Vote and comment banyak-banyak okay! 🥺🥰
🌻🌻🌻
"Wei! Lambat siak korang dua orang" ujar Aliq sebaik sahaja Hazreen dan Hazreeq memasuki bilik private mereka. Mereka berdua sudah lama menunggu mereka di dalam bilik tersebut.
Hazreen dan Hazreeq terus sahaja mengambil tempat duduk mereka. Jadi inilah bilik private mereka. Hanya ahli H4 sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam bilik tersebut. Di dalam bilik tersebut sudah pun tersedia makanan dan minuman buat mereka berempat.
"Biasa lah, aku kan retis! HAHAHAH" balas Hazreeq dengan tawa besarnya.
"Retis buaya!!" ujar Rayyan lalu mereka bertiga pun tergelak besar kecuali Hazreen. Dia hanya berbaring sambil menutup mukanya dengan lengan. Aliq yang perasan akan Hazreen itu terus sahaja membuat isyarat mata kepada Hazreeq.
Kenapa dengan abang kau tu namun Hazreen hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
"Reen... Kau tak sihat ke? Kalau tak sihat aku panggil doktor peribadi kau" ujar Aliq
"Aku okay je, serabut sikit" ujar Hazreen sambil menutup mukanya."Haaa awat! Cerita la" ujar Rayyan ingin tahu.
"About Zara?" teka Aliq. Hazreen hanya diam sungguh dia menyampah mendengar nama wanita itu. Sudah terang lagi bersuluh yang dia sememangnya benci dengan Zara namun dia tidak pernah putus asa hendak mendekatinya.
Rimas tau tak!
"Kenapa kau tak terima je si Zara tu, aku tengok dia cantik apa" ujar Aliq sekadar memberi pendapat namun Hazreen terus sahaja duduk menjeling tajam ke arah Aliq.
"I don't like that bitch!" carut Hazreen
"Wooo rilek la...." ujar Hazreeq sambil memaut bahu abang kembarnya itu.
"Apa kata aku carikan perempuan untuk kau... Haa kau beritahu je ciri-ciri dia macam mana" cadang Hazreeq
"Aku taknak!"
"Senyap sikit! Aku nak tidur" mereka semua hanya mengangkat bahu. Itulah Hazreen dia memang tidak berminat dengan perempuan. Mulut laser bukan main lagi.
"By the way tadi aku dengar ada student baru masuk wuuuuu..... " beritahu Rayyan dengan teruja. Hazreeq dan Aliq pun terus sahaja tersenyum penuh makna. Inilah masanya untuk mereka mencari mangsa baru.
Dasar buaya!
"So siapa nak try student baru tu dulu?" soal Hazreeq sambil mengangkat keningnya.
"Biar aku!" Rayyan mula menawarkan dirinya dahulu. Hazreeq dan Aliq hanya membuat isyarat thumbs up. Kemudian mereka pun membuat hal masing-masing di dalam bilik tersebut.
🌻🌻🌻
"Kau duduk hostel ke?" soal Shawn. Eryna hanya mengangguk, buat sementara waktu dia akan duduk di hostel sementara mencari kerja dan rumah untuk di sewa.
"Laaa kenapa kau duduk hostel, nanti aku nak ajak keluar susah" ujar Shawn sambil memuncungkan mulutnya.
"Buat sementara waktu je saya duduk hostel lepas dah dapat kerja cari rumah sewa" jelas Eryna sambil berjalan beriringan bersama Shawn. Waktu sekarang ini sudah pun waktu untuk mereka pulang.
YOU ARE READING
That Girl Belong To The Devil!
Romance⇨ SIRI KE-2 YOU'RE MY STELLA kisah anak-anak Haufan Hazzan dan Aira Medina Siapa masih ingat lagi Hazreen dan Hazreeq?! Haa mereka berdua ni la anak kembar sulung kepada Haufan dan Aira. Now umur mereka sekarang pun dah masuk 22 tahun dan merupakan...