Jangan lupa vote and comment okay! Rindu nak baca comment readers semua💛
🌻🌻🌻
Dua minggu pun berlalu...
Hubungan antara Shawn dan Eryna juga semakin bertambah erat. Bahagia sahaja kedua mereka. Setiap pagi pasti Shawn akan menjemput Eryna ke universiti,walaupun dia tidak mempunyai kelas pada pagi itu,dia tetap mahu menghantar Eryna.
"Awak tak perlu pun jemput saya setiap hari Shawn, saya boleh je pergi naik grab" ujar Eryna sebaik sahaja Shawn mula memandu keretanya.
"Salah ke i nak jemput girlfriend i"
"Eh! Bukan, tak salah pun cuma saya tak nak la susahkan awak selalu"
"I tak kira! I tetap nak jemput you" Eryna hanya menggelengkan kepalanya. Pasrah dengan perangai teman lelakinya itu. Kalau itu yang dikatakan oleh Shawn maka itulah jawapannya.
Shawn tersenyum melihat gelagat Eryna. Bukan niatnya mahu mengongkong gadis itu,namun disebabkan rasa sayang dia mahu menjaga Eryna dengan begitu baik sekali.
Sekiranya dia ditakdirkan menjadi suami kepada Eryna, dia sanggup menukar agamanya serta mempelajari agama Islam agar dia dapat menjaga Eryna sepanjang hidupnya kerana dia tahu bagaimana susahnya hidup Eryna selepas dia kehilangan kedua-dua orang tuanya.
Eryna pula hanya tersenyum kecil, dia tahu mengapa Shawn terlalu protective sangat terhadap dirinya. Sewaktu mereka kecil Shawn la yang selalu berada di sisinya, sentiasa memujuknya pabila gadis itu di buli. Shawn selalu menjaganya bagaikan seorang abang menjaga seorang adik. Semua perkara yang berlaku pasti Eryna akan memberitahu kepada Shawn termasuklah perkara berkaitan dengan pakcik dan makciknya sendiri.
Eryna berasa trauma apabila teringatkan kejadian tersebut. Namun Shawn lah yang sentiasa memberi semangat kepadanya.
Kisahnya bermula apabila kedua-dua orang tuanya meninggal dalam kemalangan sewaktu dia berusia 5 tahun, dia buntu bagaimana dia mahu meneruskan hidupnya sedangkan dia masih lagi kecil.
Sehingga suatu hari itu,muncul makciknya yang ingin membawa Eryna untuk tinggal bersama dengan keluarga makciknya iaitu kakak kepada ayahnya.
Masih dia ingat sewaktu dia dibawa pergi oleh makciknya, dia dan Shawn sama-sama menangis. Dia tidak mahu berpisah dengan Shawn begitu juga Shawn. Shawn menangis sambil merayu-rayu kepada mummynya agar membawa ku pulang Dan tinggal bersamanya. Mummynya Shawn cuba untuk memujuk makcik aku namun makcik aku tidak membenarkannya.
Dia fikir dia akan dapat merasai kasih sayang daripada makcik dan pakciknya, namun itu semua hanya mimpi. Mereka mahu menjaga Eryna kerana mereka mahu merampas tanah pusaka ayah. Makcik dan pakcik kejam!
Hidup Eryna diseksa, dia dipaksa menjadi kuli di rumah. Eryna la yang memasak, membasuh dan mengemas rumah. Kadang-kadang sahaja dia di beri makan. Namun Eryna tetap tabah dan tidak sedikit pun melawan kerana dia sangat menghormati kakak kepada ayahnya.
Sehingga lah umurnya menginjak 17 tahun, sedang dia leka memasak tengah hari untuk keluarga makciknya itu, tiba-tiba sahaja dirinya di peluk oleh seseorang dari belakang. Sebaik sahaja dia berpaling, terus sahaja dia merungkaikan pelukan tersebut kerana pakciknya sendiri yang sedang memeluknya.
YOU ARE READING
That Girl Belong To The Devil!
Romance⇨ SIRI KE-2 YOU'RE MY STELLA kisah anak-anak Haufan Hazzan dan Aira Medina Siapa masih ingat lagi Hazreen dan Hazreeq?! Haa mereka berdua ni la anak kembar sulung kepada Haufan dan Aira. Now umur mereka sekarang pun dah masuk 22 tahun dan merupakan...