BAB 36

6.2K 394 70
                                    

Don't forget to comment and vote okieee🤍


"It's a BIG NO DADDY!" bantah Hazreen sekeras-kerasnya.

"No, Hazreen tak benarkan Eryna belajar semua benda tu daddy"

"She must learn it Hazreen or you want to put her in danger again?" soal Haufan sinis. Dia memandang Hazreen yang sedang mengetap kuat rahangnya. Jelas sekali urat-uratnya timbul menandakan dia sedang cuba menahan amarahnya daripada meletus.

"Itu baru sikit perempuan tu cuba sakiti Eryna... Daddy tak janji yang daddy boleh tengokkan Eryna kalau reen tiada. Hazreeq? cukup ke Hazreeq seorang sahaja yang tengokkan Eryna?" bertubi-tubi persoalan tersebut menganggu fikiran Hazreen.

"Stop it Daddy! Hazreen tetap dengan keputusan Hazreen." ujar Hazreen lalu beredar dari bilik kerja Haufan. Pintu bilik tersebut dihempas kuat namun sedikit pun Haufan tidak terkejut dengan sikap baran Hazreen itu.

Tiba-tiba pintu bilik kerja Haufan dibuka perlahan-lahan, muncul wajah Aira yang cuba untuk mengintai keadaan Haufan menyebabkab Haufan tergelak kecil.

"Ada apa sayang?" Soal Haufan dan kedengaran tawa halus Aira. Perlahan-lahan dia mendekati Haufan.

"Err abang okay tak tu? Aira dengar abang dengan Hazreen tadi macam tegang je" 

"Ohhhh sayang curi-curi dengar ehhhhhhhhhh" 

"Aira tak berniat pun tapi memang nak dengar hihihi. Tapi abang perangai Hazreen tu sebab ikut perangai abang lah jadi tak boleh nak salahkan dia juga. Keras kepala sebijik macam abang, baran pun ada lah sikit tu tapi Aira perasan baran Hazreen kuat juga haih anak abang lah tu." Haufan terus sahaja menjegil matanya sambil memandang Aira. Kecik besar kecik besar sahaja dia melihat isterinya itu.

"Amboi, yang tak elok semua ikut abang lah dah tu apa yang dia ikut sayangnya?"

"Hihihi Aira gurau je abang, tak baik tau marah-marah nanti suami Aira ni tak kacak dah." pujuk Aira sambil mencubit pipi Haufan persis seperti anak kecil supaya dapat mencairkan hati Huafan.

"Umm abang" meleret sahaja perkataan abang itu dipanggil oleh abang.

"Abang nak Aira tolong tak?" soal Aira.

"Tolong pujuk Hazreen?" Soal Haufan semula.

"Bukan.... tolong bawa Eryna berlatih mempertahankan diri. Aira tau kita takkan berjaya pujuk Hazreen jadi kita bawa Eryna berlatih senyap-senyap. Amacam abang? bernas tak cadangan Aira?" soal Aira sambil mengangkat keningnya.

"Sejak bila sayang abang jadi nakal macam ni?" Soal Haufan sambil sebelah keningnya terangkat.

"Sejak kahwin dengan abang la." Ujar Aira sambil menjelirkan lidahnya. Haufan tersenyum melihat gelagat Aira. Tapi cadangan yang diutarakan oleh isterinya tu bernas juga.

"Kalau macam tu, sayanglah kena bawa Eryna senyap-senyap pergi markas abang, kalau abang yang bawa mesti anak teruna awak tu syak." pinta Haufan

"Anak teruna apanya abang, dah jadi suami orang dah pun."

"Cuma itulah, abang yang didik dia jadi macam tu nak buat macam mana posesif dan obses dengan isteri sendiri." Perli Aira sengaja mahu mengenakan suaminya itu. Aira perasan akan jelingan tajam Haufan.

That Girl Belong To The Devil!Where stories live. Discover now