BAB 45 | CINTA SEMENTARA

1.2K 174 21
                                    

"Bagaimana hati tak tergoda

Dek cela terhias seri warna

Kelabu mata

Terpukau jiwa

Lupa musafirku cuma sementara."

__________

Apabila kau terlebih sayang, inilah masanya Allah
akan uji. Inilah masanya kau kena terima hakikat
kalau kau sayang bunga, bunga akan mati.
Kalau kau sayang manusia, manusia akan pergi.

Allah akan hantar macam-macam asbab
untuk pisahkan kau dan dia. Akhirnya yang
tinggal hanya siapa?

Hanya Allah! Masa itulah kau tersungkur atas sejadah.


















"FASHA! ini dia makanan dan minuman kau. Mesti kau letih kan? Lagi-lagi bila kau ada pendarahan," kata Wardina lalu melabuhkan punggung di sebelah Fasha.

Bekas makanan dan air kotak disuakan kepada gadis itu. Fasha hanya mendiamkan diri. Sedikitpun dia tidak memandang apatah lagi menyambut huluran Wardina. Air matanya yang mengalir ke pipi dibiarkan.

"Fasha? Are you okay?" Fasha menggelengkan kepala.

Melihat sahaja wajah itu sudah dibasahi dengan air mata, Wardina terus memeluk gadis itu erat. Fasha tidak dapat menahan sebak. Dihamburkan semua kesakitan yang terbuku di dada.

"Tak. Saya tak okay, Wardina. Kenapa dia buat saya macam ni. Kenapa dia tinggalkan saya? Saya tak cukup baik ke untuk dia? Saya berhijab dan berubah semata-mata kerana dia. Tetapi, kenapa dia langsung tak pernah pandang? Kenapa dia masih tak boleh terima saya?" luah Fasha dengan nada yang sayu.

"Shh. Bertenang dulu. Lap air mata awak dan pandang saya, Fasha," kata Wardina sambil memusingkan badan Fasha menghadapnya. Gadis itu hanya menurut. Wardina mengukirkan senyuman. Air mata gadis itu terus dilap menggunakan tangannya.

"Fasha, boleh saya tanya sesuatu? Betulkah awak berubah dan berada di sini hanya kerana dia? Kerana Fahrin?" Fasha mengangguk lalu menunduk.

"Kenapa awak buat semua ni? Hanya dia seorangkah lelaki yang ada di dunia ni?" tanya Wardina dengan lebih mendalam lagi. Mata biru Fasha yang berada dalam keadaan kesedihan itu ditatap.

"Sebab saya cintakan dia, Wardina. Dia lain daripada yang lain. Sejak pertama kali saya berjumpa dengan dia, saya kenalkan diri saya sebagai seorang anak kepada jutawan yang kaya raya. Tetapi, dia langsung tak peduli. Saya hulurkan salam perkenalan tapi dia tak pernah sambut." Fasha berhenti seketika lalu mengeluh. Berat sungguh perasaan hatinya ketika ini.

"Walaupun pada masa itu pakaian saya terdedah atas kehendak saya sendiri, dia akan berusaha untuk lindungi saya daripada ditatap oleh mata yang tidak bertanggungjawab. Kalau boleh, saya mahu kan dia sebagai imam saya. Pemimpin saya untuk ke Syurga. Saya tak akan kuat untuk berubah seorang diri, Wardina. He is very different and because of that I love him," sambung Fasha.

Wardina mengukirkan senyuman. Kali ini, dia dapat mendengar jawapan penuh gadis itu. Kedua-dua belah tangan Fasha dipegang.

"Fasha, kalau awak nak berubah. Biarlah niat berubah itu kerana Allah. Bukannya kerana dunia. Bukan kerana cinta ataupun manusia. Tetapi kerana Dia. Dia yang menciptakan kita dan semestinya Dia juga mencintai kita kerana kita adalah hamba-Nya. Pulangkanlah semula perasaan cinta kau kepada Allah. Nescaya, kau akan memperoleh cinta seluruh penduduk langit dan bumi ini," kata Wardina lagi.

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now