BAB 35

6.5K 550 77
                                    

    
Hello readers semua!! Jangan lupa vote and komen banyak-banyak okehhh ☺️🤍


Hazreeq pun tiba di perkarangan universiti tidak lama selepas itu. Dia melihat Hazreen sedang menenangkan Eryna di tepi keretanya.

"Yow bro! Apa dah jadi ni? Kau okay tak? Sister in law?" Soal Hazreeq risau sambil cuba membantu Hazreen bangun sepertinya Hazreen tidak dapat menggerakkan tangannya.

" Nanti aku cerita, kereta aku ni nanti kau suruh uncle Ayan dengan papa Kevin tolong ambilkan, aku tak boleh nak drive" walaupun begitu Hazreen masih setia memeluk Eryna walaupun tangannya sakit.

"Tangan awak tak boleh gerak ke? Saya minta maaf ni semua salah saya" adu Eryna dengan perasaan serba salah, dia cuba untuk memapah Hazreen pula.

"Kita pergi klinik dulu lah Hazreeq, risau retak" ujar Eryna risau namun Hazreen menolaknya.

"Tak perlu...Kita balik terus rumah daddy nanti call je doktor peribadi keluarga kita" ujar Hazreen pula

"Tapi bahaya-" namun kata-kata eryna dipotong oleh Hazreen. "Balik rumah daddy" jawab Hazreen tegas. Dia tidak mahu melambatkan masa lebih baik dirawat oleh doktor peribadi keluarganya sahaja.

"Haa cepatlah masuk, aku dah beritahu daddy dengan mummy" ujar Hazreeq lalu kereta milik Hazreeq meluncur laju di atas jalan raya. Dalam fikirannya memikir siapakah yang berani menggangu rumah tangga kembarnya itu.

Sebaik sahaja mereka tiba di perkarangan rumah kelihatan Aira sudah menunggu di depan pintu rumah dengan muka yang gelisah. Terus sahaja dia meluru ke arah Hazreen yang baru keluar dari kereta tersebut. Kelihatan Eryna hanya luka sedikit di bahagian lengan akibat bergeser di atas jalan tar.

Namun Aira melihat Hazreen menahan tangan kanannya seperti patah. Terus sahaja Aira menyuruh mereka masuk kerana doktor peribadi keluarga mereka sudah tiba beberapa minit sebelum mereka tiba. Seriau hati seorang ibu apabila mendengar anak dan menantunya hampir dilanggar.

Luka Eryna sudah pun dicuci oleh doktor agar tidak dijangkiti kuman. Kini giliran Hazreen pula di periksa oleh doktor harapnya Hazreen tidak mengalami keretakan tulang yang serius doa Eryna di dalam hatinya.

Kalau lah dia berhati-hati semasa melintas tadi sudah pasti semua ini tidak akan berlaku fikirnya. Sejak tadi dia hanya menunduk diam sahaja.

"Why diam je? Risaukan Hazreen?" Soal Hazreeq, ya sejak tadi lagi dia perasan Eryna hanya muram dan diam sahaja

"Don't worry Hazreen okay je, i know him walaupun dia sakit dia takkan tunjuk sebab dari kecil dia memang macam tu. Husband you a lil bit stubborn you know hahaha walau apa pun dia takkan tunjuk dia lemah"

"So you as his wife must support him.. you pun tak boleh lemah you kena kuat. How about you ambil kelas pertahankan diri dengan daddy or you boleh belajar sendiri dengan Hazreen" cadang Hazreeq sambil menjongket kening

"Bukan apa... Cuma takut if i takde Hazreen takde dengan you macam mana you nak protect yourself right?"  Apa yang dikatakan oleh Hazreeq itu ada betulnya, takkanlah setiap masa Hazreen akan ada dengannya fikir Eryna.

"Bila-bila masa sahaja you akan dalam bahaya macam tadi. Mujur abang i ada dekat sana, kalau tak i taktau lah apa jadi kot-kot you kena campak dalam sungai lepas kena langgar" tambah Hazreeq. Kata-kata terakhir itu mengundang rasa takut.

"Belajar dekat markas daddy?" Soal Eryna yang hanya diam sahaja tadi. Dia sedikit tertarik dengan cadangan Hazreeq, sampai bila dia harus bergantung dengan Hazreen sahaja.

"Hahah semestinya! You pun tak pernah lagi melawat markas daddy kan well you mesti akan tertarik nak lepak dekat sana selalu trust me!"

Tidak lama kemudian, doktor pun keluar dari bilik, kelihatan Aira mengucapkan terima kasih berulang kali dan menghantar pemergian doktor peribadi mereka ke pintu.
Eryna pun segera bangun dari sofa dan menuju ke bilik tidur mereka.

That Girl Belong To The Devil!Where stories live. Discover now