BAB 28

11.6K 702 127
                                    

Hello guys! Baru sempat update ingatkan nak update semalam tapi tak sempat 😂 jadi sis update la sempena tahun baru ni. Selamat Tahun Baru semua🥰

Jangan lupa vote and comment banyak-banyak 😉✨


Mereka berempat duduk di bangku yang berdekatan. Si kecil dua orang itu duduk di tengah-tengah antara Eryna dan Kevin sambil memakan aiskrim yang dibeli oleh Kevin.

"Jadi.... Dah lama kenal Hazreen?" Soal Kevin namun Eryna hanya menggelengkan kepalanya.

"Ayooo segan ke... Chill young girl since you dah jadi sebahagian keluarganya Haufan means kita ni satu keluarga juga okay! Haaa dengan Ayan yang garang tu"

"But you can call me papa Kevin, sebab diorang semua panggil i papa. Betul tak fiya?"

"Betul! Betul! Papa Kevin handsome"

"Tapi single" tambah Hilman seakan mengejek.

"Aaaaaaa jangan dimention single-single ni, sensitif hati ni Hilman oi" kata-kata Kevin itu hanya mengundang tawa daripada mereka.

"Errrr kenapa papa tak kahwin lagi?" Soal Eryna kekok, kekok disebabkan perkataan papa itu. Dia tidak terbiasa memanggil Kevin sebegitu lagi.

Namun dalam hatinya terdetik, kenapa lelaki sekacak Kevin ini walaupun umur sudah meningkat masih belum berpunya. Sayang sekali ye.

"Papa bukan taknak kahwin tapi itulah takde calon yang sesuai" keluh Kevin.

"Penipu!" Jerit satu suara dari arah belakang Kevin.

"Ehh awak dah habis jogging ke?" Soal Eryna

"Kau tak payah lah percaya cakap orang tua ni"

"Woah semakin laser ye mulut lepas dah kahwin ni" sempat lagi dia membalas sindiran Hazreen dengan menyindirnya kembali. Dia yang malas mahu melayan terus sahaja menukar topik.

"Papa Kevin buat apa dekat sini?" Soal Hazreen.

"Daddy kau la halau papa sebab tu papa ada dekat sini. Geram betul!" Adu Kevin.

Teringat pula kejadian tadi dimana dia dihalau oleh Haufan. Sudahlah dia datang seorang tidak ditemani Ayan kerana Ayan ada blind date yang dibuat oleh keluarganya. Aira pula tidak mahu menolongnya tadi. Apalah nasib.

"Biasalah Daddy" balas Hazreen bersahaja.

"Geram je papa nak tumbuk daddy kau tu!"

"Dah alang-alang papa dekat sini, tolong la tengok-tengokkan Afiya dengan Hilman ni" tangan Eryna diraih olehnya lalu menarik Eryna mengikuti langkahnya.

"HEI! NAK PERGI MANA?" jerit Kevin dengan kuat memanggil Eryna dan Hazreen yang semakin menjauh malangnya diorang mengabaikanya.

"Apalah nasib... Kena halau lepastu jadi babysitter pula" dia memandang Afiya dan Hilman yang comot disebabkan aiskrimnya. Rasa menyesal pula membelikan mereka aiskrim sekarang dia yang perlu membersihkan mereka.

"Papa! Habis!" Jerit mereka serentak sambil tersengih. Kevin hanya mampu mengeluh perlahan lalu membawa mereka ke tandas berdekatan.

That Girl Belong To The Devil!Where stories live. Discover now