Jangan lupa vote and comment😚💛"Sorry guys lambat, puas siot aku pujuk dia" ujar Rayyan yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk itu.
"Dah la aku kena penampar lagi sekali tadi adoi" adu Rayyan lalu mengusap kedua-dua pipinya yang ditampar oleh Yana tadi.
"Itulah tolol sangat, buat kerja tak clear pergi dating dengan kawan baik tu kenapa" marah Aliq lalu menunjal kepala Rayyan geram.
"Halamak! Yang kau tunjal kepala aku ni kenapa haa. Mana lah aku tau si Sabrina tu kawan baik dia. Siot betul lah!" Keluhnya
"Lepastu tadi break lah?" Soal Hazreeq yang ingin tahu.
"Break lah apa lagi!"
"HAHAHAHA itulah kau! Padan muka" ejek Hazreeq.
"Tapi aku tak kisah lagipun aku bosan la dengan dia asyik nak berkepit je, sekarang ni aku nak game Sabrina pulak" itulah Rayyan tidak pernah serik.
"Aku tak nak tahu pasal tu sekarang ni" Hazreen yang sedang elok bersandar itu tiba-tiba sahaja bersuara.
"Haa kau cerita la liq" arah Hazreeq. Aliq menunding jari ke arah dirinya sambil membuat aku takkanlah aku.
"Haa kau lah! Kau yang nampak diorang dulu" tambah Rayyan yang sedang mengambil minuman sejuk dalam peti ais untuk menuam pipinya.
"Haish! Iyelah aku cerita macam ni" Aliq pun mula menceritakan apa yang dilihat dan apa yang didengar oleh mereka semasa lepak di kelab Golden itu semalam. Memang kebiasaanya mereka akan melepak di Kelab Golden itu namun Hazreen tidak ikut sebab menjaga Eryna.
"Sumpah! Kali ni aku serius Reen! Memang kitaorang dengar and nampak yang tu memang betul-betul dia" ujar Aliq dengan penuh yakin. Rayyan juga turut mengiyakan.
"Aku dah cakap kau tak percaya Reen, kau dengar sendiri kan dari diorang. Aku ni kalau masa main-main memang aku main tapi kali ni aku serius" tambah Hazreeq.
"Dasar tak guna!" Amarah Hazreen mula keluar.
"Sekarang ni, kau nak buat apa? Aku tau kau takkan berdiam diri"
"Buat masa sekarang ni kita buat-buat tak tahu je dulu. Aku nak tengok sejauh mana permainan dia." arah Hazreen.
"Tak sangka disebalik wajahnya baik dan manis itu, rupa-rupanya bertopengkan syaitan yang lebih jahat dari aku"
"Acah-acah suci" tambah Hazreeq pula.
YOU ARE READING
That Girl Belong To The Devil!
Romance⇨ SIRI KE-2 YOU'RE MY STELLA kisah anak-anak Haufan Hazzan dan Aira Medina Siapa masih ingat lagi Hazreen dan Hazreeq?! Haa mereka berdua ni la anak kembar sulung kepada Haufan dan Aira. Now umur mereka sekarang pun dah masuk 22 tahun dan merupakan...