BAB 13

9.7K 574 86
                                    

Jangan lupa vote and comment banyak-banyak okay🥰

🌻🌻🌻

Hazreen pun menceritakan segala perihal tentang Eryna kepada Haufan. Dia sendiri yang menyiasat latar belakang Eryna tanpa bantuan orang Kanan Haufan. Dia juga mengetahui bahawa kisah silam yang terjadi kepada Eryna serta hubungan Eryna dan Shawn sejak mereka kecil lagi.

Haufan mendengar sahaja apa yang diceritakan oleh Hazreen. Tidak menyangka Hazreen bertindak dengan pantas mencari maklumat tentang gadis itu terlebih dahulu berbanding dirinya. Jelas kelihatan yang Hazreen benar-benar suka akan gadis itu.

"Now macam mana sekarang? She's already have a boyfriend right" soal Haufan sambil mengangkat keningnya. Sengaja ingin mengetahui apa yang dirancang oleh anaknya itu.

"Apa yang bakal jadi milik Hazreen akan tetap jadi milik Hazreen. Daddy tau reen macam mana, reen takkan pernah give up" ujar Hazreen dengan berani sekali seolah-olah tidak takut sekiranya Haufan memarahinya.

Sememanganya itulah perangai dia sejak dari kecil lagi. Dia seorang yang tidak mudah menyerah untuk dapatkan apa yang dia mahukan.

Teringat kejadian dimana ketika mereka di hantar ke tadika. Di awal seusia enam tahun Hazreen berani memukul rakan kelasnya  kerana berebutkan peha ayam goreng yang hanya tinggal satu sahaja, padahal ada sahaja bahagian lain.

Dengan beraninya Hazreen memukul kuat kepala rakan sehingga menangis meraung budak itu. Cikgu tadika itu pun tidak tahu bagaimana mahu meleraikan pergaduhan tersebut terus sahaja memanggil kedua-kedua ibu bapa mereka.

Masih segar di ingatannya, Aira beria-ria memohon maaf kepada ibu bapa budak yang di pukul dengan Hazreen sedangkan dia sedap makan peha ayam goreng di atas riba guru tadikanya ketika itu sambil menjelir lidah ke arah budak yang di pukulnya.

Sejak kejadian itu, dia dan Hazreeq Aira terus memberhentikan mereka daripada tadika atas izin Haufan dan hanya belajar di rumah sahaja agar anak kembarnya itu tidak membuat masalah lagi. Namun Aira tidak memarahinya ketika itu malah menasihatinya dan memujuk dia agar mengawal barannya itu.

Ketika itu, dia hanya berfikir hanya Aira sahaja wanita yang dia patut hormat dan sayangi kerana apa? Kerana Aira lah mummy yang paling memahinya walaupun banyak masalah yang telah dilakukan olehnya dan Hazreeq semasa kecil dulu.

Haufan terus sahaja berdiri apabila mendengar kata-kata Hazreen, badannya di palingkan ke belakang dengan suara yang dalam Haufan berkata.

"Then buat dia jadi milik kamu" Hazreen terpana seketika mendengar apa yang dikatakan oleh Haufan. Terjungkit sedikit bibir Hazreen seakan-akan mengukir senyuman yang sukar ditafsir.

🌻🌻🌻

Cafeteria.

"Reen, reeq jom main futsal petang ni lama siot tak main dengan budak-budak ni" ajak Aliq yang duduk berhadapan dengan Hazreen. Dia memandang Hazreen dengan penuh harapan agar Hazreen menerima ajakannya.

Dia bukan apa, Hazreen ni susah betul kalau hendak di ajak keluar. Lebih-lebih lagi apabila mereka keluar ramai perempuan yang mengikuti mereka terutamanya Zara. Pagi-pagi lagi sudah membuat mood Hazreen swing.

Tidak pernah serik Zara ingin mendekati Hazreen. Sudah beberapa kali direject dan dimaki oleh Hazreen pun masih terhegeh-hegeh lagi.

That Girl Belong To The Devil!Where stories live. Discover now