BAB 7 | MAAFKAN SAYA, FASHA

1.6K 251 17
                                    

FASHA memberhentikan keretanya ke tepi. Pelipis dipicit. Dia mula berasa sakit kepala tetapi nasib baik masih boleh ditahan. Jam berjenamanya di pergelangan tangan diperhati. Sudah pukul 3:00 pagi.

Dia mengambil keputusan untuk berehat seketika sebelum memulakan pemanduan semula. Bunyi bising dari kedai mamak di sebelahnya membuatkan kepalanya semakin berserabut. Masing-masing bersorak untuk pasukan bola sepak liga dunia yang mereka minati.

"Ishh! Kenapa waktu-waktu macam nilah ada bola sepak pun! Dah macam beruk menjerit terlolong!" Fasha membebel. Pelipisnya dipicit lagi.

Tidak semena-mena, matanya terpandang seseorang yang baru memasuki kedai tersebut. Pada mulanya, dia sedikit terkejut tetapi apabila difikirkan semula, inilah peluangnya!

Dia terus mengukirkan senyuman penuh makna dan Fasha bernasib baik kerana telah mencuci mulutnya di kelab malam tadi. Kalau tidak, mulutnya pasti berbau alkohol dan susah untuk memikat hati lelaki itu. Dia segera membuka pintu kereta.

Langkahnya cepat menuju ke arah lelaki yang masih tidak sedar akan kehadirannya itu. Mata-mata yang memandang tidak dipedulikan. Rambutnya dibetulkan supaya nampak lebih kemas.

Bunyi kerusi ditarik membuatkan fokus Fahrin terganggu. Terbuntang matanya apabila melihat seorang gadis dengan pakaian seksi di hadapannya.

"Awak siapa? Kenapa duduk di sini? Banyak lagi tempat lain kan?" Fahrin membetulkan duduknya. Jujur yang dia rasakan sekarang ini sangat tidak selesa. Dia risau sekiranya ada yang salah menganggap. Pintu fitnah ada di mana-mana.

"Takkan awak tak ingat. Saya Fasharina Haura. Kita pernah terserempak di taman tempoh hari. Lagipun saya rasa tempat ini sahaja kosong. Dan saya kenal awak. Tak kan saya nak duduk dengan orang yang saya tak kenal pula." Fasha menongkat dagu. Senyuman manis diberikan kepada Fahrin. Terus jejaka itu melarikan matanya.

"Ohh... Fasha. Ya, saya ingat. Nama awak sama seperti anak buah saya." Dia memerhati sekeliling. Ramai mata yang memandang ke arah mereka berdua. Atau lebih tepat lagi melihat tubuh Fasha. Tanpa berfikir panjang, dia terus membuka jaketnya lalu diberikan kepada gadis itu.

"Untuk apa ni?" tanya Fasha. Pelik. Namun, huluran Fahrin tetap disambut.

"Pakaian awak terlampau terdedah. Tak elok. Di sini banyak lelaki. Bahaya," kata Fahrin. Air teh tariknya dihirup.

"Bahaya? Apa yang bahayanya?" Fahrin mengeluh.

"Pakai je." Fasha sekadar menurut. Jaket hitam itu dipakai. Menutup bahu dan lengannya yang terdedah.

"Awak buat apa di sini? Setahu saya, kebanyakan perempuan seperti awak ni selalunya tidak berminat dengan bola sepak," kata Fahrin. Kening diangkat.

"Memangpun. Saya saja datang. Awak memang minat bola ke?" tanya Fasha pula. Fahrin hanya mengukirkan senyuman nipis.

"Lelaki. Biasalah. Itulah baru namanya sejati."

"Ya. Seperti awak yang sentiasa ada di hati saya," kata Fasha secara tiba-tiba. Dia mengenyitkan mata. Fahrin terus tersedak. Fasha hanya ketawa kecil.

Fahrin masih terbatuk-batuk. Fasha bangun lalu bergerak ke arah Fahrin, ingin menggosok belakang lelaki itu. Baru sahaja dia ingin meletakkan tangan di belakang badan, Fahrin segera menghalang.

"Eh eh! Jangan! Saya dah okey dah," kata Fahrin. Dia cuba untuk bertahan daripada melepaskan batuk. Sekiranya tidak, pasti Fasha akan mengurutnya. Lagi parah!

"Betul awak dah okey?"

Fahrin sekadar mengangguk. Jam yang terpapar di skrin telefonya diteliti. Dia perlu cepat-cepat beredar. Memang habislah dia sekiranya bersama gadis itu sehingga esok pagi.

"Saya perlu balik. Bye. Assalamualaikum."

Fahrin segera beredar. Nasib baik dia sudah membayar harga minumannya di kaunter tadi. Kereta yang diparking berhampiran kedai mamak itu didekati. Fasha langsung tidak mahu mengalah. Dia mengekori jejaka itu sampai tiba di kereta.

"Awak selalu ke datang kedai tu?" Fasha cuba untuk mengorek rahsia. Nampaknya, dia betul-betul sudah jatuh hati dengan Fahrin.

"Ohh... Tak pun. Saya pergi dulu ya," kata Farhan. Fasha hanya senyum. Dia tahu lelaki itu berbohong.

Pintu kereta bahagian pemandu dibuka. Dia terus masuk lalu pintu kereta ditutup. Fasha segera menghalang. Fahrin memandang hairan dengan kening yang terangkat.

"Kenapa ni?" Soalan Fahrin tidak dijawab. Sebaliknya, Fasha mengambil sehelai stickey note dan sebatang pen di dashboard kereta lelaki itu. Dia menulis sesuatu. Sikap Fasha yang langsung tidak meminta kebenaran membuatkan Fahrin terdiam dan keliru.

"Nah."

Sehelai stickey note diserahkan. Dahi Farhan berkerut. Stickey note dan wajah Fasha dipandang silih berganti. Dia terpinga-pinga. Dia langsung tidak mengerti sikap dan tujuan sebenar gadis itu. Seperti bermain teka-teki.

Namun, huluran itu tetap disambut. Dia tidak mahu mengguris hati gadis itu. Cukuplah kerana kisah silamnya dahulu. Dia tidak mahu menambah dosa-dosa yang sudah bertimbun. Hutangnya masih perlu dilunaskan walaupun setiap malam dia akan beribadat memohon keampunan Tuhan.

"Itu nombor telefon saya. Call tau." Mata dikenyitkan seiring bibirnya yang mengukirkan senyuman manis. Fahrin terkedu. Fasha terus berlalu pergi ke keretanya.

'Kenapa perempun ni berani sangat?' Hatinya berbisik perlahan. Nombor itu ditenung lama. Tidak sampai beberapa saat, bibirnya perlahan- lahan mengukirkan senyuman.
















•¤•
























CAHAYA bulan yang samar-samar menerobos masuk melalui jendela. Bunyi unggas yang saling sahut-bersahutan kedengaran di luar rumah. Seluruh kawasan di dalam rumah banglo tiga tingkat itu sangat sunyi dan gelap. Tiada apapun yang perlu dihairankan kerana jam juga sudah melangkaui angka 4 pagi. Semua penghuni di rumah itu sudah pastinya sudah diulit mimpi yang indah.

Setelah mematikan enjin kereta, Fahrin segera masuk ke dalam rumah. Seharian dia tidak pulang kerana terdapat banyak tugasan yang perlu disiapkan selaku pensyarah. Jarak universiti dan rumahnya juga jauh. Mengambil masa dua jam untuk sampai.

Dia pergi ke dapur. Setelah membaca bismillah, dia terus meneguk air kosong. Sekadar membasahkan tekaknya. Setelah membasuh gelas, dia segera menaiki tangga. Pintu biliknya yang berada di tingkat dua dibuka lalu dia terus masuk ke dalam bilik.

Diletakkan kunci kereta dan dompet di atas meja kerja. Dia menyeluk poket. Terdapat sehelai kertas kecil. Fahrin merenung kertas itu. Bibirnya mengukirkan senyuman nipis. Stickey note itu terus diletakkan di dalam laci. Tiada keperluan untuk dia menyimpan atau menghubungi nombor tersebut.

"Maafkan saya, Fasha," bisik Fahrin. Perlahan.











Hi! KEEP VOTE OK!❤✨

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now