BAB 27 | MR. TENGKU

1.3K 201 5
                                    

WARDINA segera meletakkan dulang di atas meja. Diberikan pinggan yang berisi nasi ayam itu kepada Fasha. Dia terus duduk.

"Saya rasa, awak patut jauhkan diri daripada dia," kata Wardina. Fasha yang sedang menghirup jus epalnya itu terus berhenti dan memandang. Rakan barunya itu dipandang pelik.

"Siapa? Zairul? Apa maksud awak?"

"Saya tengok dengan mata kepala sendiri, yang dia sengaja langgar awak tadi. Dia dah rancang nak berkenalan dengan awak. Jadi, awak patut hati-hati," kata Wardina lagi.

Fasha hanya mengangguk faham. Lebih baik dia mengikut cakap Wardina. Kalau tidak, pasti akan berlaku perkara yang lebih buruk. Matanya mula meliar memandang sekeliling. Kemudian, pandangannya jatuh pada dua orang wanita yang tidak memakai tudung. Sekali pandang, mereka bukan seperti orang negara ini.

"Oh ya. Universiti ni pun terima orang bukan Islam juga ke?" tanya Fasha. Wardina hanya senyum.

"Ya. Kebanyakan pelajar yang bukan Islam datang daripada Thailand, Korea Selatan, Amerika, Filipina dan negara-negara yang lain. Universiti ni bukan khas untuk orang Islam sahaja tetapi ia awam. Semua jenis agama dan bangsa boleh belajar di sini. Cumanya, mereka perlu mengikut peraturan yang ditetapkan. Mereka dilarang memakai pakaian yang tidak sopan dan sebagainya. UIA terkenal sebagai lima Universiti Islam terbaik di dunia dan Malaysia dengan misi Integrasi, Islamisasi, Pengantarabangsaan dan Kecemerlangan Komprehensif tertentu.

Bagi pelajar yang beragama Islam, kita diwajibkan memakai pakaian yang menutup aurat sepenuhnya. Kalau awak nak tahu, bekas Perdana Menteri kita, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamadlah yang mengarahkan KPM menubuhkan Universiti Islam di Malaysia pada awal 1982. Kemudian, UIAM berjaya ditubuhkan pada 10 Mei 1983 dan presiden pertama yang dilantik adalah Allahyarham Tun Hussein Onn," kata Wardina dengan begitu bersemangat sekali.

Fasha hanya mengulum senyum dan menyembunyikan ketawanya. Wardina terlalu rancak bercerita sehingga nasi ayam yang dimakan Fasha sudah habis separuh.

"Banyak juga info yang awak tahu tentang UIA ni ye."

"Mestilah. Abang saya dulu belajar di sini tahu. Jadi, saya selalu dengar dia bercerita. Walaupun pada masa tu agak membosankan, saya dengar jelah. Sekarang, tak sangka saya boleh ingat lagi dan ceritakan pada awak pula!" kata Wardina bersama ketawa kecilnya.

"Untung betul awak ada abang. Saya ni anak tunggal," kata Fasha.

"Kesiannya. Mesti awak rasa keseorangan kan?" ujar Wardina. Riak wajahnya kelihatan sedih. Fasha hanya senyum.

"Tak adalah. Saya okey je. Selalunya, saya akan habiskan masa dengan melepak bersama kawan-kawan saya," ujar Fasha. Wardina sekadar mengangguk. Makanannya segera dihabiskan. Jam pergelangan tangan dipandang.

"Oh! Dah pukul dua! Pasti waktu Zuhur dah masuk. Jom, kita ke masjid," ajak Wardina. Air minumannya disedut buat kali terakhir lalu dia bangun berdiri.

Fasha yang mendengar terus terbatuk-batuk. Hatinya berasa resah. Apa yang perlu diberitahunya sekarang? Dia tidak pernahpun solat. Kali terakhir dia solat pun pada umur 12 tahun. Itupun apabila ustazah membuat kem amali solat.

"Fasha? Awak okey?" tanya Wardina. Fasha tersentak. Raut wajah itu dipandang bersama senyuman palsu.

"Oh... Sa-saya okey je. By the way, saya tak boleh solat sebenarnya," bisik Fasha. Perlahan.

"Oh ye ke? Kalau macam tu, saya pergi surau dulu. Awak tunggu di bilik ye," kata Wardina. Fasha sekadar mengangguk. Akhirnya dia selamat. Namun, dia tidak boleh menggunakan teknik yang sama. Pelik juga kalau memberi alasan yang sama selama berbulan-bulan.












BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now