BAB 29

11.1K 655 70
                                    


Jangan lupa vote and comment banyak-banyak 😉💛

Dua bulan pun telah berlalu, hubungan antara Hazreen dan Eryna juga semakin baik dan rapat.

Hazreen dan Hazreeq pula akan graduate pada minggu hadapan.

Tidak sangka mereka akan tamat belajar tidak lama lagi sedangkan dia masih ada 5 bulan lagi untuk menghabiskan diplomanya. Hari ini Eryna sedikit kebosanan kerana Aileen tiada untuk menemaninya. Teman baiknya itu tidak sihat.

Selepas ini Hazreen dan Hazreeq akan bekerja sementara di syarikat daddy mereka. Di samping itu mereka juga giat berlatih di markas dan Eryna tidak dibenarkan untuk datang ke markas mereka kerana Hazreen tidak mahu Eryna menjadi tumpuan anak-anak buahnya.

Padahal dia cuma mahu melihat mereka berlatih. Mendengarkan cerita daripada si kecil dua orang di rumah bahawa di markasnya mereka terdapatnya anak harimau putih membuatkan Eryna ingin melihatnya juga.

Pelbagai alasan diberi oleh Hazreen agar Eryna tidak mengikutnya ke markas.

Sekarang dia melangkah longlai ke bilik kelab persatuan. Hari ini jadual kelasnya sangat padat ditambah pula dengan adanya waktu koko.

Sebaik sahaja tiba di bilik kelab itu, kelihatan semua pelajar telah berkumpul dan dia terlihat adanya geng Zara. Sesungguhnya dia sangat terlupa bahawa naik presiden kelabnya itu Zara.

Pasti dia akan dikerjakan oleh Zara nanti. Eryna mengeluh perlahan, sememanganya hari ini hari yang memenatkan baginya.

Melihat Eryna yang baru tiba di kelab mereka itu menyebabkan Zara mula mengukirkan senyuman sinis.

"Baiklah! Memandangkan semua dah berkumpul, Kita akan jalankan aktiviti kelab" ujar Ikram selaku presiden kelab. Seorang senior yang tinggi dan sangat berdedikasi.

Kata-katanyan yang padat dan bersemangat itu menyebabkan dia terpilih menjadi wakil debat Universiti tersebut. Sikapnya yang peramah menyebabkan dia disenangi oleh semua pelajar dan pensyarah.

"Memandangkan semalam perlawanan futsal baru tamat jadi kita akan bergotong-royong" begitu semangat sekali Ikram namun sesetengah ahli kelab yang lain hanya membuat muka termasuklah Zara.

Disebabkan popularitilah Zara dipilih menjadi naik presiden kelab tersebut padahal dia tidak pernah melakukan sebarang kerja pun, hanya Ikram sahaja yang bersemangat. Mereka semua mula bergerak ke gelanggang futsal.

Di gelanggang, kelihatan semua pelajar sedang sibuk mengemas gelanggang tersebut kecuali Zara dan rakan-rakan baiknya itu. Mereka bertiga hanya duduk dan memerhati pelajar yang lain.

"Zara cuba tengok tu" ujar Suria sambil menuding jari ke arah Eryna yang sedang mengangkat kotak peralatan kemudian Ikram datang untuk membantunya.

"Betina gedik... Semua lelaki dia nak goda" cemuh Zara dijelingnya Eryna dan Ikram daripada jauh.

"Ada apa you suruh i datang sini?" Soal Shawn yang baru sahaja tiba.

"Tepat waktunya, you mesti nak balas dendam kan" ujarnya sambil memuncung ke arah Eryna.

"You rancang apa lagi Zara?" Soal Shawn yang seakan berminat. Dia masih tidak berpuas hati dengan Hazreen dengan apa yang berlaku haritu. Memandang Eryna kelemahan Hazreen sekarang ini, rasanya tidak salah dia mengusik bekas kekasihnya itu.

That Girl Belong To The Devil!Where stories live. Discover now