Jangan lupa vote and comment banyak-banyak okay😉🤍
"Errrr suara aku okay kan?" Soal Hazreen dengan kekok sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Mukanya pula memerah sambil memandang Eryna.
"Aaaaa ye okay! Sedap" jawab Eryna gugup sekali. Entah mengapa dia pun malu.
"Tapi pandai awak main gitar" puji Eryna ikhlas. Hazreen tersenyum kecil mendengar pujian Eryna. Kedengaran ikhlas sekali Eryna memujinya.
Aliq disitu hanya memerhati sahaja adegan mereka. Kadang kala terasa meluat namun apakan daya terpaksa juga dia menghadap mereka.
Keadaan menjadi kekok semula. Masing-masing hanya diam. Tidak ada borak yang ingin mereka bicarakan.
Sedang Eryna leka memerhati sekelilingnya, tiba-tiba dia terlibat satu figura yang seakan dia kenali iaitu Shawn. Belakang tubuh lelaki itu seperti Shawn.
Namun Shawn mengatakan dia sibuk. Bagaimana pula dia boleh berada di majlis ini dan berborak dengan wanita lain. Eryna cuba untuk berfikiran positif. Dia tidak mahu ini akan mencetuskan pergaduhan antaranya dengan Shawn nanti.
Hazreen perasan akan pandangan Eryna namun dia hanya membiarkan sahaja. Sememanganya dia sudah perasan akan kehadiran Shawn sejak tadi lagi.
Tiba-tiba ada pelayan menghantar mereka minuman.
"Silakan minum" ujar pelayan tersebut sambil meletakkan minuman buat Eryna dan Hazreen.
"Aikkk aku punya?" Soal Aliq kepada pelayan tersebut. Pelayan tersebut menunduk memohon maaf lalu mengambil minuman lain buat Aliq.
"Pelik-pelik je orang kat sini" bebel Aliq tidak puas hati.
Eryna cuba untuk menenangkan perasaanya sambil meneguk air yang disediakan oleh pelayan tadi.
Sedang mereka menikmati persembahan majlis tersebut. Tiba-tiba sahaja Hazreen merasakan seperti ada tangan yang menjalar di sekitar pinggangnya.
Ternyata Eryna sedang memeluknya namun seperti ada yang pelik pada gadis itu. Mukanya memerah dan berpeluh seperti sedang mabuk. Hazreen cuba untuk menyedarkan Eryna namun tindakan Eryna yang berani mengigit lehernya itu mengejutkannya dan rakan-rakannya.
"Awwwww! Kau pehal?" Soal Hazreen kesakitan sebaik sahaja dia menolak wajah Eryna jauh daripadanya. Eryna hanya tergelak seperti orang yang tidak betul
"Kenapa Eryna macam orang mabuk? Kau bagi dia minum ke apa?" Soal Rayyan yang disebelahnya.
Hazreeq yang berada di sebelah Eryna mencapai gelas minuman Eryna yang telah kosong itu. Dihidunya gelas tersebut.
Jelas kerutan di dahi Hazreeq.
"Siapa yang hidangkan minuman?" Soal Hazreeq sambil memandang Hazreen dan Aliq.
"Aku rasa, ada orang letak pil khayal dalam minuman ni. Cuba kau bau" dia menghulurkan gelas itu kepada Hazreen. Ternyata benar, bau jus tersebut sedikit berlainan daripada bau asalnya.
Tetapi siapa? Mengapa pil tersebut diletakkan dalam minuman Eryna.
Dia mula melihat wajah Eryna yang polos itu, gadis itu seperti tidak dapat mengawal dirinya sekarang. Malah dirinya dipeluk erat oleh Eryna.
YOU ARE READING
That Girl Belong To The Devil!
Romance⇨ SIRI KE-2 YOU'RE MY STELLA kisah anak-anak Haufan Hazzan dan Aira Medina Siapa masih ingat lagi Hazreen dan Hazreeq?! Haa mereka berdua ni la anak kembar sulung kepada Haufan dan Aira. Now umur mereka sekarang pun dah masuk 22 tahun dan merupakan...