BAB 27

11.4K 676 78
                                    


Jangan lupa vote and comment banyak-banyak 😉

"Aaaaaaa awak nampak tak tadi? Nampak tak!" Soal Aileen sambil menggoncang tubuh Eryna dengan kuat. 

Hatinya sungguh berbunga-bunga sekarang ini. Aduhai hati mana tak cair kalau dapat berkenalan dengan crush pujaan hati sebentar tadi.

Berpusing-pusing kepala Eryna apabila digoncang kuat oleh Aileen.

"Stop Aileen! Pening..." Adu Eryna

"Hihihi sorry" perlahan-lahan dia melepaskan Eryna.

"Jadi crush awak tu Aliq la?" Soal Eryna. Melihat muka malu-malu Aileen itu benarlah tekaannya itu. Ternyata Aliq orang yang dimaksudkan itu.

"Iyaa Aliq Firhad! Tadi masa awak dengan suami awak berlovely-lovely dalam bilik dia tegur saya" ceritanya dengan teruja. Tidak sangka mereka dapat berkenalan sekarang ini.

"Tak sangka dia kawan suami awak" ucapnya malu-malu pula. Kakinya mula menguis jalan tar tersebut. Badan Eryna dicucuk-cucuk manja.

"Awak rasa ada peluang tak nak ngorat Aliq tu? Dia dah ada girlfriend ke belum eh?" Soalnya lagi.

"Hahaha comel betul awak Aileen. Saya yakin la awak ada peluang why not awak ambil langkah dulu untuk mengorat kan" kata-kata semangat daripada Eryna menyebabkan Aileen semakin bersemangat.

"Betul juga! Zaman sekarang perempuan pun boleh melamar lelaki dulu kan!" Dapat dia melihat semangat yang membara daripada matanya Aileen. Nampaknya gadis itu sungguh-sungguh mahu mengorat Aliq.

"Okaylah Eryna! Esok kita jumpa lagi okay, abang saya dah sampai. Bye" pamit Aileen sambil melambai ke arah Eryna.

Kini Eryna bersendirian di tempat menunggu. Menunggu kedatangan Haufan untuk menjemputnya. Fuh sungguh mendebarkan.

Pin! Pin!

Kedengaran bunyi hon, ternyata Haufan sudah tiba untuk menjemputnya. Dia segera menuju ke kereta namun dia berfikir dia harus duduk di hadapan ataupun di belakang.

Nanti kalau duduk di hadapan apa pula yang difikirkan oleh Haufan. Kalau duduk di belakang nanti dikatakan seperti dia membuat ayah mentuanya seperti pemandu pula.

Arghhhhh buntu! Belakang ke depan?Tiba-tiba cermin tingkap diturunkan.

"Tak nak masuk?" Soal Haufan. Eryna pun kelam kabut masuk. Akhirnya dia duduk di bahagian hadapan sebelah Haufan.

Suasana di dalam kereta itu hanya ditemani dengan bunyi radio. Eryna duduk dalam keadaan kekok dan tidak tahu ingin memulakan bicara.

Perjalanan juga masih jauh kerana Haufan ingin menjemput Haider dan Haiden.

"Janganlah kekok sangat" ujar Haufan tiba-tiba.

"Errrr ketara sangat ye?" Soal Eryna pula. Soalan Eryna itu mengudang tawa kecil daripada Haufan.

"Takut sangat kenapa? Daddy tak makan orang, daddy makan masakan mummy je" gurau Haufan turut mengundang tawa kecil Eryna.

"Kau... Maaf daddy dah terbiasa guna kau aku. Jadi Eryna dengan Reen okay je?" Haufan cuba untuk berbual dengan Eryna.

"Maksud daddy?"

"Maksud daddy... Cara layanan Reen. Daddy tahu Reen tu dingin kasar kalau layan perempuan sebab ikut perangai daddy la" dia tidak menafikan sikap dingin anaknya itu memang sebijik perangainya.

Sikap ingin memiliki orang yang dia cintai dan sikap possessive Hazreen lebih daripada dirinya semasa bersama Aira dahulu.

"Tapi daddy nampak perubahan dia semenjak Eryna muncul dalam hidup dia. And daddy boleh nampak dia betul-betul cintakan Eryna"

That Girl Belong To The Devil!Where stories live. Discover now