BAB17

9.7K 600 51
                                    

Jangan lupa vote and comment banyak-banyak 💛

Keesokan paginya, Eryna pun sedar daripada tidurnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Keesokan paginya, Eryna pun sedar daripada tidurnya. Matanya memandang siling bilik tersebut dan dia terfikir ini bukan biliknya.

Walaupun kepalanya sakit dia cuba juga untuk duduk.

Perlahan-lahan dia mencari kekuatan untuk bangun daripada pembaringannya. Dia cuba duduk dengan tegak dan bersandar pada katil tersebut.

Eryna memegang dahinya yang bertampal cool fever.  Dia demam ? Fikir Eryna . Kemudian dia ternampak Hazreen sedang nyenyak tidur di sofa bilik tersebut. Ternyata dia berada di rumah keluarga Hazreen.

Eryna cuba mengingati kejadian semalam dan baru dia teringat. Pipinya mula membahang.

"Aku pengsan dalam dakapan Hazreen semalam" omel Eryna sendirian. Matanya mula memandang Hazreen yang sedang tidur itu. Mesti dia tidak selesa tidur di situ keluh Eryna.

Eryna perlahan-lahan mendekati Hazreen, dia duduk bersimpuh di tepi sofa dan menyelimutkan Hazreen. Ditenung wajah Hazreen, baru dia dapat melihat wajah kacak Hazreen sedekat ini.

Keningnya yang cantik terbentuk persis seperti mummynya. Namun wajahnya yang kacak lebih mirip daddynya. Memang sempurna tetapi perangainya yang membuatkan dia digeruni.

Baru sahaja Eryna ingin bangun tiba-tiba tangannya ditarik oleh Hazreen sehingga dia terjatuh ke atas dada Hazreen.

"Awal kau bangun?"soal Hazreen dengan suara seraknya. Eryna sudah gugup lebih-lebih lagi apabila terdengar bunyi degupan jantung Hazreen.

"Err ye!" Gugup sekali Eryna menjawab. Hazreen mula meletakkan tangan di dahi Eryna kemudian tersenyum kecil.

"Demam kau dah kebah sikit baguslah" terpegun seketika Eryna melihat senyuman Hazreen.

"Kau tak payah pergi kelas hari ni okay, rehat je dekat rumah aku" pesan Hazreen.

"Ehh takpe, biar saya balik rumah sewa saya cukuplah semalam dah susahkan awak sekeluarga." Ujar Eryna tetapi keadaan mereka masih seperti tadi. Hazreen seakan-akan tidak mahu melepaskan pelukannya.

"Aku cakap rehat je dekat rumah aku, sekurang-kurangnya mummy aku boleh jagakan kau" arah Hazreen tegas. Dia cukup tidak suka jika Eryna melawan kata-katanya.

Keluhan dilepaskan oleh Eryna. Nampak gayanya mahu atau tidak terpaksa juga dia akur.

"Errr boleh lepaskan saya tak? Saya tak selesa" Hazreen pun perlahan-lahan melepaskan Eryna.

That Girl Belong To The Devil!Where stories live. Discover now