Jangan lupa vote and comment 😉
Happy reading ya!🤍Seminggu kemudian
Seminggu pun berlalu dengan pantas, Hazreen dan Eryna menikmati honeymoon mereka dengan gembira sekali. Hubungan mereka suami isteri pun semakin rapat.
Hari ini merupakan hari pertama Hazreen Hazreeq mula bekerja di syarikat Haufan. Sudah semestinya Hazreen berada sedikit berat hati ingin meninggalkan Eryna selepas sahaja mereka meluangkan banyak masa bersama di Pulau Redang.
Namun begitu, dia perlu bekerja takkanlah dia mahu mengharapkan duit Haufan saja. Sudah semestinya dia mahu memberi Eryna duit nafkah atas daripada usahanya sendiri.
Pagi itu mereka semua bersarapan bersama. Hazreeq lah yang paling tidak sabar untuk masuk ke pejabat hari ini. Begitu bersemangat sehingga dia bangun paling awal pagi itu.
"Aku berangkat kerja dulu okay, kau jaga diri dekat rumah" pesan Hazreen sambil mengusap kepala Eryna yang berlapik tudung ketika gadis itu menyalami tangannya. Eryna tersenyum manis sambil menganggukkan kepalanya.
Terpana seketika Hazreen sebaik sahaja melihat senyuman Eryna. Bagaimana dia mahu berangkat kerja kalau dia sudah muka merindui isterinya yang comel ini bisik hati kecilnya.
"Pergi kerja je kot, bukan pergi berperang!" Sampuk Hazreeq yang sudah berada di luar rumah. Geli dia melihat adegan abang kembarnya itu seperti mahu mati sahaja. Jelingan maut diberikan oleh Hazreen kepada Hazreeq. Memang potong mood betul!
"Jangan risau lah reen.. mummy ada tengok-tengokkan isteri reen ni. Lagipun Eryna takde keluarnya sorang-sorang, mesti mummy temankan" pesan Aira yang sedang menggendong Afiya.
"Betul tu awak! Kalau saya nak keluar saya minta izin awak dulu. Okaylah elok-elok kerja tu okay" pesan Eryna pula. Tanpa sedar Hazreen melabuhkan bibirnya di dahi Eryna sambil tersenyum kecil sebelum beredar.
Akhirnya Hazreen dan Hazreeq berangkat ke pejabat Haufan menaiki kereta masing-masing. Tiba-tiba kedengaran bunyi telefon berdering.
"Eryna boleh tolong tengok-tengokkan Afiya kejap, mummy nak angkat call" ujar Aira. Eryna pun terus sahaja mengambil Afiya daripada dukungan Aira.
"Afiya nak tengok tv tak?" Soal Eryna
"Nak!! Hari ni ada cerita kartun favourite fiya! Jom kita tengok sama-sama kakak" ajak Afiya teruja sekali. Lalu mereka berdua pun menuju ke ruang tamu. Siaran kartun kegemaran Afiya dibuka.
Sedang asyik Eryna melayani Afiya tiba-tiba bunyi loceng rumah berbunyi.
"Siapa pula yang datang? Takkan Hazreen dah balik?" Fikir Eryna namun tanpa membuang masa dia pun segera bangun untuk membuka pintu.
Sebaik sahaja pintu dibuka, ternyata bukan Hazreen. Eryna sendiri juga tidak mengenali siapa gerangan tetamu tersebut.
"Awak ni Eryna Humaira ya?" Soal orang tersebut. Teragak-agak Eryna ingin mengangguk. Siapakah gerangan wanita tersebut?
YOU ARE READING
That Girl Belong To The Devil!
Romance⇨ SIRI KE-2 YOU'RE MY STELLA kisah anak-anak Haufan Hazzan dan Aira Medina Siapa masih ingat lagi Hazreen dan Hazreeq?! Haa mereka berdua ni la anak kembar sulung kepada Haufan dan Aira. Now umur mereka sekarang pun dah masuk 22 tahun dan merupakan...