EPILOG

4.1K 211 55
                                    

"And now, you become the reason of my heart beats

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"And now, you become the reason of my heart beats."





•¤•





TIGA bulan kemudian,

Baju kurung putih yang tersarung di tubuhnya dipandang melalui pantulan cermin besar. Setelah dia memakai tudung shawl putih yang telahpun digayakan oleh Wardina, Fasha terus memakai niqab. Wardina yang berada di belakang Fasha terus mengukirkan senyuman. Tiara diletakkan di atas kepala gadis itu sebagai sentuhan terakhir.

"Ya Allah, Fasha! Cantiknya kawan aku ni!" ujar Wardina teruja.

"Ya Allah, Wardina. Tolonglah aku. Aku takut dan nervouslah," tanya Fasha resah. Wardina terus memaut kedua belah bahu gadis itu. Senyuman dihadiahkan.

"Jangan risaulah, Fasha. Aku yakin yang lelaki itu memang terbaik untuk kau. Baikpun baik. Handsomepun handsome. Dan apa yang aku tahu, dia mampu pimpin tangan kau ke Syurga," ujar Wardina.

"Kau kenal ke, Wardina?" tanya Fasha hairan. Wardina hanya tersengih.

"Kalau aku kenal, kaupun mesti kenal!" ujar Wardina lalu pergi meninggalkan Fasha yang terpinga-pinga seorang diri.







•¤•












FASHA dibawa ke ruang tamu oleh Wardina dan Puan Sri Elivia. Mata Fasha terus melirik memandang seorang jejaka yang memakai baju melayu putih bersama songkok dan duduk membelakanginya itu.

Jantungnya mula berdebar-debar dan dia mulai berasa resah. Persoalan demi persoalan bermain di fikiran mengenai identiti sebenar di sebalik gelaran Mr. Tengku itu. Wardina yang duduk bersebelahan Fasha itu terus menegur.

"Relakslah, Fasha. Tak lama lagi, kau tahulah siapa dia yang sebenarnya. Dan pada masa itu juga, kau pasti akan terkejut," ujar Wardina bersama senyuman nakal. Mata dikenyitkan.

"Ya Allah, Wardina. Tolonglah beritahu aku siapa dia. Macam mana pula kau boleh tahu dan aku tak tahu?" tanya Fasha gelisah. Wardina ketawa kecil.

"Adalah. Rahsia."

"Baiklah. Memandangkan pengantin perempuanpun sudah ada. Marilah kita mulakan majlis akad nikah sekarang," ujar suara tok kadi tersebut. Fasha semakin resah dan berdebar-debar. Habis tangannya berpeluh-peluh.

Khutbah nikah yang dibaca oleh juru nikah yang bernama Haji Rahman itu diperdengarkan kepada semua hadirin dengan penuh khusyuk termasuklah Fasha. Perasaan resah dan gelisah yang terbuku di hati terus dibuang pergi.

Apabila memasuki sahaja alam perkahwinan, tanggungjawab yang digalas lebih besar dan berat. Dugaan yang bakal mendatang juga akan menguji sejauh mana ketulusan dan kekuatan pasangan suami isteri dalam mempertahankan mahligai indah yang terbina.

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now