BAB 30

12.8K 746 111
                                    


Jangan lupa vote and comment banyak-banyak 😉🤍


Selesai sahaja mengunci bilik kelab tersebut, Ikram pun berjalan menuju ke gelanggang futsal semula sambil membawa bag Eryna.

Dia juga pelik bagaimana Zara boleh memegang bola tersebut. Sepatutnya dia yang menyimpan bola tersebut namun Eryna menghalangnya kerana dia perlu mengemas bilik kelab jadi dia hanya akur dengan arahan Eryna.

Lebih baik dia cepat, kesian jika Eryna pula yang menunggunya lama-lama di gelanggang tersebut.

"Hoi!"

"Hoi!"

"Hoi lelaki!" Namun tidak diendahkan oleh Ikram.

"Hoi lelaki baju hijau" jerit suara itu lagi. Rasanya sekarang memang dia memakai baju hijau lalu dia pun menoleh ke belakang.

Kelihatan empat orang lelaki berdiri di belakang dan salah seorang daripada memandangnya dengan pandangan yang tajam sekali. Ternyata geng H4 yang memanggilnya. Ikram menuding jari ke arah dirinya sendiri.

"Ya..kau je baju hijau dekat situ" Ikram mula menggaru kepalanya yang tidak gatal. Geng H4 mula mendekatinya.

"Kau buat apa dengan beg wife aku?" Ikram dapat merasakan aura negatif yang muncul apabila soalan tersebut diajukan oleh Hazreen.

"Wife? Eryna?" Soalnya kembali. Dahinya ditepuk perlahan terlupa pula bahawa Eryna sudah berkahwin dan sekarang dia berhadapan dengan suaminya Eryna iaitu Hazreen.

Mendengarkan cerita perihal Hazreen yang kejam itu sahaja membuatnya rasa seram sejuk apatah lagi sekarang dia betul-betul berada di depan mata.

"Ye sebelum nak marah dengar dulu... Tadi kami ada aktiviti dekat gelanggang futsal masa nak bersurai tu Eryna kena simpan bola dekat bilik stor, memang aku nak simpan bola tu tapi aku nak bersihkan bilik kelab jadi beg Eryna je yang tinggal dalam kelab aku nak tolong hantar. Haa macam tu ceritanya"

Panjang lebar sekali penjelasan yang diberi oleh Ikram telah mengundang tawanya Hazreeq dan Rayyan.

"Reen... Muka dia macam ayam berak kapur duh pucat siaaa" ujar Rayyan bersama sisa tawanya.

"Kau ni serius sangat lah, takut dia" ujar Aliq.

"Huh... Eryna mana?"

"Ada dekat gelanggang futsal lagi rasanya..Aaaa nah beg dia!" Terus sahaja dia menghulurnya kepada Hazreen. Dia pun berjalan meninggalkan Ikram di belakang tiba-tiba Hazreen berpusing

"Woi.. emm terima kasih" ucapnya tanpa perasaan.

"Wuuu dah pandai bersopan santun la" ejek Hazreeq sambil menepuk-nepuk belakang Hazreen. Ikram hanya tergelak melihat mereka.

Sebaik sahaja mereka tiba di gelanggang futsal, kelihatan gelanggang itu sunyi sahaja tiada satu orang pun yang berada di situ.


Eryna mengerahkan sekuat tenaga untuk menolak Shawn. Dia tidak boleh menunjukkan dia lemah.

"Awak jangan ingat saya macam dulu" jerit Eryna

"Saya bukan Eryna yang awak kenal dulu! Saya dah berubah, sebab awak khianati saya Shawn... Awak mainkan perasaan saya" ujarnya bersama tangisan.

"Awak lah satu-satunya kawan yang saya percaya tapi awak tipu saya hanya disebabkan duit hubungan kawan Kita daripada kecil musnah macam tu je. Disebabkan cinta bodoh awak!" Sehingga terduduk Eryna meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

That Girl Belong To The Devil!Where stories live. Discover now