BAB 22

10.1K 685 141
                                    

Jangan lupa vote and comment banyak-banyak 😉💛


Puas Hazreen mengheret Eryna menuju ke bilik hotel tersebut. Sudalah dia tidak reti duduk diam jalan terhuyung-hayang. Penat dia mahu mengawal gadis ini.

Daripada tadi asyik memeluknya seperti tidak mahu lepas. Aduhai dia sendiri tidak mampu untuk menolak pelukan dari Eryna.

"Kita nak pergi mana ni?" Soal Eryna

"Aku nak bawa kau pergi bilik, Makin teruk kau punya mabuk ni" jawab Hazreen

"Kita nak pergi sleep ke? Alaaaa jom la kita have fun dulu" Eryna cuba merungkaikan pelukannya lalu menarik tangan Hazreen agar menari bersamanya di tengah-tengah lorong.

"Weeeeee yeah!! Jom menari" jerit Eryna sambil berpusing-pusing. Langsung tidak dihiraukan pandangan orang lain yang penting dia mahu berseronok.

Malu

Itulah yang dirasakan oleh Hazreen sudahlah ramai orang yang lalu lalang disitu. Mana dia hendak sorokkan mukanya. Semakin menjadi-jadi pula perangai Eryna.

Tanpa membuang masa terus sahaja dia menggendong Eryna memasuki lift. Eryna menjerit gembira apabila Hazreen menggendongnya persis anak kecil.

Tidak lama kemudian mereka pun tiba di hadapan bilik mereka sebaik sahaja pintu bilik itu dibuka oleh Hazreen, tiba-tiba ada tangan yang mengalangnya .

Shawn...bisik Hazreen geram bagaimana lelaki ini boleh berada disini.

"Kau buat apa dekat sini?" Soal Hazreen dingin sekali. Dibiarkan Eryna masuk ke dalam bilik tersebut dahulu.

Sepertinya dia harus berhadapan dengan lelaki syaitan ini terlebih dahulu.

"Sepatutnya aku yang tanya macam tu, and kau buat apa dekat girlfriend aku?" Soal Shawn semula dengan pandangan yang tajam. Namun Hazreen hanya tergelak sinis, sangat sinis sekali.

"Berani ye kau mengaku dia girlfriend, dasar lelaki yang bertopengkan syaitan" jawapan yang diberi oleh Hazreen membuatkan Shawn berasa bengang. Namun dia masih cuba untuk mengawal kemarahannya.

"Aku tak faham apa yang maksudkan tugas aku sekarang nak ambil girlfriend aku je" dalih Shawn yang sedang cuba untuk memasuki bilik tersebut namun Hazreen bertindak lebih pantas menghalang dan menolak Shawn.

"Kau pehal sial!" Marah Shawn apabila dirinya ditolak hingga jatuh.

"Don't you dare to touch her, because she's mine" ujar Hazreen sambil menahan amarahnya.

"HAHAHAHAH cuba ulang sekali lagi? Aku silap dengar ke" Soal Shawn seakan mengejek Hazreen.

" shì de (she's mine)"

"HAHAHAHAH sedar sikit diri tu, kau tu bukan siapa-siapa pun. Eryna tu milik aku berani-berani betul ye kau claim Eryna tu kau punya depan boyfriend dia sendiri. Dasar tak tahu malu" balas Shawn sambil menekankan perkataan boyfriend  tersebut.

Dush!

Satu tumbukan yang padu tepat mengenai pipi kanan Shawn. Sungguh Hazreen tidak dapat menahan amarahnya lagi. Tangannya mula terasa kebas itu ditiup perlahan. Sudah lama dia tidak menumbuk orang.

Shawn pula sudah jatuh terduduk. Dia betul-betul tidak menyangka Hazreen menumbuk sehingga mengalir darah di tepi bibirnya. Dia pun bangkit dan mencengkam kolar tuxedo Hazreen

"Before kau cakap macam tu, cermin diri sendiri dulu..."

"Kau yang permainkan Eryna.... Cuba fikir layak ke kau? Haaaaa LAYAK KE!" Jerit Hazreen yang sedang bengang itu.

That Girl Belong To The Devil!Where stories live. Discover now