BAB 2 | FAHRIN

2.5K 307 46
                                    

"FASHA..."

Fasha yang baru sahaja menuruni tangga itu terus berpaling. Wajah mama dan papanya menyapa pandangan mata. Kelihatan Tan Sri Hairul sedang membaca surat khabar manakala Puan Sri Elivia sedang minum air teh.

Niatnya untuk pergi ke dapur terbantut. Kakinya terus melangkah ke arah mama dan papanya. Dia melabuhkan punggung di atas sofa.

"Ya, Ma? Pa?"

"Kamu dah fikirkan ke nak sambung belajar di mana?" tanya Tan Sri Hairul.

"Hmm... Itu Fasha belum fikirkan lagi. Mama dan papa jangan risau."

"Mama nak sangat kamu belajar di luar negara. Anak kawan-kawan mama kebanyakannya belajar di luar negara. Baru kena dengan status kita," kata Puan Sri Elivia.

"Mestilah! Fasha akan study di luar negara seperti mana yang mama mahukan. Orang yang tak mampu je study di dalam negara."

"Hmm... Okeylah kalau kamu cakap macam tu. Kamu tak perlu risau pasal duit. Biar papa uruskan semuanya," kata Tan Sri Hairul. Fasha senyum gembira.

Dia tidak perlu menghabiskan masanya untuk bekerja sambilan seperti orang lain sedangkan duit dan hartanya tidak akan pernah habis. Dia boleh memiliki segala hal yang dia inginkan. Hal yang orang lainpun tidak mampu memilikinya. Kemewahan.

Fasha beruntung dilahirkan daripada keluarga yang kaya raya. Segala permintaannya, pasti akan dipenuhi. Dirinya dilayan bak puteri raja di dalam istana. Anggunnya dia bagaikan kisah dongeng bidadari yang turun dari kayangan yang tidak dilihat oleh mata. Namun begitu, tiada gunanya wajah yang cantik dan harta yang banyak walaupun digilai ramai manusia sekiranya pengadilan Allah itu hanya melihat keindahan dan keikhlasan dalam hati manusia.

***

Awal-awal lagi, Fasha sudah bangun. Dia bersiap untuk berjoging. Lagipun setiap pagi dia akan berjoging tidak kira sibuk atau tidak. Sebab itulah, badannya kekal langsing dan sentiasa sihat. Fasha meletakkan botol air di atas meja. Dia menarik nafas. Segar!

Regangan dilakukan bagi memastikan ototnya-ototnya tidak menjadi kejang setelah habis berjoging nanti. Setelah selesai melakukan regangan, dia terus memulakan larian. Secara tiba-tiba, tubuhnya dilanggar seseorang.

'Ehh? Siapa pula yang dia langgar ni?'

Fasha terus memberhentikan lariannya dan melihat ke sisi. Seorang budak perempuan kecil terkial-kial ingin bangun berdiri. Fasha terus membantu.

"Adik okey?"

Budak perempuan itu mengangguk. Fasha terus melilau mencari seseorang yang berkemungkinan sedang mencari budak perempuan ini. Mak atau ayah dia mungkin?

'Ish! Ada anak tapi tak jaga betul-betul! Menyusahkan betul!'

"Mana mak dan ayah adik?" Fasha terus bertanya.

"Saya datang dengan pak su saya."

'Huh! Pak su oh pak su! Ini anak saudaramu hilang!'

"Fasha!"

Fasha terus mengangkat muka. Kelihatan seorang lelaki sedang berlari ke arah mereka berdua sambil membawa aiskrim.

"Ya saya? Kita pernah kenal ke?"

Lelaki itu mengangkat mukanya, memandang Fasha. Fasha tergamam.

'Goshh! Handsomenya!'

"Err... Maaf. Saya panggil anak saudara saya," kata jejaka itu. Fasha tersentak daripada lamunan. Dia termalu sendiri. Alahai. Budak itu rupanya. Payah juga kalau nama sama kalau begini!

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now