BAB 3 | RAYUAN

2.1K 286 12
                                    

TOK! Tok!

Pintu bilik Fasha diketuk oleh Mak Cik Leha yang merupakan pembantu rumah di rumah itu. Fasha yang berada di dalam bilik iu terus membuka pintu. Riak mukanya kelihatan bengis.

"Apa bising-bising malam ni? Mak Cik nak apa? Saya sibuklah!" marah Fasha. Dia berpeluk tubuh. Wanita yang berumur lingkungan 50-an itu dijeling. Menyampah!

Mak Cik Leha pula hanya menekur memandang lantai. Takut dengan anak bosnya itu walaupun dia jauh lebih tua dan selayaknya dihormati oleh anak gadis itu.

"Ish, cepatlah! Kau nak beritahu apa? Tak kan dah bisu pula!" kata Fasha dengan kasar.

"Maaf, cik Fasha. Saya cuma nak beritahu yang kawan cik Fasha datang," ujar Mak Cik Leha dengan perlahan.

Fasha terus mengerutkan dahi. Kawan? Sejak bila Fazrina, Dayang atau Ivy datang ke rumahnya tanpa memberitahu dahulu? Selalunya mereka akan memaklumkan kepadanya terlebih dahulu.

"Kawan? Siapa?"

"Err... Saya tak tahu, Cik Fasha," jawab Mak Cik Leha perlahan sambil menundukkan kepala. Fasha mendengus.

"Yang tu pun kau susah nak tanya! Macam manalah papa dan mama aku boleh ambik kau bekerja ni!" ujar Fasha dengan nada yang tinggi. Mak Cik Leha sedikit tersentak.

Dia terus berlalu pergi dan bahu pembantu rumahnya itu dilanggar dengan sengaja. Hampir jatuh wanita itu dibuatnya. Nasib baik dia sempat berpaut pada meja. Mak Cik Leha hanya menggelengkan kepala. Dia tetap bersangka baik. Fasha tidak bersalah.

Fasha terus turun ke bawah lalu pintu rumah dibuka. Dia terus keluar. Nampak sahaja figura yang dibencinya itu di hadapan pagar, dia segera ingin berpatah balik masuk ke dalam rumah.

"Fasha, tunggu!"

Rayyan yang sedang bersandar pada keretanya itu terus menegur apabila ternampak kelibat Fasha. Dia nampak santai pada malam ini dengan berbaju hoodie.

"Kau nak apa lagi, Rayyan!" marah Fasha. Geram. Lelaki itu tidak habis-habis asyik menganggunya sampai sanggup datang ke rumahnya pada waktu malam? Sungguh memang tidak tahu malu!

Rayyan yang berada di luar pintu pagar langsung tidak terusik dengan jerkahan Fasha. Dia datang ke sini hanya untuk meminta kepastian.

"Please, Fasha. Beritahu saya siapa lelaki pagi tadi?"

Fasha berpeluk tubuh. Senyuman sinis diukir. Matanya tajam memandang wajah Rayyan. Menyampah!

"Aku rasa kau tak perlu tahu kut "

"Tapi Fasha. Saya kan boyfriend awak. Saya perlu tahu."

Tidak semena-mena Fasha tergelak besar. Kelakar dengan kenyataan yang keluar daripada mulut lelaki itu. Adakah Rayyan sudah terlupa? Huh!

"Kau buat lawak apa ni? Kau tak ingat ke kita dah putus hmm," ujar Fasha dengan sisa tawanya. Geli sungguh hatinya.

'Boyfriend? Ex okay!'

"Fasha... Semua yang awak nampak sebelum ni semuanya salah faham. Saya diperangkap! Saya cuma teman dia sahaja!"

"Jadi? Awakpun setujulah? Kenapa? Sebab dia lain daripada sebelum ni? Dan awak pun biarkan dia bermesra dengan awak. Itu yang awak kata salah faham?" ujar Fasha dengan nada suara yang tegas.

"Fasha, awak cemburu ke?"

Tidak semena, Fasha tergelak sinis. Kenapalah Rayyan suka sangat buat lawak malam-malam sebegini.

"Cemburu? Hei, manusia mana je yang tak cemburu. Lainlah kalau kucing! Lagi satu, kalau nak difikirkan perasaan aku pada malam tu, aku lebih sakit hati berbanding cemburu! Sudahlah, Rayyan. Awak dah musnahkan kepercayaan dan hati saya. Saya tak boleh nak terima awak lagi. Awak pergilah dekat perempuan tu. Mana dia sekarang? Dah kena buang macam saya sekarang ke?" perli Fasha.

"Fasha, percayalah. Saya cuma teman dia. Saja cuma anggap dia kawan. Saya tak ada perasaan terhadap dia pun " kata Rayyan lagi.

Fasha membuat muka tidak peduli. Dia membelek- belek kukunya yang berkilat dan berwarna itu.

'Hmm... Not bad. Cantik juga pekerja tu mengilap kuku aku.'

"Waktu kejadian tu, dia yang nak jumpa saya. Lagipun dia bukan sesiapa bagi saya. Dia cuma- "

"Huarghh!"

Fasha menguap. Matanya sengaja digosok dan dia membuat gaya mengantuk. Sengaja sakitkan hati lelaki itu. Serta merta jejaka itu terdiam. Hatinya sedikit terhiris.

"Sudahlah Rayyan. Balik. Aku mengantuklah..."

"Fasha... Saya tahu awak tipu. Sekarang baru pukul 9. Saya tahu awak tak kan tido lagi. Selalunya waktu macam ni, kita akan bervideo call kan?"

"Itu dulu. Kau tak perlu kot nak ungkit balik semua benda yang dah lepas. Aku bukan Fasha yang macam dulu lagi. Ohh ya, yang pasal aku dengan lelaki pagi tadi tu, kau tak perlu tahu kot sebab aku pun tak ambil tahu pasal perempuan yang berasmara dengan kau tu. Dah lah. Aku pergi dulu. Kalau kau nak tidur di luar pagar ni silakan. Bye! "

Setelah itu, Fasha terus masuk ke dalam rumah. Meninggalkan Rayyan yang termangu keseorangan.




















¤











"Siapa yang datang tadi Fasha?" tanya Puan Sri Elivia yang sedang membaca majalah berkaitan fesyen di ruang tamu. Fasha cuba berlagak tenang.

"Kawan sekolah."

"Oo... Jadi, macam mana kamu dengan Rayyan? Mama harap kamu dan Rayyan cepat disatukan."

Fasha mengeluh. Langkah Fasha turut terhenti. Kalaulah mamanya tahu perangai sebenar Rayyan, pasti mamanya tidak akan berdiam diri. Seorang ibu. Pasti mahukan yang terbaik untuk anaknya. Biarpun dia sejahil- jahil manusia.

"Entah." Fasha mengangkat bahu. Tanda malas mahu mengambil tahu. Puan Sri Elivia terus berhenti membaca. Wajah anaknya dipandang.

"Laa... Kamu kenapa Fasha? Kamu sepatutnya ambil tahu tentang Rayyan. Lambat laun dia akan jadi suami kamu juga kan?"

"Kenapa mama dan papa nak sangat satukan Fasha dengan Rayyan?" tanya Fasha. Puan Sri Elivia mengeluh.

"Kamu tahu kan papa banyak terhutang budi dengan Tan Sri Rizman. Ayah Rayyan? Tanpa dia, kita semua takkan hidup serba mewah macam ni," kata Puan Sri Elivia.

Sekali lagi Fasha mengeluh.

"Tapi, itu tidak bermakna Fasha perlu dijadikan galang gantinya. Fasha baru sahaja habis SPM. Biarlah Fasha yang tentukan hala tuju Fasha sendiri. Fasha dah besar."

Setelah itu, Fasha terus berlalu pergi. Puan Sri Elivia mengeluh. Susah betul mahu memujuk anak perempuannya yang keras kepala itu!

Fasha terus naik ke atas dan menutup pintu biliknya. Entah kenapa dia berasa lemah dan lelah. Badan disandarkan ke pintu. Dia mengeluh. Setelah itu, badannya melorot jatuh ke bawah dan jatuh terduduk. Dadanya dipegang. Sakit.

Air matanya mengalir dalam diam. Siapa sahaja yang mampu kuat apabila orang yang dia sayangi sanggup bermain dua? Ya, dia sangat- sangat sukakan jejaka itu. Sejak waktu pertama kali mereka berjumpa lagi. Hatinya sudah terpaut rasa cinta.

Dia tidak pernah mempunyai perasaan terhadap sesiapa. Inilah kali pertama. Tetapi dia tidak sangka, hubungan selama dua bulan itu tidak bertahan lama. Dia tertanya-tanya...

Adakah salahnya kerana terlalu cepat menyerahkan hati yang bukan pada tempatnya?












Selamat berpuasa semua!!
Keep Vote!!!🌸😝

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now