kali dia fall in love at the first sight gitu uuu jadi dia begitu excited.

"Boleh-boleh tapi tak boleh lama okay... Sebab hari ni saya balik dengan ayah mentua saya" ujarnya perlahan.

"Woah! Syok la mesti menantu kesayangan ni"

Menantu kesayangan? Huh dia sendiri pun tidak pasti. Membayangkan muka dingin Haufan itu sahaja membuatnya rasa seram sejuk.

"Cepat makan okay" ujar eryna lagi.

Sebaik sahaja mereka selesai makan, Eryna dan Aileen jalan beriringan menuju ke gelanggang futsal.

Dalam perjalanan mereka menuju ke gelanggang futsal mereka berselisih dengan Shawn dan rakan sekelasnya. Kelihatan juga seorang gadis jalan berpegangan bersama Shawn.

That Girl Belong To The Devil!Where stories live. Discover now