BAB 40 | HASUT

1K 171 12
                                    

MATAHARI semakin menginjak naik ke langit. Sekiranya tadi langit masih diwarnai rona yang gelap, kini langit sudahpun bertukar menjadi rona warna yang lebih cerah. Setelah melakukan aktiviti kawad tadi, semua peserta dibenarkan untuk berehat seketika sebelum aktiviti yang seterusnya berlangsung.

"Fuh! Aku tak sangka kawad kaki susah macam ni! Lagi susah daripada buat soalan SPM!" ujar Fikri sambil mengelap peluh dengan sapu tangan. Habis basah lencun bajunya disebabkan peluh.

"Eleh! Hiperbolalah kau! Baru berkawad dua jam dah penat." Farah Irdina mengejek.

"Ehh! Betullah! Kau tak penat ke, Farah? Bertenaga je aku tengok kau walaupun dah berkawad dua jam lebih." Zairul bertanya. Dia juga turut penat. Dua air botol minuman diambil. Sebotol diberikan kepada Fasha yang turut kelelahan.

"Terima kasih," ucap Fasha. Ikhlas.

"Tak! Kalau nak tahu, aku ni wakil kawad kaki peringkat kebangsaan tahu! Jangan main-main. Aku lagenda." Farah membuat muka bangga. Fikri terus memutarkan bebola matanya. Susah kalau ada kawan yang perasan ini!

"Lagenda konon! Patut muka kau hitam! Berjemur bawah matahari rupanya! Hahaha!" Fikri gelak besar. Begitu juga mereka yang lain. Farah sudah mengetap bibir. Geram!

"Hahaha! Haahkan!" ujar Rizal yang turut sekepala. Mereka melakukan high five! Apa lagi, semakin menggelegaklah hati Farah.

"Ya Allah! Geramnya aku dengan kau orang berdua! Sama je! Habis tu, kau macam mana? Bukan kau main bola keranjang ke, Fikri? Tak berjemur bawah matahari ke?" balas Farah dengan wajah yang bengis.

"Ehh! Aku mengaku yang aku pemain bola keranjang tapi tulah aku putih! Sebab aku pakai sunblock! Hahaha!" balas Fikri. Sekali lagi mereka berhigh five. Seronok apabila dapat kenakan orang! Riak wajah Farah sudahpun berubah. Najiha, Syafiyah, Fasha, Zairul dan Nazmi perasan akan hal itu.

"Ish awak berdua ni! Tak baiklah awak buat dekat Farah macam ni. Itu dinamakan body shaming tau!" nasihat Najiha dengan sopan. Syafiyah juga turut bersetuju.

"Ya! Tak baiklah! Kau orang berdua minta maaf sekarang!" kata Syafiyah dengan tegas.

"Kita orang bukan body shamming tapi face shamming. Kan Rizal?"

"Haah. Betul betul betul. Lain tu."

Mata Farah sudahpun mulai bergenang. Sedikit sebanyak hatinya terguris dengan kata-kata dua orang jejaka itu. Tidak sempat Fasha ingin memujuk, Farah terus bangun dan melarikan diri. Semua orang kaget.

"Farah! Awak nak ke mana?" Fasha melaung dengan nada yang risau. Namun, Farah langsung tidak mahu mendengar. Najiha dan Syafiyah terus mengejar Farah dari belakang. Risau sekiranya berlaku perkara yang buruk menimpa Farah.

Rizal dan Fikri memandang sesama sendiri. Fasha terus bangun dengan menyilangkan tangan ke dada. Kini, personaliti dirinya sebagai seorang naib presiden atau penolong ketua pengawas kembali. Fikri dan Rizal dipandang tajam.

"Tengok. Apa yang kau orang dah buat? Dia dah lari. Macam mana kalau dia masuk hutan lepas itu hilang. Kau orang nak bertanggungjawab ke kalau ada apa-apa jadi pada Farah?"

"Tapi, aku usik dia sikit je. Tak kanlah dah sentap kut," kata Rizal. Pertahankan diri.

"Cuba kalau aku kata kau gemuk dan gempal? Kau rasa apa? Walhal kau tak gemukpun. Sedih dan marah ataupun kau gembira hora horey? Kau orang langsung tak fikirkan perasaan dia. Dia perempuanlah, Fikri. Hati dia lembut. Kau orang ada otak, tolonglah fikir. Mengusikpun ada batasnya juga! " marah Fasha. Fikri dan Rizal terdiam.

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now