Jangan lupa vote and comment banyak-banyak 😉
Seminggu pun telah berlalu dan dalam masa seminggu itu jugalah Eryna tidak berjumpa dengan Shawn. Hampir empat hari dia dijaga oleh keluarga Hazreen itu.
Batang hidung Shawn pun tidak kelihatan hari ini. Dia mengeluh perlahan. Sibuk betul kekasihnya itu sejak kebelakangan ini.
Hari ini tiba-tiba sahaja semua pelajar harus berkumpul di dewan utama. Katanya ada satu perkara yang hendak di sampaikan oleh majlis perwakilan pelajar universiti.
Eryna pun turut bersesak untuk memasuki dewan tersebut. Mana tahu dia dapat berjumpa dengan Shawn. Namun tiba-tiba sahaja begnya ditarik oleh seseorang dari belakang.
"Yang kau sibuk bersesak ni kenapa?" Soal Hazreen sambil menarik Eryna dengan mudah sahaja.
"Saya nak berkumpul la, haa nak cepat" ujar Eryna sambil cuba untuk melepaskan diri dari Hazreen namun makin kuat Hazreen menarik begnya.
"Rilek girl, masuk lambat pun takpe. Don't worry okay kitaorang ada" sampuk Aliq yang ingin menenangkan Eryna. Eryna hanya tersenyum kekok.
Mahu atau tidak mahu terpaksalah dia mengikut mereka berempat. Sudahlah begnya masih lagi tidak dilepaskan oleh Hazreen. Hazreen terus sahaja mengheretnya.
Pelajar-pelajar yang berdekatan melihat Eryna yang diheret oleh geng H4 sambil berbisik-bisik. Eryna sedang menahan malunya dan cuba menyorokkan mukanya.
Tiba-tiba
"Aku tak nak korang mengata dia belakang aku!" Jerit Hazreen dengan kuat. Pelajar yang tadinya berbisik terus sahaja menunduk malu.
"Kalau aku tau memang nahas tak kira korang lelaki ke perempuan. Memang sakit nanti" ugut Hazreen lagi lalu terus sahaja memeluk bahu Eryna.
Mereka berlima pun masuk ke dalam dewan utama dengan mudah sahaja kerana pelajar lain memberi mereka ruang. Begini rupanya hidup jadi orang popular fikir Eryna.
"Boleh tak saya nak duduk dekat sana?" Soal Eryna sambil menuding jarinya ke arah tempat pelajar perempuan berkumpul namun Hazreen tidak membenarkannya.
"Alaaa you duduk je dengan kitaorang, abang i ni cuma nak protect you dari syaitan dekat you je" sinis sahaja Hazreeq berkias. Belum lagi masanya untuk Eryna mengetahui tentang Shawn lagi.
"Siapa syaitan" soal Eryna perlahan namun hanya Hazreen yang mendengarinya.
Hazreen hanya menjeling tajam ke arah Hazreeq. Dia tidak mahu Eryna mengetahui perihal itu lagi.
Zara Dan rakannya Farina dan Suria hanya menjeling Eryna yang berdiri bersama-sama dengan geng H4 itu. Sepatutnya dia lah yang berdiri di situ bersama Hazreen tetapi perempuan kolot tu pula yang bersama Hazreen.
Putus asa? Perkataan itu tidak wujud dalam kamus hidupnya.
Apa yang dia mahu pasti akan dipenuhi oleh daddynya. Jadi dia sudah meminta daddynya berbincang dengan daddy Hazreen supaya mereka disatukan. Sudah pasti daddy Hazreen akan setuju kerana daddynya memegang saham terbesar syarikat H.H Holding.
Tambahan pula, dia mempunyai rancanganya lain yang akan dijalankan tak lama lagi.
Dia yakin dengan rancangan tersebut Hazreen pasti tidak akan dapat menolaknya. Bibirnya terukir senyuman sinis sambil memandang Hazreen.
YOU ARE READING
That Girl Belong To The Devil!
Romance⇨ SIRI KE-2 YOU'RE MY STELLA kisah anak-anak Haufan Hazzan dan Aira Medina Siapa masih ingat lagi Hazreen dan Hazreeq?! Haa mereka berdua ni la anak kembar sulung kepada Haufan dan Aira. Now umur mereka sekarang pun dah masuk 22 tahun dan merupakan...