PROLOG

4.2K 398 18
                                    

AMARAN ‼️ SEMUA HASIL KARYA ADALAH 100% DARIPADA IDEA PENULIS SENDIRI. JADI, DIHARAMKAN UNTUK MENCIPLAK, PLAGIAT, MENIRU DAN DLL.

SEBARANG PERSAMAAN DARI SEGI NAMA WATAK DAN JALAN CERITA JUGA SEKADAR KEBETULAN.

Maaf juga jika ada sebarang kesilapan tatabahasa mahupun ejaan kerana ini buku pertama saya. ❤




•¤•







'AKU tertanya-tanya. Adakah perasaan yang aku rasakan sekarang ini sama seperti dirinya? Sama dan tetap sama seperti dahulu kala? Atau hanya akukah yang masih tetap berharap dan terus berharap, menunggu dan terus menunggu?

'Sehinggakan aku tidak sedar bahawa aku masih tidak bergerak dengan kenangan yang lalu. Masih terus berdiri di tempat yang sama. Sedangkan dia sudah jauh ke hadapan untuk aku gapai.

'Namun, aku tetap yakin. Doa yang aku lafazkan dalam setiap sujudku, pasti Engkau akan makbulkan kerana Engkau tidak akan pernah memungkiri janji. Dan mungkin aku yang mungkir janji. Menunggu kepada yang tidak pasti. Sedangkan Kau sentiasa pasti ada di sisi.!

'Mungkin bukan dia yang datang. Tetapi mungkin orang yang terbaik dan lebih baik yang Engkau akan hadirkan. Manusia itu merancang, tetapi sebaik-baik perancang ialah Dia yang Maha Esa.

'Dan kalau bukan disebabkan aturan-Mu, aku tidak akan menjadi seperti yang sekarang walaupun langkah untuk aku menjadi seperti Saidatina Khadijah dan Fatimah masih jauh untuk aku gapai.

'Setelah semua perkara yang berlalu, aku tetap yakin dengan-Mu bahawa semua yang berlaku pasti ada hikmah. Ya qalbi, la tahzan innaallaha maa'na. Wahai hatiku, janganlah bersedih. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita.' Fasha bermonolog lagi.

Pandangannya dihalakan ke luar jendela. Menikmati setiap episod lamanya yang sudahpun ditinggalkan jauh di bumi Malaysia. Tidak lama kemudian, butiran air matanya pun menitis. Sungguh. Dia rindukan lelaki itu.

Namun, dibuang perasaan itu sejauh yang mungkin. Air matanya segera dilap. Merindui lelaki yang bukan halal untuknya termasuk dalam ketegori zina hati. Cukuplah dengan dosa-dosanya yang bertimbun sewaktu masa silamnya.

'Ya Allah, peliharalah imanku dan hatiku daripada terus mengingati cinta selain-Mu,' bisiknya perlahan.

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now