BAB 10 | DIA LAGI?

1.3K 232 6
                                    

PIN! Pin!

Fasha tersentak daripada lamunannya yang panjang. Kenangan masa lalunya itu terus dibawa pergi hilang entah ke mana. Dia menoleh ke kiri. Matanya membesar dan jantungnya mula berdegup dengan begitu kencang sekali.

Sebuah kereta meluru laju ke arahnya. Kaki langsung tidak boleh digerakkan akibat terlalu terkejut dengan kejadian yang tidak diduga ini. Kesannya, dia hanya mampu berdiri kaku dan sekadar melihat perkara yang akan berlaku. Masa pula seolah-olah bergerak dengan begitu perlahan sekali.

"Jaga-jaga!"

Secara tiba-tiba, pergelangan tangannya ditarik dari belakang oleh seseorang. Bunyi geseran tayar kereta menjengah ruang pendengaran, menandakan kereta itu berhenti secara mengejut. Pemandu itu terus keluar daripada keretanya lalu dhamburkan segala cacian.

"Hoi! Lain kali, jalan tu pandang depan! Buta ke!" herdik pemandu tersebut.

Orang ramai mula memandang. Fasha tidak berani untuk menoleh ke belakang. Dia masih terkejut dengan kejadian yang baru sahaja berlaku. Trauma.

"Maafkan isteri saya, Encik. Dia memang buta. Saya minta maaf sekali lagi. Salah saya sebab tak jaga dia baik-baik," ujar suatu suara lelaki.

Fasha hanya diam memerhatikan tubuh lelaki yang memakai kemeja dan tali leher itu. Tidak mungkin itu Rayyan kerana dia memakai kemeja berwarna biru laut. Dia ingin mendongak tetapi tidak berani pula dia memandang wajah heronya itu.

Kedudukan mereka yang sangat rapat membuatkan degupan jantungnya menjadi kencang. Setiap detik yang berlalu seakan bergerak begitu perlahan sekali. Pemandu tadi terus berasa sejuk hati. Perasan kasihan mula menerpa diri. Dia mengukirkan senyuman nipis.

"Ya, baiklah. Lain kali, jaga dia elok-elok. Nasib baik saya sempat berhenti. Awak memang baik sebab sanggup menerima orang yang buta," kata pemandu itu. Fahrin hanya senyum.

"Walau sebanyak dan sebesar manapun kekurangan seseorang tersebut, cinta itu lebih besar dan menjadikannya sebuah ikatan yang kukuh dan sangat sempurna," jawab Fahrin. Pemandu itu mengangguk setuju.

"Ya, betullah tu. Jaga isteri kau baik-baik. Dia wanita yang sangat istimewa. Saya minta diri dulu." Fahrin hanya senyum.

Pemandu itu terus masuk ke dalam kereta semula. Setelah Proton Saga itu hilang daripada pandangan, Fahrin terus menjarakkan diri. Dia berpeluk tubuh memandang gadis yang sedang menundukkan kepala itu.

"Kenapa awak lintas jalan tak tengok kiri dan kanan? Bahaya tau tak? Kalau jadi apa-apa macam mana? Nasib saya sempat tolong awak."

Fasha mengerutkan dahi. Suara lelaki ini, seperti pernah dia dengar. Dia terus mengangkat kepala. Mata Fahrin dan Fasha terus membesar. Terkejut dengan pertemuan yang tidak disangka ini.

"Fasha?"

"Fahrin?"

"Apa awak buat di sini?" tanya Fasha. Dia turut terkejut. Begitu juga Fahrin.

"Sekarang ni waktu makan tengah hari, mestilah saya nak makan. Awak pula buat apa sampai jalan pun tak tengok kiri dan kanan?" tanya Fahrin. Kening dijongketkan.

"Err... Tak ada apapun. Awak nak makan ke? Jomlah makan sekali. Saya belanja. Lagipun, awak dah tolong saya tadi," kata Fasha lagi sambil tersenyum manis. Yes! Inilah peluangnya!

"Eh... Tak payahlah. Saya ikhlas tolong awak." Pelawaan Fasha ditolak lembut. Tidak sempat Fasha membalas, kedengaran suatu suara yang amat dikenalinya. Mata dipejamkan.

"Aduh! Masalah dah datang..." bisik Fasha perlahan. Fahrin memandang hairan. Pelik dengan reaksi gadis itu. Dia terus menoleh. Kelihatan seorang lelaki sedang meluru ke arah mereka berdua.

"Fasha? Kenapa awak buat macam tu? Awak memang nak berpisah dengan saya ke?" tanya Rayyan. Fasha terus berpaling. Senyumannya sangat sinis. Fahrin sendiri terkejut dengan perubahan mendadak gadis itu.

"Kan aku dah kata. Aku memang nak putus dengan kau. Tak faham-faham lagi ke?" Rayyan mengeluh.

"Kenapa? Awak cuma salah faham, Fasha. Biar saya jelaskan dulu," pujuk Rayyan. Fasha terus mengangkat tapak tangan kanannya di hadapan lelaki itu.

"Sekali aku dah buat keputusan, aku takkan ubah. Muktamad!"

Rayyan terus memandang Fahrin dengan tajam. Senyumannya sangat sinis. Fahrin menjadi serba salah kerana menjadi penonton drama tidak berbayar. Sepatutnya, dia tidak boleh masuk campur.

"Kenapa? Sebab kau dah suka lelaki ni ke?" tanya Rayyan. Nada panggilan juga sudah berubah dari awak-saya kepada kau-aku. Fasha terdiam mendengar soalan Rayyan. Matanya melirik memandang Fahrin.

"Kalau aku sukapun, bukan urusan kau. Jom, Fahrin. Saya lapar," kata Fasha. Tangan lelaki yang berlapik baju itu diraih. Fahrin tidak berani untuk menegah. Risau situasi akan semakin bertambah buruk.

Secara tiba-tiba, Rayyan terus mendapatkan pergelangan tangan kanan Fasha. Gadis itu meronta minta untuk dilepaskan.

"Apa ni, Rayyan! Sakitlah!"

"Ikut aku!" tegas Rayyan. Fasha ditarik dengan kasar.

"Lepaskan aku, Rayyan! Sakit! Aku tak nak ikut kaulah!"

Rayyan tidak mengambil peduli. Dipekakkan sahaja telinga. Kemarahannya meluap-luap melihat kedegilan Fasha. Fahrin yang memerhati turut berasa marah. Dia meluru ke arah Rayyan lalu muka lelaki itu ditumbuk. Dia terus jatuh terduduk.

"Argh!"

Fasha menjerit. Terkejut. Pegangan tangan Rayyan akhirnya terlepas. Dia segera berlari ke belakang badan Fahrin. Jejaka itu sekadar membiarkan. Rayyan bangun. Hujung bibirnya yang luka dan berdarah disentuh. Matanya tajam memandang Fahrin.

"Kau siapa nak campur urusan kita orang!" Fahrin turut memandang tajam. Wajahnya sangat serius.

"Ya. Aku tahu aku tak boleh masuk campur urusan kau orang. Tapi, kau dah melampui batas. Kau tak patut berkasar dengan perempuan. Itu dayus namanya. Pergi dari sini sebelum aku belasah kau lagi." Tegas suara Fahrin memberi nasihat.

Rayyan tidak mampu berkata apa-apa kerana terlalu ramai orang yang memerhati. Tanpa kata apa-apa, dia terus mendekati Fahrin. Mereka saling berpandangan. Tajam.

"Kau akan terima balasannya," bisik lelaki itu kepada Fahrin.




















VOTE AND COMMENT❤

BUKAN KERANA DIA [COMPLETED]Where stories live. Discover now