⇨ SIRI KE-2 YOU'RE MY STELLA kisah anak-anak Haufan Hazzan dan Aira Medina
Siapa masih ingat lagi Hazreen dan Hazreeq?! Haa mereka berdua ni la anak kembar sulung kepada Haufan dan Aira. Now umur mereka sekarang pun dah masuk 22 tahun dan merupakan...
Haa jangan lupa vote and comment banyak-banyak okayyy 🥰
🌻🌻🌻
Eryna Humaira, seorang gadis biasa sahaja. Dia seorang gadis yang baik dan sopan. Dia juga merupakan anak tunggal dan tidak mempunyai adik beradik. Keluarganya juga tidak kaya sangat tetapi disebabkan dia pelajar pandai dia ditawarkan masuk ke universiti private tersebut dengan biasiswa.
Hari ini merupakan hari pertama Eryna Humaira menjejakkan kaki ke Universiti Kingdom. Sepatutnya dia sudah memasuki universiti tersebut pada hujung tahun lepas namun disebabkan ada masalah family jadi pengajian dia terpaksa ditangguhkan setahun. Kini dia sudah pun berusia 19 tahun dan merupakan tahun pertama dia di universiti tersebut.
Masalah family apa? Sebenarnya Eryna tinggal dengan pakcik dan makciknya selepas sahaja ibu dan ayahnya meninggal dunia ketika dia berusia 5 tahun disebabkan kemalangan kereta ketika pulang dari kerja. Jadi Eryna ada masalah dengan keluarga pakciknya iaitu dia dituduh menggoda suami makciknya itu.
Oleh sebab itu, dia hentam teruk oleh makciknya dan sepupunya sendiri. Teruk Eryna di kerjakan. Disebabkan dia tidak tahan tambahan pula ada kejadian yang menyebabkan Eryna menjadi trauma dengan pakciknya sendiri terus sahaja dia melarikan diri ke rumah anak yatim. Dia berharap yang pakciknya tidak akan menjumpainya.
Inilah serba sedikit kisah hidup Eryna Humaira. And Eryna ni cuma ada seorang je bestfriend dia dari kecil sampai la besar ni mereka berdua ni beza umur setahun je. Nama bestfriend merangkap crushnya sendiri iaitu Shawn. Mestilah Eryna mempunyai perasaan terhadap kawan baiknya itu sebab orang tua-tua cakap lelaki dan perempuan ni tak boleh berkawan lama-lama nanti mula la timbul perasaan tu kannn?!
By the way Shawn ni bukan islam, dia chinese tapi dia sudi berkawan je berkawan dengan Eryna. Shawn ni juga anak orang kaya tapi dia tidak pernah menunjuk-nunjuk kekayaan dia tu sebab tu Eryna selesa hendak berkawan dengannya.
"Huiiiii termenung apa tu?" sergah Shawn daripada belakang Eryna. Bahu Eryna dipaut olehnya.
"Mana ada saya termenung la! Awak tu lama sangat pergi toiletnya. Cepat la bawa saya pergi pejabat hari ni hari firstday saya." ujar Eryna
"Let's go!!" ajak Shawn lalu menarik lengan Eryna agar mengikuti langkahnya.
"Alahai encik crush!!" bisik Eryna di dalam hati. Mana tidak berbunga-bunga hatinya kalau Shawn selalu ada di sisinya.
🌻🌻🌻
"Haa macam mana?" terjah Shawn sebaik sahaja dia nampak kelibat Eryna keluar daripada pejabat. See dia sanggup tunggu Eryna dekat luar pejabat, siapa je tak cair.
"Hish awak ni! Tunggu saya buat apa?" marah Eryna padahal hatinya sudah berbunga-bunga.
"Ala kauni, mestilah aku nak tau you dapat tak ambil course account tu. Kalau kau dapat, aku akan jadi senior kau,senang sikit aku nak buli kau hahahahaah" ujar Shawn sambil mencuit hidung Eryna.
"Ye... Saya dapat!" ujar Eryna dengan geram kerana dia cuba untuk menutupi rasa malunya.
"Great!! Jadi kau kena duduk sebelah aku dalam kelas nanti okay!" Eryna hanya mengiyakan sahaja kata-kata Shawn itu.
"Kau ambil kelas bahasa apa?" soal Shawn ingin tahu sambil jalan beriringan bersama Eryna
"Saya ambil kelas bahasa Mandarin"
"Alaa why kauambil Mandarin, patutnya kauambil kelas bahasa Jepun dengan aku. Lagipun aku boleh je ajarkan kau Mandarin la" ujar Shawn yang memuncungkan mulutnya sambil memandang Eryna. Eryna hanya tergelak dan menolak perlahan wajah Shawn yang kacak itu.
"Hahaha awak ni Shawn, mengada betul! Biarlah saya nak belajar bahasa Mandarin sebab awak tu banyak kali tipu saya dengan cakap Mandarin huh! Nasib baik mama awak tolong translatekan" ujar Eryna dengan geram. Ya memang Shawn suka mengusiknya dengan bercakap dalam bahasa Mandarin. Eryna sudahlah tidak faham, nasib baik aunty Lim ada.
"Hehehe sorry la! Aku nak gurau-gurau manja je" ujar Shawn dengan senyuman tidak bersalah.
"Banyaklah awak punya gurau manja! Dah la baik awak bawa saya ronda-ronda satu tempat ni supaya saya tak tersesat nanti"
"Heheh boleh! Jom!!" ajak Shawn dengan teruja sekali.
🌻🌻🌻
"Kenapa ramai sangat orang dekat Kafeteria ni?" soal Eryna kepada Shawn. Setelah selesai Shawn membawa Eryna pusing satu Universiti itu, mereka pun singgah ke Kafeteria untuk minum-minum.
Shawn sudah pun membuat muka annoying... Bingit betul Kafeteria pagi-pagi begini.
"H4"
"H4?" soal Eryna sambil mengangkat kening memandang Shawn dengan penuh tanda tanya. H4? Binatang apakah itu?
" H4 stand for Handsome 4 yang terdiri daripada 4 student senior. Kalau kau nak tau diorang tu memang famous siap ada fansclub sendiri lagi" ujar Shawn.
"Tapi aku memang tak berkenan sangat diorang tu, playboy nak mati!" kutuk Shawn. Eryna hanya mengangguk sahaja.
"Kau nampak yang muka ketat tu?" soal Shawn sambil menuding jarinya ke arah Hazreen.
"Haa dia tu je lain sikit, sebab perempuan takut nak dekat dengan dia sebab dia garang pastu suka maki orang. Nama dia Hazreen Hazzan" jelas Shawn
"Anddddd sebelah dia tu adik kembar dia Hazreeq Hazzan. Haa dia ni la ketua segala playboy. Nampak tu siap bagi flying kiss bagai."
"Kata 4 orang? Tu baru 2 orang"
"Lagi dua orang tu mungkin dekat bilik diorang la kot, nanti aku tunjuk okay! Andddd aku taknak tengok kau rapat or buat masalah dengan diorang okay!" pesan Shawn sambil memegang kedua-dua pipi Eryna sehingga mulut Eryna memuncung.
"Eiiii Shawn!!" jerit Eryna geram
"Hehehe kau ni comel tau bila marah-marah" ujar Shawn
"Ingat tau pesan aku, aku tak nak kau terkena dengan perangai playboy diorang tu okay! Jadi kau kena sentiasa ada di sisi aku!" ujar Shawn lagi sambil menggosok rambut Eryna lembut.
Eryna hanya tersenyum kecil. Disebabkan itulah dia memendam perasaannya kerana dia tiada keberanian untuk meluahkannya. Dia juga tidak mahu jika dia meluahkan perasaan tersebut hubungan persahabatan mereka menjadi kekok suatu hari nanti.
"Kau tunggu sini okay! Biar aku pergi order minuman favourite kau" ujar Shawn lalu berjalan meninggalkan Eryna. Eryna hanya memerhati Shawn dari jauh dan tersenyum bahagia.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Tiba-tiba kafeteria itu menjadi sunyi apabila ada orang menjerit dengan kuat mengarahkan mereka semua ketepi. Eryna pun memandang gerangan yang menjerit itu dan ternyata orangnya adalah Hazreen. Sungguh dia berasa gerun jadi memang benarlah kata Shawn.
"Garang-garang macam tu pun ada orang minat ye" omel Eryna sendirian. Sungguh dia tidak sangka lebih baik suka dengan orang macam Shawn dah la baik memang bae betul hihihi.
﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏﹏
Macam mana guys? Bab kali ni sis cerita sikit tentang Eryna dan Shawn 🙈