Jangan lupa vote and comment banyak-banyak 💛Graduation Day
Hari ini merupakan hari yang mereka tunggu-tunggu terutama sekali Hazreeq. Akhirnya mereka akan menamatkan pengajian jadi tidak perlu belajar lagi dan yang paling penting dapat bekerja di syarikat Daddy.
Pasti dia akan lebih bergaya apabila memakai kemeja dan kot nanti. Lebih ramai wanita akan tertarik dengannya nanti.
Kesemua ahli keluarga Hazreen dan Hazreeq menghadiri majlis graduasi mereka.
Afiya dan Hilman berlari sambil membawa sejambak bunga di tangan masing-masing sebaik sahaja mereka melihat kelibat abang mereka yang keluar daripada Dewan dengan berpakaian jubah konvo mereka.
"
Heee abang Reen! Abang reeq!" Hazreen dan Hazreeq sudah dia menunduk untuk mendakap mereka dan berjalan menuju ke arah Haufan dan Aira.
"Tahniah anak mummy... Mummy bangga tengok kamu berdua" ucap Aira sambil memeluk kedua-dua anaknya itu. Air mata menitis sedikit kerana gembira.
Eryna melihatnya juga turut terharu.Hazreen terus sahaja mendekati Eryna dan memeluk erat isterinya.
"Tahniah awak" bisik Eryna sambil membalas pelukan Hazreen. Hazreen tersenyum kecil apabila Eryna memeluknya kembali.
"Hadiahnya mana?" Bisik Hazreen kembali. Eryna memandang Hazreen dengan penuh tanda tanya.
"Jangan buat muka comel macam tu" kelihatan muka Hazreen merah apabila Eryna memandangnya begitu.
"Amboi... Dekat public ni" tegur Haufan sambil membuat muka annoying. Hazreen hanya membuat muka ke arah Haufan. Apa dia kisah.
"Malam nanti okay" sempat dia berbisik kepada Eryna sehingga membuatkan gadis itu malu. Dasar suami pervert!
"Eryna minta diri dulu ya mummy daddy... Tak boleh lama sebab ada kelas kejap lagi" pamit Eryna lalu menyalami tangan Haufan dan Eryna tidak lupa juga suaminya Hazreen.
Aileen juga baru sahaja muncul setelah hilang tiba-tiba tadi, entah kemana lah sahabatnya itu pergi tadi. Aileen tersenyum dan melambai Eryna dari jauh.
Hazreeq pun turut menyibuk ingin melambai dan ingin melangkah ke arah Aileen namun dirinya ditahan oleh dan dimarahi oleh Haufan. Eryna pun melangkah mendekati Aileen dan mereka beredar menuju ke kelas bersama-sama.
"Shawn! Wait!" Zara yang berpakaian jubah konvo mengejar Shawn yang sedang berjalan berdekatan dewan namun Shawn hanya menghiraukan Zara.
"Hey! You dengar tak!" Teriak Zara lalu menarik beg sandang Shawn.
"You nak apa lagi Zara... I dah beritahu semalam kan i dah tak nak terlibat dengan you"
"You ni kenapa tiba-tiba berubah ha? You cakap nak balas dendam dan sekarang you tak nak? Why!" Amuk Zara sambil memukul-mukul Shawn.
Dia sememanganya tengah berang sekarang ini, tiba-tiba sahaja di hari kejadian Shawn menghantar mesej dan mengatakan dia tidak sanggup merosakkan Eryna. Ini bermakna rancanganya yang dirancangnya hari itu tidak menjadi.
Bertambah marahnya dia lagi apabila Shawn tiba-tiba sahaja mengatakan dia tidak mahu membantunya lagi.
Shawn yang tidak tahan akan pukulan daripada Zara itu menolaknya ke dinding dengan geram. Muka Shawn juga kelihatan merah seperti menahan marahnya.
YOU ARE READING
That Girl Belong To The Devil!
Romance⇨ SIRI KE-2 YOU'RE MY STELLA kisah anak-anak Haufan Hazzan dan Aira Medina Siapa masih ingat lagi Hazreen dan Hazreeq?! Haa mereka berdua ni la anak kembar sulung kepada Haufan dan Aira. Now umur mereka sekarang pun dah masuk 22 tahun dan merupakan...