BAB 10

10.7K 571 56
                                    

Don't forget to vote and comment banyak-banyak okay! ✨💛

🌻🌻🌻

Haufan & Aira

"Kita nak pergi mana ni?" Soal Aira yang duduk di sebelah Haufan. Kelihatan Haufan sedang memandu kereta ke arah destinasi yang dia sendiri tidak tahu.

"Kita nak pergi honeymoon la sayang." balas Haufan selamba

Pak!!!

"Awww! Pehal pukul akunya?!" Jerit Haufan kesakitan. Tiba-tiba sahaja dirinya dipukul oleh Aira. Nasib sayang bini kalau tak makan peluru dah.

"Orang tanya baik-baik jawab main-main itulah makan dia" ujar Aira sambil memeluk tubuhnya sendiri.

"Abang tak main-main la sayang, kita nak pergi bercuti ni hari ni kan anniversary kita"

"Ehhh tapi anak-anak macam mana abang?"

"Apa gunanya Hazreen dengan Hazreeq" balas Haufan sambil mengangkat kening.

"Tapi...."

"Ada Kevin dengan Ayan juga, don't worry okay sayang. Now abang nak spend time masa dengan sayang je" balas Haufan

Dia sememanganya sudah menempah hotel untuk mereka bermalam dan menghabiskan masa bersama-sama. Sudah lama dia merancang dan akhirnya hari yang ditunggu tiba.

Dia bersyukur dikurniakan anak lelaki sulung yang matang seperti Hazreen dan Hazreeq. Walaupun hakikatnya hanya Hazreen sahaja yang menunjukkan sikap matangnya namun dia tahu Hazreeq juga matang walaupun begitu.

Segala urusan kumpulan mafianya akan diturunkan kepada anak kembarnya itu. Dia yakin Hazreen dah Hazreeq mampu mewarisi kumpulannya itu terutama sekali Hazreen kerana sikap Hazreen saling tidak tumpah seperti sikapnya.

"ABANG!!"

"Aira bercakap dengan abang dari tadi abang tak dengar kan?!!!" Marah Aira sambil memuncungkan mulutnya. Walaupun Ada Kevin dan Ayan yang menjaga anak-anaknya namun Aira tetap risau. Entah apalah yang nakal Kevin ajar kepada anak-anaknya lagi.

Pening!

Haufan hanya senyum kecil melihat rajuk Aira. Haih dah tua pun masih cantik ujar Haufan di dalam hatinya.

"Jangan risau sayang, malam kita sangat panjang hari ni nak bercakap sampai esok pagi pun takpe" ujar Haufan sambil tersenyum gatal. Aira hanya membuat muka menyampah malas mahu melayan perangai gatal Haufan.


🌻🌻🌻

Rumah Haufan & Aira

Kevin dan Ayan baru sahaja tiba di hadapan rumah Haufan selepas selesai kerjanya di pejabat. Sekarang dia perlu menjaga anak-anak Haufan dan Aira pula.

Sebaik sahaja keluar daripada kereta mereka, kedengaran kecoh rumah tersebut dengan tangisan si kecil Afiya.

"Haa sudah.... Belum apa-apa dah mengamuk si Afiya tu" tebak si Ayan sambil menepuk dahinya. Tiba-tiba sahaja dirinya terpaksa menjadi babysitter hari ni.

"Itulah, dah tua-tua sibuk nak berhoneymoon bagai" kutuk Kevin selamba."Baik kita masuk cepat, bukan senang nak pujuk Afiya tu dah la anak mummy dia" ujar Kevin lalu melangkah masuk ke dalam rumah Haufan.

That Girl Belong To The Devil!Where stories live. Discover now