Happy reading semua🥰
Jangan lupa vote and comment😉Memandangkan Falia kembali, Aira bercadang mahu membuat makan-makan besar. Hanan dan Rizqin juga turut diundang bersama termasuklah Kevin.
Kevin masih tidak mempercayai bahawa partner in crime dia sudah mempunyai kekasih. Lebih menyedihkan lagi kekasihnya pula merupakan kawan baik kepada Aira. Mengapa? Mengapa dunia ini tidak adil rungut Kevin.
Apakah salah dirinya menjadi terlalu kacak sehingga menyebabkan dia single. Oh ini tidak adil! Kevin mula berdrama di hadapan mereka semua. Seperti biasa Haufan dan Rizqin menarik muka menyampah.
"Dulu nakkan Aira tak dapat, ingatkan boleh lah dapatkan Falia alih-alih Ayan rampas dulu" kata-kata Kevin itu mengundang api kemarahan Haufan dan Ayan manakala yang lain hanya tertawa sahaja.
"Kau dah berapa lama tak merasa kena tembak dari aku eh teringin sangat ke?" Ujar Ayan tidak puas hati.
Baru sahaja Haufan membuka mulut ingin menghamburkan kata-kata kesat, Aira terus sahaja menenangkannya. Tidak mahu lah Haufan mencarut di hadapan anak-anak mereka dan Rizqin.
"Tapi sayang! Abang tak boleh la" adu Haufan gedik. Dia tidak lagi menyorokkan kemanjaan terhadap Aira di hadapan rakan-rakan dan anak-anaknya.
"Ni pun aku meluat! Benci lah semua orang! Mentang-mentang aku single hish" ujar Kevin berbaur merajuk.
"I ada seorang kawan perempuan, single lagi kalau you nak i boleh kenalkan" tiba-tiba Falia bersuara sehingga semua mata tertumpu kepadanya.
"Baby biar betul?! Maksud baby kawan yang tu ke?" Soal Ayan dengan muka berkerut. Biar betul Falia mahu kenalkan Kevin dengan kawannya yang seorang itu.
Dia tidak yakin dengan cadangan buah hatinya itu. Mahu haru biru jadinya nanti.
"Baby tau apa baby nak buat, biy jangan risau okay" bisik Falia. Kemudian dia memandang Kevin sambil mengangkat sebelah keningnya. "Amacam? Nak tak"? Soal Falia lagi.
"Apa salahnya i cuba kan, kawan you mesti cun! Okaylah i onzzzz" ujar Kevin teruja.
Marilah kita bersama-sama mendoakan yang baik-baik sahaja buat Kevin HAHAHAHAHA.
Mereka semua menyambung semula makan malam mereka sambil berborak panjang. Sudah lama mereka tidak berkumpul ramai-ramai begitu. Aira juga menyuruh mereka menginap di rumahnya dan Haufan memandangkan hari semakin lewat. Lagipun banyak bilik kosong di rumah mereka.
Keesokan harinya, Kevin bersiap-siap awal kerana tidak sabar apabila Falia memberitahu bahawa dia bakal berjumpa dengan jodohnya hari ini! Aku ulang sekali lagi HARI INI!! Baru semalam bercerita hari ni terus sahaja mahu berjumpa, tak sabar betul kawan Falia tu!! Fikir Kevin.
Walau bagaimanapun Kevin juga turut excited manalah tahu sudah tiba masanya untuk dia bertemu jodoh. Sudahlah hanya dia sahaja yang masih single.
"Hari ni, aku kena pakai smart sikit kena tunjuk first impression yang baik dekat jodoh ehekk" Omel Kevin sendirian di hadapan cermin persis orang yang sedang angau padahal belum berjumpa lagi.
YOU ARE READING
That Girl Belong To The Devil!
Romance⇨ SIRI KE-2 YOU'RE MY STELLA kisah anak-anak Haufan Hazzan dan Aira Medina Siapa masih ingat lagi Hazreen dan Hazreeq?! Haa mereka berdua ni la anak kembar sulung kepada Haufan dan Aira. Now umur mereka sekarang pun dah masuk 22 tahun dan merupakan...